Follow Us @umie.sapidah

Tuesday, January 01, 2019

Happy New Year 2019

11:42 AM 0 Comments
Hari ni dah masuk tahun baru.

Happy New year you all. Moga tahun baru ni memberikan rezeki yang melimpah, diberikan kesihatan yang baik dan hidup dalam suasana yang sejahtera dan harmoni.


Monday, December 31, 2018

Berakhirnya tahun 2018

5:14 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Petang

Lewat petang jer boleh nak update blog. Hari ni umie cuti then duduk rumah. Usai solat Subuh plan nak update blog tapi kepala rasa pening pulak. Baring then terus tertidur.

Bangun semula pukul 10 pagi tapi masih terbaring sebab kepala masih berat lagi rasanya pening tu.

Pukul 11 bangun dari katil sebab deringan bunyi whatsapp masuk rasa terganggu dengan urusan ofis yang tak pernah settle. Hari ni semua unit umie cuti dan kalau ikutkan CC umie kena diarahkan ke SPA tapi dia mc pulak lepas dapat injection sb masalah tulang belakangnya yang crack disebabkan kemalangan hari tu. 

Hari ni nak masak tapi tak tahu nak masak apa then last-last makan jer la buah. Umie kalau tak makan nasi memang boleh turun berat. Tapi memandangkan husband umie memang suka makan nasi tulah sebabnya kena masak jugak. Kalau tak masak kesian pulak suami nak makan apa.


Hari ni last day untuk tahun 2018. Banyak kenangan di tahun 2018.
AZAM???
Memang dah tanam dah azam tapi ada yang tercapai dan tak tercapai dan ada yang sampai carry forward dari tahun sebelum ni sampai sekarang tak tercapai gak.
Azam paling setiap orang nak adalah nak kurus, nak kurangkan berat badan, nak dapat berat badan ideal.
Azam nak kurus ni memang pernah tanam kat dalam diri tapi sejak tahun 2018 umie tak nak dah simpan azam tu..ahahhaha
Sebab azam nak kurus ni bersambung-sambung dari tahun sebelum ni sampai bila-bila akan continue jer.

So, tahun 2019 ni azam nak kurus tu memang tak ada tapi alhamdulillah, walaupun tak ada azam nak kurus tapi berat badan turun tu still ada. Dari 3 angka (103kg) sekarang berat umie dah turun sikit (98.8kg). Walaupun hanya turun 4kg tapi still boleh maintain lagi. So umie akan usaha nak turun kan lagi. Nak try jugak IF (Intermitten Fasting) tapi usaha tu tak ada lagi. Nak kena banyak buat research dulu sebelum nak try IF ni. Nak faham konsep macam mana berat badan boleh turun kalau amalkan IF ni.

Cuma sekarang ni umie target nak berpuasa jer la dulu. Puasa ganti yang tak habis lagi tu. Hopefully boleh settlekan ganti puasa tu by 31 Januari 2019.

Selain azam nak berpuasa tu, umie nak tambah 1 lagi azam baru iaitu nak baiki tahap ekonomi umie. Nak konsisten balik Shaklee. Sekarang ni bukan tak konsisten tapi fokus tu jap ada kejap tak ada. Nak bina semula group shaklee yang kukuh dan nak bantu orang lain lebih sihat dan menambah pendapatan ekonomi orang lain yang nak buat bisnes shaklee.

kalau ada yang nak join shaklee dan ank ubah ekonomi korang, boleh jer contact umie. Kita buat bisnes santai jer. Umie pun ada kekangan kerja hakiki jugak. Masa di ofis fokus pada kerja ofis sahaja dan kalau ada masa terluang seperti waktu rehat tengahari, time balik kerja petang atau malam boleh la nak study balik pasal Shaklee.

Korang doakan tau moga hasrat murni umie ni dimakbulkan..aamiin.



Wednesday, December 26, 2018

Keguguran Rambut

7:00 AM 0 Comments

Ramai yang alami masalah kekurangan rambut kan? 
Makin meningkat usia makin banyak rambut gugur. 


Kalau ibu yang lepas bersalin tu pun apa kurangnya memang banyak la rambut gugur. kalau anak dok main sembur air liur tu memang akan gugur la rambut. Apa kah kaitannya yer? 




Umie pun mengalami perkara yang sama. Pakai la syampu apa pun memang rambut akan gugur gak walaupun kat syampu dah label sesuai untuk rambut gugur.

Paling ketara time cuci rambut. Tengah keringkan rambut, rambut lekat kat tuala, pegang kepala pun rambut lekat pulak kat jari.

begitulah tahap seriusnya keguguran rambut yang umie alami sehingga dari rambut panjang sampai punggung dipendekkan sampai  paras bahu.

Bila rambut dah gugur ni chance nak panjang semula tu memang lambat la.

So, umie carilah jalan penyelesaiannya. Dah lama umie teringin nak makan zinc (bukan zinc atap rumah) memandangkan dah lama zinc ni tak masuk Malaysia.
Masuk jer zinc kat pasaran Malaysia terus umie grab sebab zinc ni baik untuk keguguran rambut dan untuk yang mengalami luka pun boleh terutamanya yang baru mengalami pembedahan sebab ia cepatkan luka kering. 

Salah 1 punca rambut gugur adalah disebabkan kekurangan zinc. akar rambut jadi tak kuat sebab tula rambut gugur. Walaupun hari-hari makan makanan yang mengandungi zinc tu pun belum tentu cukup. Sebab itulah umie makan supplement zinc untuk cukupkan dalam pemakanan seharian umie.



Inilah supplement zinc yang umie makan untuk keguguran rambut tu. Setiap hari umie akan makan ni sebiji jer sehari. Sebotol ada 120bj, jadi jimat la kalau makan 1 botol untuk 4 bulan.

So far hampir 1 bulan dah umie amalkan zinc ni memang nampak perubahannya. Rambut halus pun dah banyak tumbuh kat kepala ni, lepas tu kalau pegang kepala pun rambut tak lekat dah kat jari. Happy sangat tau.

Kalau you all dah banyak kali beli syampu dan tak ada kesannya, then tukar la makan zinc pulak yer. Kalau nak beli, boleh jer contact umie. harga pun murah jer..RM57 untuk 4 bulan/1 botol.

Nak order boleh whatsapp umie 013-4215713



Tuesday, December 25, 2018

Mee Goreng Belawai Style

10:12 AM 0 Comments
Assalamualaikum..selamat bercuti.

Hari ni umie masak sarapan awal dari biasa. Biasanya umie akan Brunch terus tapi hari ni rasa lapar awal then asyik teringat kat mee goreng so terjadilah kejadian mee goreng pagi ni.

Biasanya umie jarang makan mee goreng kat kedai sebab rasa mee kuning tu banyak asid pulak rasanya.

Then balik sarawak hari tu, umie siap bawa balik mee kuning dari kampung. Mungkin dah kebiasaan makan mee kuning kat kampung so, kalau beli mee kuning kat sini then goreng sendiri pun belum tentu rasa mee tu sama.


Inilah kejadian mee goreng umie.

Mee kuning, udang, daging masak hitam dan limau tu pun umie bawa dari kampung.
Naik flight 2 jam tau nak bawa semua ni.

Gigih tak nak bawa semua ni..hehehe. Kat semenanjung ni bukannya tak ada tapi feel yang kita rasa bawa makanan dari kampung tu lain sebenarnya. Macam tu jugak korang rasa kalau balik rumah mak sendiri kan, feel dia lain tau.

Okay tu jer. nak tunjuk yang umie masak mee goreng pagi ni. jap lagi nak berkemas nak balik ke rumah BSE pulak. Sekarang ni umie kat rumah di Cyberjaya. On the way balik rumah BSE umie nak singgah airport jap. Nak jumpa mak saudara umie balik dari umrah then petang ni flightnya ke Sibu jam 5 petang. Semoga urusan dan perjalanannya dipermudahkan.



Shaklee tetap di hati Promo Best dari Shaklee

9:52 AM 0 Comments
Dah lama umie tak update pasal Shaklee memandangkan memang jarang dah buka blog.

Ni umie maklum sikit pasal promo shaklee bulan ni. mesti ramai yang teruja sebab shaklee tawarkan set yang ramai yang nak sebab harganya lebih murah dari harga ahli shaklee. sapa yang tak nak kan?


Last week umie punch kat hq Shaklee lebih dari RM1.5K. Ada member dari Puchong nak join ahli sebab nak rebut peluang beli vivix dengan harga lebih rendah dari harga ahli.

Dapat la beliau menikmati harga terbaik dari Shaklee. Free membership, dapat pulak cooler beg Shaklee. Beliau dah lama mengidam nak join ahli sebab nak dapat harga vivix lagi murah. Alhamdulillah, nilah namanya rezeki. Dapat less 10% lagi untuk vivix ni. Umie doakan moga beliau sihat sentiasa.

Selain promo vivix yang dapat less 10% tu, Set YOUTH pun ada tau.


Beli set Vivix ni dapat la jimat RM400 tau. Kalau bukan ahli harga asalnya RM950, tapi nak dapat RM684 ni bayar jer sebanyak tu korang akan dapat free membership, cash rebate RM34, free postage dan free Cooler Bag dengan harga RM25.

Lumayan sungguh promo kali ni. Umie amat menyarankan you all untuk try vivix dengan harga promo ni. Macam mana nak dapatkan harga ini? you all boleh contact umie 0134215713 (whatsapp) jer tau.