Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Friday, August 18, 2017

Apa yang ada di dunia hanya pinjaman sahaja

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.

Tidak ada anak itu tidak berdosa tapi yang berdosanya kalau kita tidak didik amanah itu dengan betul.

Dalam ramai-ramai korang berkawan, ada sorang jer yang kawan korang yang dah kawin tapi belum ada anak. Then kawan datang ofis bawa anak yang baru lepas bersalin. Baby menangis time ko baru jer pegang dan bukan dukung lagi.. Kita tak tahu baby tu menangis tu sebab apa.. sebab sejuk ker? sebab haus nak menyusu ker? sebab nak cari maknya ker? tapi then ada sorang kawan ko ni cakap..

 "dia xnak kat ko la baby tu menangis.." 

lepas tu dia tarik baby tu menjauh dari ko nak pegang. 
Ko rasa, apa perasaan ko time tu?

Bagi umie, kalau wanita yang dah kawin dan belum dikurniakan anak ni.. jiwa dia memang sensitif bab baby ni. Walaupun hanya nak bergurau tapi kalau ulang sampai 3 kali ko cakap baby tu menangis tak nak kat ko, ko rasa apa perasaan ko time tu? Dan ditambah lagi kawan ko sorang cakap.. 

"baby tu nak yang ada isi jer.."

 serius.. umie memang terasa. Itulah, kadang-kadang kita bercakap ni tak kisah hati orang lain. Walaupun ko nampak jer orang tu relax jer tapi kita tak tahu pun perasaan dia macam mana. 
Umie dengar pun rasa kena perah jer hati ni.

Orang yang tak ada anak ni tak sama seperti ko yang inginkan anak lelaki atau perempuan(sebab ko dah ada salah satu). Orang yang tak ada anak ni lagi sensitif perasaan nya.

Hari ni dengar 4 perkara yang sangat meremukkan hati umie. 
Sebab nak tahan rasa marah, menangis jugak akhirnya.

Please la, jangan sesekali lukakan hati orang yang tak ada anak ni. 
Dia pun manusia biasa jugak, ada hati dan perasaan. 
Di ofis, ramai gak yang bergurau-gurau ..

"ko tak pandai buat kot?"... 
"berguru la pada si anu tu, dia ramai anak"...

Akuuuu... hanya boleh senyum jer. Tapi jangan sampai aku jawab kalau macam ni, nanti tak pasal dengar tazkirah sampai tahun depan.

Apa yang ada di atas muka bumi ini adalah hanya pinjaman sahaja. Anak itu adalah amanah dan tidak berdosa sekiranya kita dah kawin tak ada anak. Tetapi manusia di muka bumi ini menilai taraf perkahwinan itu bahagia atau tidak dengan mengira jumlah berapa orang anak pasangan tersebut.

Orang tiada anak ni berhak hidup bahagia seperti orang lain. Setiap apa yang Allah swt berikan pada setiap orang tu adalah rezeki. Tak ada rezeki anak, Allah gantikan dengan rezeki lain. Alhamdulillah, walaupun belum dikurniakan rezeki anak, Allah berikan kelebihan untuk bantu ahli keluarga umie. Mungkin ada sebab semua ini berlaku. Semasa mak umie masih hidup, umie memang kerap kali berulang alik dari KL ke Sarawak dan balik sorang-sorang. Time itulah umie berfikir, apa yang berlaku ni semua atas izinNya. Kalau umie dikurniakan anak dalam keadaan mak umie yang sering keluar masuk hospital, adakah umie akan kerap balik? Umie bersyukur sangat dikurniakan suami yang sangat memahami...alhamdulillah.


Thursday, August 17, 2017

Boring Day..


Assalamualaikum..

Boring pulak rasa malam ni.. dulu setiap malam memang kerjanya tengok cerita korea jer.
Tak pernah tak tengok.. tapi lately, rasa boring pulak. Dulu, ada jer drama baru keluar memang akan tengok walaupun memboringkan. Tapi sekarang tak semua darma korea baru umie tengok.
Sama gak time kat ofis.. kalau tengahari memang akan tengok drama korea tapi sejak kena tanggung kerja orang lain yang cuti bersalin, dah memikirkan kerja so tutup drama korea then sambung buat kerja.

Makan tenghari pulak.. dulu memang suka ke cafe ofis di tingkat 2 atau pun jalan sikit ke cafe blok sebelah tapi sekarang tengahari dah tak tau nak makan apa. Nak berjalan ke Alamanda Putrajaya pun malas..hihihi...Nak jalan kaki pun lebih kurang 15 minit. Kalau naik uber RM3, naik kereta sendiri lagi la lebih...minyak dan parkingnya lagi..hehehhe..So..duduk ofisla jawabnya. Hari Jumaat jer ada masa panjang nak keluar.

Tapi maybe next 2 week nak masuk kelas mengaji.. Husband pulak soh pergi berlajar mengaji then hujung minggu ni mungkin akan cari Muqaddam dulu. Mula dari baca Alif Ba Ta..Bukan setakat belajar membaca tapi lebih dari tu. Pengalaman senior yang lepas lebih kurang 2-3 tahun gak nak habiskan belajar Muqaddam tu. Nanti macam mana la umie lepas ni? hehehe..

Time boring korang biasa buat apa?



i missed you......mak.. Al - Fatihah...







Wednesday, August 16, 2017

Tudung Bawal

Assalamualaikum..


Dari start kawin tahun 2009, umie memang suka betul jual tudung. TUdung umie beli dari KL dan jual secara online atau bawa ke ofis. Mesti ad ajer yang berminat nak beli sebab umie jual harga mampu milik dan kadang-kadang murah dari harga pasaran. Umie tahu, nak beli tudung bukan boleh pakai tudung tu hari-hari macam kita pakai barang kemas kan?

Umie suka tudung bawal.. mula beli pakai tudung bawal beli dari kawan-kawan yang balik ke Kelantan dan Terengganu dan kadang-kadang beli di Pasar Malam kalau ada nampak orang jual tudung bawal sulam tu. Harga tak yah cakp.. ada sehelai yang sulam simple pun dah cecah RM50.00. Bagi umie agak mahal tapi berbaloi dengan kualiti.

Then start bulan Julai 2017, umie start berniaga tudung balik tapi ni bukan tudung instant seperti sebelum ni tapi tudung bawal yang ada taburan belian tu. Belian buakn original tapi cukup menyerlah kalau dipakai dan tahan lama.











Ni antara koleksi tudung yang umie jual. Semuanya pre-order sebab customer boleh pilih warna dan nak design yang macam mana.. proses pengeposan dari 3-5 hari bekerja. Tudung ni umie order dari Kelantan. Kain tudung bawal ni kain Airis Premium/ Miyuki Premium/ Bawal No. 2. Kainnya sangat selesa. Batu berlian pulak adalah 90% copy swarovski memang berkilat dan tahan tanggal.

Kalau ada yang berminat nak tengok warna yang available tu boleh wahtsapp umie 0134215713 ye. 
Nanti umie akan share warna tudung yang available. Permintaan tinggi setiap hari..sebab tu ada warna yang kehabisan stock.



Tuesday, August 15, 2017

Pasta Spiral Goreng










 Assalamualaikum..

Lama dah tak share resepi kan.. rasanya kalau dibuat kiraan.. post paling banyak adalah post tentang makanan kat blog umie ni. Then hari ni pulak baru la ada masa nak share resepi pasta.

Resepi pasta umie ni senang jer.. nak guna pasta pun boleh atau nak buat spagetti pun boleh sebab ada paste kimball mudah nak masak..hihih


inilah bahan-bahan yang umie guna.
  • pasta spiral
  • mushroom
  • kimball spagetti
  • ayam cincang
  • bawang besar dan bawang putih 
  • cili giling putri (untuk merahkan paste spagetti)


  Tumislah semua bahan di atas tu then jadilah seperti gambar no, 2 tu. Letak sikit parmesan cheese dan oregano. Rasa macam makan spagetti tapi guna pasta spiral..hehehe


 




Tadaaaa... siap dah....






Saturday, August 12, 2017

Original Cake IOI Mall Putrajaya

Setiap hari Sabtu.. akan keluar rumah.. keluar dari pagar rumah pun kira keluar dari rumah jugak kan..hihihi...

tapi hari ni ke Putrajaya ada tujuan.

1st nak hantar pass ofis pada member. Dia tertinggal pulak passnya dalam kereta masa keluar Jumaat tu. Keluar naik kereta umie berlima.. tapi baliknya berdua jer sebab member nak balik naik uber dan stay lagi duduk di Seoul Garden Cyberjaya. 

2nd.. nak ambik anak saudara di Putrajaya Sentral. Balik intern dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang selama 6 minggu.. then esok nak balik ke Sarawak sambung cuti semester pulak 3 minggu sebelum balik semula ke UPSI lepas Raya Haji ni.

Itu jer tujuan keluar hari ni. Disebabkan dah sampai ke Putrajaya walaupun hari-hari keluar masuk Putrajaya, so terus bawakan anak saudara dan kawannya ke IOI Mall Putrajaya.

Hari ni sengaja nak lalu depan Original Cake.
Pernah suatu ketika  yang Original Cake ni viral di Facebook dan hari ni baru nampak sendiri macam mana orang beratur nak beli Original Cake ni. Berselisih dengan orang ramai, masing-masing bawa Bekas Original Cake ni kat tangan. 




Ingatkan yang beratur tu setakat tu jer.. kira ramai gak la tu kan...?




Sekali tengok ke depan sikit..rupanya ramai lagi yang tengah beratur. Tak kira lagi yang beratur macam S kat depan.. rupanya di belakang pun nak sampai ke depan kedai sebelah depan pulak dah. Orang nak lalu pun sampai mencelah kat tengah-tengah orang yang tengah beratur tu..hehhehe.

Korang dah try ker Original Cake ni? Ada yang kata okay dan ada yang kata so-so.. ada yang kata okla.. not bad. boleh makan ..tapi bukan nak selalu.

Umie kalau nak makan sesuatu kena tengok feedback customer yang pernah try.. kalau majoriti kata sedap, boleh repeat order tu.. memang umie akan try..hehhe

So korang yang pernah try tu cer abgi feedback kat komen... korang rasa sedap tak?






Thursday, August 10, 2017

Ayam Penyet Wong Solo

 Dah lama tak cerita pasal makanan kan...

Kalau dulu, blog umie ni memang banyak update pasal makanan jer.. dah jadi macam blog jalan-jalan cari makan pulak kan..hehehhe

Balik kerja petang semalam, suami umie kata nak pergi makan ayam penyet wong solo. So, umie on jer. Kalau diikutkan jarak dari ofis ni memang jauh.. tapi kalau umie memang sengaja nak pergi makan kat Wong Solo dari rumah umie di Banting tu memang tak kuasa nak pergi jauh dari Banting ke Bangi. Dari Banting ke Putrajaya pun dah 45 minit.. tambah lagi 30 minit dari Putrajaya ke Bangi.. jarak perjalanan 1 jam 15 minit baru sampai..hihih


Nasib baik la makanan worth it nak makan sb sedap punya pasal.
Wong Solo ni tak semua negeri ada.. itu pun ada di sekitar Lembah Klang jer. Tahun ni tak sekerap tahun sebelum ni.. pernah umie makan kat kedai ni tiap-tiap hari sampai jemu, itupun masa tahun 2010. Masa tu umie masih lagi tinggal kat kuarter Putrajaya.

1 set ayam penyet ni harganya rm12.90 dan baru jer naik harga tahun ni.. kalau sebelum ni harganya RM10.90


Ni pulak air mangga.. memang pure mangga.. berbaloi dengan harga RM6.50. Selain mangga, air tembikai pun sedap.


Ni pulak umie join member ofis makan di Wong Sola Bangi.  


Wong Solo ni memang tempat favorite umie dan husband sebab rasa makanannya tidak mengecewakan dan berbaloi dengan harganya.

Wednesday, August 09, 2017

Kapal Terbang Crash di Sibu

 Assalamualaikum... selamat tengahari

Ingat lagi tak kejadian kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Sibu? Masa ni umie masih di Sarawak. Kejadian ni berlaku malam dan keesokan hari tu umie nak balik KL. Kejadian ni berlaku bulan 8 April 2017.

Malam tu memang hujan lebat di kampung.. 
umie berdoa hujan reda sebab esoknya umie nak balik ke KL.





Masa pagi on the way ke Airport Sibu tu dan dah nak sampai sibu, Umie baru terima email daripada MAS pasal pada hari tu semua penerbangan di batalkan. Begitu ramai sungguh orang di airport dan kaunter tiket MAS dan AirAsia pun penuh. Dari pagi umie di airport nak tukar tiket tapi pihak MAS tak tahu bila airport boleh beroperasi sepenuhnya. Pada masa tu anak saudara umie pun nak balik KL sebab nak balik ke UPSI dah memandangkan time tu cuti semester dah habis. Dah lama fikir jalannya.. umie survey tiket guna airport lain selain Airport Sibu. Then umie beli tiket dari Airport Tanjung Manis ke Kuching, Kuching ke KL. Umie habiskan RM500 jugak nak beli 2 tiket tu. Nasib abik pihak MAS nak refund balik duit tiket tu.





So bermula lah perjalanan keesokan harinya menaiki MAS Wing ke kuching. itu ambik masa 30 minit baru sampai berbanding kalau naik bas 4 - 5 jam baru akan sampai. Nasib abik penumpang tak ramai dan majoritinya semua nak ke Kuching kecuali umie dan anak saudara just transit di Kuching sebelum ke KL. Lama gak tak naik ni.. dulu masa belajar di Politekik Kuching, kalau cuaca tak mengizinkan nak naik bot ekspress..mak umie akan suruh naik ni jer..hehhee




 see.. itulah permandangan dari atas kapal MasWing.. view cantk..SubhanaAllah..merentas laut.. then kawasan hijau. Inilah yang seronoknya kalau naik flight.



 Sampai Kuching.. rehat jap then sambung perjalanan ke KL naik MAS jam 1.30 petang.. alhamdulillah.. selamat sampai KL.
Perjalanan yang sangat memenatkan. turun anik flight.



Sampai KL, 1 beg pulak tercicir.. orang lain dah beredar habis kat tempat nak ambik luggage tapi umie masih di situ tunggu beg naik. Alhamdulillah nasib baik beg tu ada.. aklau x menunggu la beg tu dari Sarawak.



Muka kami yang kepenatan tapi tetap senyum tunggu husband umie balik kerja untuk pick up di airport. lepas tu hantar pulak anak saudara umie ke KLIA2 naik bas ke UPSI.

Alhamdulillah.. semua dipermudahkan walaupun nak sampai ke KL tu banyak transport nak kena naik.

Syukur alhamdulillah.. turun naik flight hampir 100x termasuk balik kampung dan outstation, Allah masih melindungi...semoga dipermudahkan urusan selepas ini...aamiin..