Lowyat lagi....3 in 1

Bismillah....

Sabtu lepas..umie dan mr. hubby g KL lagi...iaitu lebik spesifiknya ke Lowyat..dalam thn ni kerap juga umie g Lowyat ni...

kalu sesiapa yang dok KL tu taula apa tujuan nak ke Lowyat ni...

apa yang ada di Lowyat....?? setiap tingkat bangunan Lowyat tu melambak-lambak la org jual handphone, jual laptop, netbook, notebook, pc, kamera dari guna negatif hinggalah secanggih DSLR.....ataupun ada yang lebih canggih lagi..hehehe


umie kalu g Lowyat ni biasanya akan naik lrt star dari Tasik Selatan sb parking kereta kat situ jer..xboleh rasanya nak redah jammed di bandar KL ni yang sedia ada jammed...u all faham-faham je la...


gambar yang umie tunjukkan ni adalah laluan monorel...umie naik lrt star dari Tasik Selatan then berhenti kat Stesen Hang Tuah then naik lak monorel dari Hang Tuah ke IMBI....tambang lrt star ke Hang Tuah ni rm1.70 then naik monorel lak RM1.20...

umie kalu naik transport awam umie tau la jugak sb umie 3 hari dok KL dah merayau ngan sepupu umie..dia ajar mcm mana nak jalan-jalan kat KL..sebulan dok KL lak dah bawa kawan-kawan umie datang dari Sarawak 1 family jalan-jalan sampai ke Putrajaya....

Tujuan umie ke Lowyat ni nak belikan makcik umie punya laptop, external hard disk..then umie dan mr. hubby pun belila sekali brg kitaorg...mr. hubby beli mcm port network tu sb boleh sambung wat network kat rumah ni..so boleh la guna 1 broadband then 2 laptop..xdalah nak berebut-rebut lagi la...hehhehe


selain dari tu..umie ada belikan juga printer 3 in 1 ni...nak tau apa 3 in 1 tu..bukan nescafe jer ada 3 in 1 tp printer ni pun ada....3 in 1 ni adalah

1) biasalah...nak print

2) fotostat..mungkin u all tanya kan naper nak beli yang ada fotostat bagai...bukannya apa..senang tau..dah la putrajaya ni susah nak cari kedai fotostat...so..ok gak kalu ada fotostat sendiri

3) Scanner...utk apa?? hehehhe.....adalah kegunaannya...hehhehe...byk kegunaanya tau...umie boleh la scan gambar-gambar lama umie...nak scan buku katalog ker..hehehhe...boleh gitu? hehhehe.....

selain printer 3 in 1 ni..ada gak 4 in 1..1 je lebihnya iaitu...mesin tu boleh dijadikan mesin fax...so, umie xnak ambik tu sb umie bukannya ada telefon rumah.nak cucuk kat mana tu? kat hidung...hehheheh...

so ambik yang ni pun ok dah...lagi pun harga berbaloi gak la...rm 170.00 lepas ditawar..hehhehe....umie kan suka menawar...

kalu u all nak cari semua benda yang umie sebutkan tu..meh la datang ke Wisma Lowyat..sori la umie x ambik pun gambar dalam bangunan Lowyat tu...org ramai giler..xda mood nak keluarkan camera godang tu....
Share:

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Bismillah....


Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'



Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata
. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Share:

khasiat Surah Al-Kautsar

Bismillah


sorila..baru ada kesempatan utk umie update blog...umie tau..u all x kisah pun kalu umie hapdet atau tak kan...sedih tau....waaaaaaaarrrrrrrggggghhhhhhh....

xper-xper...so awal pagi ni umie nak kongsi sikit la mengenai khasiat Surah Al-Khautsar ni....

kalu bulan puasa atau time berpuasa umie selalu baca ayat ni...

kalu u all nak tau apa khasiat surah ni...meh la baca....surah ni umie terima dari kawan umie...iaitu Quistina binti Thomas...dia muslim tau...nama dia je gitu... jom kita baca sama-sama...



khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Share:

Jalan-jalan Putrajaya

Bismillah....

Seharian umie x membebel di blog hari ni...pagi ni..10 minit nak kul 1 baru umie berpeluang nak hapdet blog..

hari ni tadi bukan apa pun..just xda modal nak bercerita kat sini...tengahari tadi lepas solat jumaat umie dan mr. hubby lak keluar g JJ Equine...

then balik rumah....mlmnya pulak g pasar malam Putrajaya then lepak di Masjid Putra sambil..menengok gelagat kanak-kanak...

kalu umie ada anak..nak juga bawa anak umie g main kat sini sambil berpicnic di malam hari..boleh gitu...??..hehehe

malam ni tadi umie ada ambik la ckit gambar utk tatapan u all semua...layan.......

ni namanya Masjid Putra, Putrajaya...sebenarnya umie tengah belajar nak guna kamera godang ni...biasa umie bawa kamera waktu siang jer..so malam ni..nak try la ambik gambar waktu mlm pulak...



malam ni..dapat jugak umie p ambik gambar Jambatan Wawasan, Purajaya ni...kalu org kampung umie kata jambatan sembilu sb...modal pelakon cerita sembilu..asyik ambik gambar jambatan ni jer la...hehhee...

umie suka tengok view gambar ni...dah la time ni..xda kereta pun berani nak berhenti kat tepi jambatan ni sb polis asyik meronda je...lepas umie mabik gambar...polis pun datang...nasib baik..kalu x ada jer la nak kena halau..hehhehhe..dulu selalu gak la lepak kat sini....


hehehhehe...ni pulak gambar sendiri ambik..hehhee...

esok tayang gambar lain lak yer sb esok umie nak g KL..nak g Lowyat nak beli laptop untuk aunty umie...bulan 3 ni umie nak balik Sarawak so..start dari sekarang nak kumpul semua barang nak bawa balik...so..tata....



Share:

aii..org halang kereta pun nak nangis gak ker...??

Bismillah....

hari ni umie nak mulakan mukadimah n3 umie dengan sarapan pagi umie.

hari ni umie makan laksam..tau laksam? kalu x tau jugak lu..search la kat google..mesti keluar la

gambar laksam tu..dulu time umie dok Politeknik Kuching..pensyarah umie kata Laksa Kelantan..

so..ktk stop pasal makanan...mesti u all kata umie ni asyik makan jer la kan..?? heheh..xper²...

Ni umie nak cerita pasal petang semalam time balik kerja...umie ni masuk kerja kul 7.30 pagi dan

balik 4.30 ptg..x la sharp mana pun kalu time balik tu...umie x tunggu kat depan punch card

k...tp umie boleh nampak la jam kat punch card tu..hhehehe

dari umie..umie dah semangat dah nak balik awal hari ni..nak kemas rumah..nak sambung jahit

sarung bantal dan cadar...lepas tu..sambung jahit lak langsir umie yang terbengkalai tu....

tpkan..malang tak berbau...kereta umie lak kena block...xleh keluar dari tempat parking...rasa

sakit hati ni Tuhan jelah yang tau...memang menguji kesabaran betul...

ada sebuah kereta merc ni..dah la panjang..kereta dia tu pulak parking terlebih dari

parking..muncung kereta pjg sgt...ada pulak 3 buah kereta lagi block depan kereta umie...

umie call mr. hubby...boleh la pulak umie sampai nangis²..hehehe..klakar tak?

xkan la pasal parking kereta pun umie nak nangis gak kan..hehhehe

xpernah di buat org..just call mr. hubby...dia pun bukan leh nak wat apa²kan..just boleh

dengar isterinya ni membebel jerlah yer....hehhehe

45 minit juga la umie tunggu org tu sampai..dah tu..wat muka 10sen mcm x bersalah jer..minta

maaf pun xda...nasib baik la ada kakak tu tolong umie alihkan kereta tu...

kalu ikutkan ada 6 buah kereta baru leh lepas nak kuar kan kereta tu...

lepas ni xnak la parking situ lagi...kalu mr. hubby ada xper..boleh gak tolong tolakkan kereta tu...

hari ni tadi umie masuk kat parking ofis..datang awal..dan xnak parking kat parking pelawat tu lagi....


Moral of the story: sebenarnya kan....umie nangis tu sb...beruntungnya kalu ada suami di sisi nak tolongkan...suami g pergi outstation je terus berdikari..umie sebenarnya rindu kat mr. hubby umie...mungkin ramai yang kata..sblm ni hidup single...ok je xda org nak tolong..sorry k...hidup kalu dah bekeluarga ni lain dari hidup single tau..kalu nak tau...nikah dulu baru tau nak bezakannya...




Image Hosted by ImageShack.us
Share:

♥ candid zue ♥

Bismillah....


Sabtu lepas...umie keluar dengan Zue@Zulaiha...kitaorg g la jenjalan ke karnival WOW Putrajaya tu...

disebabkan mr. hubby is not around..so umie ajak la si zue ni..nasib baik la dia free....

so xda benda umie nak ngomel kali ni...u all layan je la gambar candid si zue ni yer...laaayyyyaaannzzzzzzzzz









ok..itu saja..update utk kali ni..bye² ♥♥♥
Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Confuse ni..dah byk kali org kata gitu....

Bismillah...

u all nak tau tak apa yang menyebabkan umie confuse ni....

dah byk kali gak org kata gitu....

umie nak mention sekali lagi ok..umie ni anak jati Sarawak..yang berasal dari Kampung Belawai,

Daro Mukah...ramai org xtau kampung umie ni kat mana..tanya org Sarawak sendiri pun diaorg

ada gak x tau....kampung umie ni berdekatan ngan Bandar Baru Tanjung Manis....pernah dengar

x? Tanjung Manis ni ada Perikanan Laut Dalam tau...

so..yang menjadi confuse kat sini adalah....ramai org kata umie bukan org Sarawak tp org

Semenanjung...tolong sikit yer...umie IC Sarawak tau...00000-13-0000..13 tu utk Sarawak...



Ni gambar umie hari ni...

Hari ni ada 3 org pegawai kata umie ni org semenanjung tp setelah mendengar umie ckp bahasa

Sarawak barula diaorg tau umie ni asalnya dari Sarawak Bumi Kenyalang..blm lagi umie ckp

bahasa Melanau..lagi pening diaorg dengar lepas ni...hahhha.

Then diaorg pun baru tau yang mr. hubby tu suami umie...hahahha.....

Diaorg ni bukan org lain tp satu ofis ngan umie gak...1 bahagian ngan umie lagi tu.....hahahha....

naperla baru tau ekks...adalah umie ni sombong..x jemput org time kawin ker... nak kata x

pernah betegur sapa sblm ni...pernah gak umie borak ngan dia...hahhaa

nak kata umie ni low profile...mungkin kot...hahhaa...entahla....

sekurang-kurangnya u all dah tau pun umie ni dah kawin...bukan bercintan cintun lagi dengan

mr. hubby tau...tp memang dah sah jadi suami isteri k...

u all boleh bezakan ker muka org Sarawak dengan org Semenanjung?? lagi confuse ni....u all

boleh jawab x soalan umie ni? diaorg kata muka umie bukan seperti muka org sarawak...muka

org sarawak tu mcm mana ek??

umie pernah tau...g jalan² kat KL..time tu x pakai tudung...on off je la...ada seorang pakcik

ni dia panggil umie Amoi...dia ngatkan umie budak cina....hahhaha...rasanya umie xda pun muka mcm cina....

umie rasa muka umie sama je stp gambar...


xda kelainan kan....huhuhuuhh







Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Apakah itu????

Bismillah....

Apakah itu??? tu.....benda alah tu....

ni namanya Induction Hotplate...umei baca je kat kotak yer tu..hehhehe

dah lama mr. hubby ngidam nak beli benda alah ni..b4 ni pernah survey gak utk 2 tempat

memasak ni...tp kebanyakkannya...

Sebelum ni nak beli dah jenama Philip tu tp last² x jadi..mr. hubby kata lain kali sb dia nak

jugak cari yang dua bekas tu...tp xda...

hari tu..Carrefour ada wat promosi tp x sempat nak beli yang 2 bekas tu..lepas tu ada gak

nampak jenama Philip tu...harganya rm200++ then ada percuma periuk stainless steel khas utk

memasak kat atas benda alah ni....

Ronda² lagi kat Carrefour tu..umie ternampak lak jenama Faber ni...yang ni murah la ckit..dalam

hargaRM190++ gitu la...then tanpa fikir pjg mr. hubby rembat la benda ni...

So..sekarang ni pun umie ada gak masak guna ni...mr. hubby beli ni pun nak memudahkan umie

je..kalu kehabisan gas kat rumah boleh guna ni sb benda ni guna elektrik dan ada gak percuma

periuk...nasib baik la Monalea hadiahkan bekas memasak stainless steel 8 pieces tu...boleh gak

nak pakai... Thanks lea...


Selain benda ni....mr. hubby ada belikan mesin basuh baru yang automatik..mesin mr. hubby

sblm ni manual jer..so dia belikan la pulak mesin basuh automatik jenama samsung..mcm jenama

handphone la pulak kan...hehheh....

kalu lepas ni x rajin memasak dan membasuh xtau nak kata apa lagi dah....semua suami yang

sediakan kemudahan utk kesenangan isterinya...

Tula...sesiapa yang belum bernikah tu..cepat² la..beruntung la bagi perempuan yang mempunyai

suami yang prihatin dan beruntung jugala bagi lelaki yang mempunyai isteri yang penyayang

dan sewaktu dengannya...hehhehe


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Dapat hadiah..hehhehe

Bismillah...

Tengahari semalam umie dapat 1 parcel ni...org tu dah siap msg kat umie..msgnya

begini...."Salam Pn............, TAHNIAH kerana dpt tmpt KEDUA Top Consultant Dec 2010.

Hadiah telah dihantar hari ni..."

Msg ni umie dah terima minggu lepas tp barangnya baru sampai tengahari semalam....


ni la hadiah yang diaorg hantar tu...


ni pulak adalah benda yang ada dalam kotak tu tadi...tumbler..cute kan..suka tengok..umie suka

kumpul tumbler ni...ni mcm budak² lak rupanya kan...xperla..boleh gak nak letak air masak....

mesti u all nak tau sb apa umie dapat ni kan..sebenarnya umie jual barang Tupperware...bukan

secara besar-besaran pun..kecil²an je...kalu ada sesiapa yang order kat ofis, umie belikan

jela...bukan penjual secara tegar pun..kalu seorg yang order pun umie tolong belikan....

dalam bulan 12 ri tu memang byk gak la umie beli..lebih dari 1K kalu nak kumpulkan resit²nya...

biasalah kalu berbisnes ni..sekarang ni pun ekonomi x brapa...so..gitu gak la bisnesnyer...

kalu ada sesiapa nak order tu...yang seofis ngan umie atau yang kenal ngan umie boleh la order

kalu nak yer..hehhehe




Image Hosted by ImageShack.us
Share:

tak da Tomyam Pok Tek...Tomyam Campur pun okla...

Bismillah....

Ni nak cerita basi ni...ni cerita time CNY yang lepas...lupa nak publish kat sini..hehhe...

hari Isnin time cuti CNY lepas umie dan mr hubby g jenjalan ke Nilai...

then dah alang-alang pergi sana tengahari so...mr. hubby bawa la umie g makan kat satu

restoran ni..ada kakak ofismate mr. hubby kat situ ada tomyam pok tek sedap...so nak g nerai

makan la ni...tp sayang seribu kali sayang..tomyam pok tek dah bis dah..almaklumla...time CNY

ramai org cuti then mungkin market basah pun kurang makanan laut..so xdala tomyam pok tek
tu..

kesian umie..nasib baik x ngidam lagi..kalu x meleleh la air liuq anak umie..hhehehe



ni jela yang kitaorg order ri tu..makanannya ok la...mr. hubby kata sedap..umie kata tidak..sb mungkin dah terasa nak makan tomyam pok tek tu...so selera pun dah xda...u all tau x tomyam pok tek tu apa??? tomyam pok tek tu tomyam yang segala makanan laut bagai ada dalam tu...umie x pernah lagi rasa..tp diaorg kata sedap... xper la..lain kali jer la nak g makan lagi...


so...sesiapa yang kat Nilai tu..datang la ke restoran ni...ABAS SEAFOOD...kat Jalan Semarak...


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Jangan tiru gaya ini...

Bismillah....

Petang semalam...keluar rumah then nak g karnival di Presint 2 Putrajaya...

siap kuar rumah ni bawa camera godang tu sb nak g tengok hot air balloon tu...

dah bukan rezeki umie..sampai sana xda pun balloon yang di tunggu-tunggu tu..kata start

kul 6..org tiup balloon tu pun xda...hahhaha

then tengok org ramai kat jalan raya...rupa-rupanya diaorg tengok aksi pembawa

motorsikal ni...
umie takut tau tengok dia wat aksi ni....dup dap dup dap jantung umie..kalu la time tu dia

jatuh...eee...nasib baik la dia boleh balancekan...brapa lama la agaknya dia berlatihkan....
ni pun sama..dia boleh la wat gini..time ni...enjin motor tu hidup lagi..sambil tu tangan dia

presskan motor tu dan tayar belakang tu berpusing...faham ke idak la korang apa yang

umie cakapkan ni...harap-harap fhm la yer (kalu x faham tu wat-wat la fhm..hehhehe)



ni pulak...bukan aksi lagak ngeri yer u all..ni aksi berjalan sambil menoleh ke

kiri....hehhehe...umie suka tengok view ni sb ada nampak JPM kat depan nun....

so...u all jgn la tiru gaya ni tau...ini khas utk org yang bertauliah je....


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Disebalik Ayat pada header baru umie....

Bismillah....


u all perasan x header baru blog umie...alhamdulillah..siap juga akhirnya...bukan susah nak

buat cuma sblm ni xda idea je...

ni pun ambik masa juga nak siapkan yang simpel ni...tp x la sampai 1 hari..dalam beberapa

jam je sb x familiar lagi nak guna picasa...

itu la ayat yang biasa umie guna sblm ni...kalu tulis kad birthday member-member umie

pun umie akan gunakan ayat ni...

"the beauty of life is not because you are

happy but other people are happy because of you "

kalu u all baca ayat ni..byk andaian boleh kita buat..kalu bagi umie...ayat ni bermaksud

kegembiraan dan kebahagian yang umie kecapi sehingga kini bukanlah daripada diri umie

sahaja tp daripada org lain juga....so..masing-masing ada pandangan sendiri kan...

kalu wat direct translation memang la x sama meaningnya... ayat ni Ketua Jurulatih umie

semasa di PLKN duu yang selalu sebut ayat ni dan umie ingat sampai sekarang


kalu u all nak tengok Ketua Jurulatih umie untk Modul Pembinaan Karakter adalah duduk nombor 2 dari depan tu yang wat tgn 'rock' tu....kebanyakkan we all yg jadi jurulatih ni yang ada master, degree dan diploma...


ni la rupa umie dengan pakaian seragamnya...

dapat cam x u mie yang man satu..? saiz badan kecik sikit(sebenarnya kecik byk..hahhaa) dari sekarang

Ayat tu membawa seribu kenangan buat umie dan mengingatkan umie semasa di PLKN.....


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Burung kakak tua...

Bismillah....

Burung kakak tua...hinggap di jendela..nenek sudah tua..giginya tinggal dua....
sedap x umie nyanyi...??? hehehhe....xdala... umie tau memang x sedap pun...
umie bukan penyanyi nak nyai sedap-sedap kan...
kalu mcm tu u all layan je la burung kakak tua ni...

umie suka tengok burung ni....putih bersih jer..

ni pulak burung kakak tua juga rasanya...warna kelabu...tembam ckit la..hehhehhe

ni pulak warna birunya lawa...terang jer warnanya...

sebenarnya umie xda idea nak update blog..tula yang bagi tunjuk burung ni je lah yer....


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

aktiviti ku hari ni....

Bismillah...

hari ni bangun pagi lewat...
sorang-sorang je dok rumah ni...
mandi...
panaskan air...tengok tv...
on lappy...

keluarkan sosej dan drummet dari peti sejuk..
almaklumla tinggal sorang-sorang xtaau nak masak apa
nampak aiskrim dalam peti...makan aiskrim lak ni...

ingat nak menjahit tp benang warna hitam lak lupa nak beli..
baju ada 4 helai x jahit lagi...
kejap lagi nka kuar gi PKNS la....
ok..nak bersiap g keluar ni...tata...



Image Hosted by ImageShack.us
Share:

::2nd Putrajaya International Hot Air Ballon::

Bismillah....

Esok ada Karnival WOW Putrajaya...
byk aktiviti dan acara menarik time ni nanti....so kepada sesiapa yang nak p tengok tu...meh la datang ke Putrajaya...
yang umie nak g tengok tu adalah Hot Air Balloon....umie baru 1st time nak g tengok ni..sblm ni umie x pernah tengok lagi...
tp syg...mr. hubby xda kat rumah..dia g outstation..
sapa yang umie nak ajak g tengok ni..
kalu x pun umie gamble g sorang-sorang je la....
nanti jalan sorang-sorang je la...

Then pada bulan Mac nanti ada 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon ni.....

so kalu u all nak tau lebih lanjut tentang fiesta ni klik sini Hot Air Balloon




Image Hosted by ImageShack.us
Share:

♥♥♥♥♥♥banner blog♥♥♥♥♥

Bismillah....

hahhahaha..boleh x gelak dulu sblm nak nak start berbicara ni..hahha...nak berbahasa puitis la pulak...
::u all perasan x banner umie kat atas tu tu...punya la simple je kan...::
♣♣tu sekadar utk hiasan je tau..bukan ada apa² pun...♣♣

♠♠ni tengah nak create banner baru blog umie ni...♠♠
◘◘u all ada idea x macam mana nak buat banner yang sesuai, saiznya...warna sesuai nyer...supaya banner tu nanti x la memberatkan blog umie..rasanya pakai banner seketul ni cukup ringan jer..hahhaha....◘◘

ok...u jelah...kalu ada idea tu meh la share ngan umie....idea nak tokok tambah atau tokok tolak ker..hehehhe



Image Hosted by ImageShack.us
Share:

♥♥♥hari hari Jumaat♥♥♥

Bismillah....


Ya Allah..murahkan lah rezeki hamba mu ini....amin....
hari jumaat biasanya umie keluar..entah la hari ni nak keluar g alamanda ke x ek? nak cari teman nak kuar ni....
boring gak rasanya nak dok ofis jer tengahari ni...


Image Hosted by ImageShack.us
Share:

macam² je...

Bismillah....


umie kan...makin doktor soh diet tp rasa nak makan tu makinla membuak-buak..
mcm mana nak buat ni???
mcm tak makan saman je doktor tu ckp...minggu depan hari Isnin nak g hospital lagi..nak kena cucuk....waaaaaaaaaaaaaargh.....sakit....x suka la gini...
pernah sblm ni umie kena cucuk ambik darah ada 5 kesan cucuk kat lengan dan tangan umie..sampaikan nurse tu beristighfar sb urat halus sgt then darah xnak kuar...
apa lagi..mengalir la air mata duyung kat situ..hahhaha...
mr. hubby boleh pulak dia gelak je...
kesiannya isterinya ni tau...

Isnin ni g sorang² sb mr. hubby lak g outstation...biasanya di temani mr. hubby...kalu g ambik ubat je umie xdala minta teman tp dah la kena cucuk...ssssssssssaaaaaaaaakkkkkiiiittttttttt...

apalak kaitan tajuk n3 ngan isi kandungan karangan ni yer..hahhaha...dah kluar tajuk dah ni..kalu cikgu BM umie dulu dia bagi markah 0 terus....pernah tau cikgu BM time sekolah rendah dia soh wat 5 karangan sb cuti sekolahkan pjg..setiap 1 tajuk tu pjg karangannya 10 muka surat..bygkan lah..nak wat mcm mana tu..nak pengsan cari ayat..ada sorang kawan umie tu lagi best..tulisan dia punya la kemas..teratur....kecik² je dia tulis...tp dah part wat karangan panjang 10 muka surat...hahhhhhhhhhhh...tu dia...tulisan besar gedabak...hahhahaha...

apa lagi nka cerita ek....?? tengah cari idea ni....bosan menunggu mr. hubby habis wat kerja ni..
hari ni tadi umie bawa buku nak baca...bulan 3 ni ada exam PTK...ada sesiapa yang dapat Aras 4 x?? meh la share² kat umie ni...1 st time umie dok exam ni umie dapat Aras 1..hahhaa..mana nak dapat Aras 4, esok nak exam baru nka study...apa ke jadahnya nak dapat Aras 4...hahhahhha

ok..setakat tu jelah kot...n3 macam² ni..nanti kita cerita lagi ek....umie nak g KL ni..ada gathering family mr. hubby....k..bubbbyyyy........



Image Hosted by ImageShack.us
Share:

Nikah dulu baru leh kawin...


Bismillah....

Nikah dulu baru leh kawin...boleh gitu???
Mestila boleh kan....bukan kawin dulu baru nikah....faham x maksudnya??
kalu x fhm angkat kaki cepat...hehhehhehe

Bujang dah cukup umur....org tanya bila nak nikah..then...dah nikah bila nak dapat anak....dah lumrah mcm tu kan....kalu x da rezeki nak dapat anak...jawapannya.."belum ada rezeki lagi"...InsyaAllah..adalah tu nanti..cepat atau lambat jer..semua dari Allah...

Gitu gak dengan umie sekarang ni..hari ni genapla umie nikah dah 11 bulan..bulan depan dah 1 thn...cepat je masa berlalu...tp time ni belum ada rezeki lagi utk umie dan mr. hubby utk menimang cahaya mata...Ya Allah...harap suatu masa nanti adalah rezeki utk hamba mu ini...amin...

Ramai dah kawan² umie yang dah menamatkan zaman bujangnya....
2 org member umie yang umie kenal semasa berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN telah menamatkan zaman bujangnya...

Pasangan ni yang perempuan tu kawan umie..namanya Nur...so sweet..dia ni sungguh baik dan comel jer...husbandnya lak org Muar, Johor....dia dok jauh dari suaminya...sekarang ni pun Nur masih berkhidmat sebagai jurulatih di Kem Tundong, Bau Sarawak
Nur ni nikah pada 6.12.2009..kalu x silap umie la..dulu kalu umie tanya dia..bila nak nikah..dia asyik ckp hujung tahun tp thn x pasti..last² nikah gak dia hujung tahun...hehhehhe..Nur ni memang minat purple..so tema dia purple la...ni time majlis sandingnya di Sarawak..tengah makan nasi temuan....

Ni pulak Syed Hamka...isterinya pun jurlatih PLKN di Kem Bukit Saban, Betong....Nikah pada 14.02.2010...Isterinya org Bintangor, Sarawak. comelkan isterinya....suka tengok..padan la ngan dia kan..warna gold ni pun lawa..sekarang ramai lak org nikah guna tema ni....

umie harapkan kedua-dua pasangan ni berkekalan hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat...amin....


nota kaki: Syed Hamka kata..rugi dia x nikah awal²...dia kata isteri dia pandai masak...pandai jaga dia...dan x sampai setengah bulan nikah berat badan dah naik..so..kepada lelaki jgn risau la perut u all naik...sb tu tandanya isteri u all pandai jaga...hehhee.....so kepada kaum wanita dan lelaki di luar sana...apa tunggu lagi..cari la calon..hehhehe..then boleh la nikah then kawin.....



Image Hosted by ImageShack.us
Share:

"victim of the story"

Bismillah....

wah..wah....pagi-pagi dah wat n3 gini..hebat ni...sblm ni tak pernah lagi umie cemarkan blog umie dengan n3 sentap....sentap ker n3 umie wat ni??? ooohh....tidak..belum sampai tahap sentap lagi....umie xnak cemarkan blog umie ni dengan n3 sentap takut nanti ada yang x bertahan lama dalam dunia blogging..asyik nak sentap jer kat org lain..hahhaha....tengok la sekarang ni...ramai dah stop blogging sb ada yang x berpuas hati...sapa makan cili dia yang terasa pedas...hahhaha
tp ada blogger yang umie tabik la...org sakit hati kat dia pun tp dia tetap maintain jer..kan Cik Epal kan....(sori la Cik Epal...guna nama Cik Epal..tp umie memang tabik la...still makin bertahan)

Sekarang ni..dunia dah akhir zaman... mcm² boleh berlaku...bunuh-membunuh la..benci-membenci la...buang anak la..byk lagi la...nak senaraikan kat sini..sehari semalam pun xhabis...
sebenarnyakan umie confius la...entah apa dah jadi..angin, api, air dan tanah dari mana entah org wat sentap kat umie ni...hello...tolong la..be matured ok...ingat budak sekolah lagi ker....umie ni bukan tukang kipas tau..tak dan la nak pujuk² rayu org...bukan termasuk dalam bidang tugas umie k...lantak la kalu nak sakit hati kat umie sekali pun...buat rugi jer..bukan umie tau pun sbnya wat u all sakit hati ngan umie..rugi jer tau...tak mendatangkan faedah pun...hahahhaha

apa pandangan u all kalu ada org sakit hati kat u all then u all tak tau sebabnya????? kalu umie kan mcm satu kerugian je buat dia tau..mana x nyer...jumpa org tu..ckp² tentang keburukan org lain..tp padahal menyembunyikan keburukan diri sendiri...org jenis mcm ni...lepas tu suruh org berhati-hati pada org lain...sbnarnya nak ambik perhatian dan buat org simpati..."victim of the story" lah katakan...hahhahahahahha....umie rasa klakar la pulak...

dah lama gak umie fikir benda ni...sesuai sgt la "victim of the story" tu...dulu...time umie jadi jurulatih PLKN..."victim of the story" ni la yg ada di ajar pada pelatih PLKN dalam Modul Pembinaan Karakter...Contoh "victim of the story" ni adalah ambik je perkara yang paling dekat ngan u all....ok, umie bagi 1 contoh k....ada seorg kawan ni..dia asyik cerita yang dia kena kutuk ker, kena umpat keji org lain ker...dan yang sewaktu dengannya la....once org dengar cerita dia ni akan membuatkan org lain rasa bersimpati...rasa kesian kat pencerita tu...so...tu la di panggil "victim of the story" so..kepada jurulatih PLKN..kalu salah tu tolong betulkan yer..hehehe




Image Hosted by ImageShack.us
Share: