Assalamualaikum dan Salam Jumaat Barakah.
Blog ni dah jadi macam diari untuk meluah rasa di hati,
Meluah apa yang rasa tak puas hati,
Meluah rasa sedih di hati
Mungkin telah biasa. Dulu selalu juga meluah di FB dan Instagram tapi sekarang jarang dah. Bila berblogging ni banyak sikit nak diluahkan dan rasa lebih lega bila dapat diluahkan walaupun tiada siapa yang tahu siapa yang umie maksudkan.
Setiap orang ada mood yang berbeza setiap hari. Bila di rumah elok jer tapi jejak kaki ke ofis perasaan dan moodnya berubah. Ada sesetengah orang nampak jer happy tapi sebenarnya dia menyimpan 1001 perasaan dalam hati supaya semua perasaannya itu orang lain tak tahu.
Ada orang sentiasa gelak tapi sebenarnya dia dia cover perasaan dia dengan gelak.
Ada orang sentiasa muka muncung tapi itu anugerah Allah swt pada dia dan kita tidak boleh nak argue apa yang dah dicipta untuknya.
Ada orang yang diam tapi hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
Kita tak boleh nak judge orang dengan luarannya semata-mata.
Jadi, perlu kita ingat bahawa siapalah kita untuk judge orang tanpa kita pernah minta explaination dari dia.
kadang tu bila mood tak okey risau sangat nak bercakap banyak. risau apa yg kita cakap terikut emosi kita
ReplyDeletebetul. Itu yang lebih banyak diam je. Bila kita diam ada pulak suara sumbang kata kita tgh marah, muncung dan benda negatif jer dia sebut.
Delete