Jangan berkira dengan kerja


Kadang-kadang mood aku kat ofis boleh berubah-ubah.
Kalau part muka tu memang tak boleh nak cover perasaan dari dalam hati tu memang akan terpancar kat muka.
Kalau aku rasa mood kacau tu memang aku kurang bercakap. Sebab itu aku tak boleh nak berpura-pura depan orang. Kalau aku rasa aku tak suka, tak payah la aku nak cover nak puji-puji dan nak kipas-kipas orang lain sebab itu bukan diri aku.

Aku bila di ofis memang pantang gak kalau orang tolak kerja yang aku nak bagi. Kadang-kadang baru nak cakap tapi dah ada orang cantas. itu sebab kenapa aku lebih rela buat sendiri. Tak semua orang akan tolong buatkan untuk kita jadi, kita kena berdikari buat sendiri. Tapi kalau kerja tu melibatkan 5 orang tapi yang buatnya 1 orang sahaja memang parah la nak buat sorang-sorang. Kalau yang sorang tu awal-awal dah bagi tau dia tak suka nak buat benda tu, boleh ker nak tolak mcm tu?

Sepanjang aku berkhidmat, kalau aku rasa aku tak tahu buat aku usaha jugak nak cari jalan nak tolong ringankan beban orang lain. Boleh offer untuk buat benda lain. Kenapa aku lebih berdikari sendiri sebab aku memang selalu orang senang nak reject untuk buat sesuatu.

Senang jer nak reject kan? Aku bukan jenis yang memilih kerja. Sebab aku tahu macam mana rasa kena reject. Tapi orang lain senang-senang reject tanpa fikirkan perasaan orang lain.






Sebab orang tu bukan AKU sebab itu diorg tak pernah fikirkan rejection itu menyakitkan. Kalau aku ada anak buah yang tolak kerja tak nak buat sebab dia tak suka nak buat kerja tu, agak-agak apa perasaan you all dengar rejection dari diorang. Aku sendiri pun tak pernah nak tolak walau banyak bagaimana sekalipun kerja aku kat ofis tapi aku akan adakan juga masa untuk try settlekan walaupun korbankan waktu rehat sekalipun.

Aku ni boleh jer nak tegur tapi taulah effect dia macam mana lepas kena tegur tu.
Kadang-kadang boss buat pembetulan sikit pada memo atau surat dah melenting dan kalau boleh tak nak bos betulkan surat tu just sign jer walaupun memo atau surat tu simple jer.
Apa hak kita nak pertikaikan apa yang bos buat, sebab dia boslah dia layak untuk tegur apa yang silap. Sebab kau bukan bos lah kau kena ikut apa dia cakap selagi benda tu bukan sampai jatuh dosa kalau buat.
Kalau rasa nak pertikaikan apa bos buat, jadi lah bos atas bos...hahahahah


Sebab dia bukan AKU lah dia tak pernah rasa kena reject.


Share:

0 $type={blogger}:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...