Cepat Percaya

Malam - malam gini rasa nak menaip pulak. 
Tengah masak tapi otak dok fikir lain.
Rasa macam ada benda yang belum settle.

Keadaan sekeliling yang rasa macam tak best masa kat ofis. Lately umie memang banyak diam dari bercakap. kadang-kadang, reaksi orang masa bercakap tu kita dah macam dah boleh agak dah something yang rasa tak selesa.
Bila kita dah buat teguran pada orang, kita pulak yang rasa awkward.

Umie jenis yang agak sukar untuk nak explain dengan perkataan. Sebab itulah bila dah lama pendam memang akan meletup juga. Tapi itulah yang orang nampak. Nampak bila umie marah tapi orang tak nampak bila umie tahan sabar.

Umie tahan jer bila ditegur tapi orang buat endah tak endah jer apa yang umie cakap. Tapi bila dah kali ke 3 tak dengar cakap jadi time tulah terjadinya boom tu meletup. Orang akan anggap umie beremosi tapi dia tak tahu time bila dia usik emosi umie, umie tahan jer.






Bila kita mudah percaya pada orang, orang akan ambik kesempatan atas diri kita. Umie pulak jenis yang jarang nak tolak kalau orang minta tolong tapi itulah kadang-kadang terkilan gak. 

Bila kita dapat arahan untuk buat kerja baru tapi ada yang tak sanggup buat kalau umie tukar buat kerja lain sb dia pernah ajar umie untuk cakap balik pada bos untuk tak terima kerja tu sb kalau umie tukar siapa nak buat kerja sedia ada umie buat tu?

Umie tak pernah ajar orang untuk cakap gitu sepanjang perkhidmatan umie. Ni kan pulak dia boleh suruh umie cakap gitu atas kepentingan diri dia. Memang agak terkejut jugak umie bila dia cakap gitu. Dia tak pernah fikir pun perasaan umie bila dengar gitu.

Kalau pasal kerja pulak memang terang-terang dia tak nak buat dan dia memang tak suka nak buat. Itulah beza dia dengan umie. Walau umie tak suka pun benda tu bila dah dapat arahan umie akan buat juga. 

Jadi pengajarannya di sini adalah don't trust anyone umie. Buat kerja jer seperti biasa. Umie bukan diorang dan diorg bukan umie. Just follow the flow, buat jer seperti biasa. Buat kerja sampai settle. Cukup masa balik. 

Done. 

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post