Seperti biasa, wajib untuk buat entry di tahun baru.
Sebelum melangkah sepenuhnya ke tahun 2025, ada benda yang aku perlu recall sepanjang tahun 2024.
Perkara yang aku tak boleh nak lupa bila aku diagnosis Diabetes. Murung dalam 2 minggu sebab tak boleh nak terima kenyataan. Bermulalah episod ulang alik ke klinik jumpa doktor dan dietitian. Diberi ubat dan bila telan akan muntah balik, kepala pening. Bayangkan aku jenis yang tak makan ubat klinik dan bila demam aku makan vitamin jer tp bila mengidap diabetes ni ubat kena telan 2x sehari dan kuantitinya lebih kurang 6-7 biji sehari.
Disebabkan aku dah biasa telan vitamin dlm kuantiti 10 biji sehari bagi aku nak telan ubat ni bukan suatu yang susah untuk aku telan tapi yang aku tak boleh nak terima ni bila aku kena bergantung kepada ubat klinik untuk mengawal gula dalam darah aku.
Ya Allah, bila dapat tahu kejadian ni berlaku ke atas aku, timbul segala penyesalan dalam hati kerana tidak menjaga amanah yang Allah telah berikan selama ni untuk menjaga sebaik-baiknya kesihatan diri. Sihat ni sesuatu yang amat berharga dan bila sakit itu yang jadi mahal sebab banyak kos diperlukan.
Walaupun aku pengidap Diabetes tapi aku tak jadikan penyakit itu penghalang untuk aku makan dan buat aktiviti yang aku buat. Life must go on then enjoy your life.
Alhamdulillah, ada hikmahnya aku mengidap diabetes sebab berat badan aku dah turun 7kg selama 9 bulan aku mengidap diabetes. Kalau sblm ni aku boleh turun 1-2kg jer setahun.
Anyway, Happy New Year 2025 you all. Moga tahun baru ni memberikan kebahagian, kelancaran, kemudahan rezeki, urusan dan apa sahaja yang baik-baik..aamiin Ya Allah Ya Mujib.
0 Comments
meh la kongsi pendapat korang kat sini...