Berpada-pada dalam berkata-kata

Assalamualaikum you all. dah lebih sebulan blog tak berupdate. Ada jer benda nak share tapi masa tidak mengizinkan sangat untuk share di sini.

Sekarang ni musim sukan kat ofis. Setiap petang ada jer training sukan. Umie seperti biasa akan pilih mana sukan yang ikut kemampuan umie.

Pingpong sukan yang umie suka dan selain tu games lain pun umie boleh main gak.

Setiap orang ada kumpulan masing-masing dan seperti biasa memang akan da team yang suka provok dan jatuhkan team lain dan kutuk-kutuk. Kadang-kadang benda ni bukan suatu yang sangat sihat untuk provok orang lain. Sebab benda ni akan mengeruhkan lagi keadaan. Bila kita taksub dan excited dengan team kita sendiri menyebabkan rasa kurang selesa terhadap orang lain.

Bagi umie, biar berpada-padalah. Hormati perasaan orang lain dan semasa di pejabat tidak perlu pun nak fanatik sangat menyokong team sendiri. Time tengah buat kerja, buat jer kerja dan kadang-kadang situasi di mana-mana ada yang menjerit-jerit sokong team masing-masing semasa di work station pun rasa tidak selesa, bingit telinga dan tidak sesuai untuk dilaungkan di dalam pejabat memandang kita tengah buat kerja dan bukan di gelanggang permainan atau bersukan dalam waktu pejabat.


Bila bos sendiri pun dah cakap tak perlu nak menjerit macam tu dan bingit pun masih tidak juga sedar. Umie bukan jenis yang cepat naik angin tapi bila dah orang lain yang remind utk slow down suara masih tak dengar dan umie dah bagi warning 1x pun tak juga nak dengar. Seolah-olah kami ni nak sangat dengar dia bersorak macam dia sorang jer yang ada suara memang sakit hati jugak. Alangkah bagusnya guna suara tu untuk melaung ayat Al Quran kuat macam tu ker, tidak jugak orang lain nak kisah. Tapi ni tak, seolah-olah dia sorang jer ada team dan tempat pun tak sesuai.

Kita kena belajar untuk baca keadaan dan tidak semua orang suka apa yang kita buat. Kadang-kadang 1st orang akan diam sahaja tapi bila benda dah selalu berlaku lama-lama orang akan bersuara jugak. Jadi bila terasa seolah-olah dia seorang yang yang jadi victim. Yang kami ni mendengar sampai dah banyak kali pesan utk slow down tak fikir pulak perasaan orang lain.

Umie selalu dilabel orang sebagai orang yang garang. Tapi mereka tak tahu bila mana umie dah lama sabar dan berdiam tidak memberi respone walau diprovok. Tapi bila umie dah tahap sabarnya sampai limit itulah macam-macam diorg akan anggap umie ni apa.

Jadi sekarang umie dah tak kisah dah orang nak kata apa. Biarlah mereka berteka teki sekali pun. Done.






Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post