Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Monday, September 26, 2011

Tahap Kritikal

 Assalamualaikum...

ni adalah sambungan n3 "Pray 4 my dad"
nilah keadaan ayah umie time umie balik pada 15.9.2011
sedih sgt tgk keadaan dia..
kalau setakat kena stroke boleh lagi nak kena urutkan badan..
ni adalah puncanya ayah umie xda oksigen dalam badan dan dia terpaksa bernafas menggunakan tiub masuk ke paru-paru..
sedih sgt..dah tua tp semuanya sakit kalau dah diperlakukan gini..ada 4 jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan..
doktor memang dah nasihatkan kitaorg berdoa dan bersabar kerana para doktor pun berusaha nak sembuhkan dia...ayah umie ditidurkan selama 3 hari supaya dia x bergerak dan oksigen boleh masuk ke dalam badannya...




alhamdulillah..hari ke 4 dos morphine dikurangkan..dan dia mulai sedar dan badannya rasa sakit-sakit dan asyik meracau jer..sb badannya rasa x selesa..kaki dan tangan diikat sb ayah asyik nak cabut wayar kat badannya...time dimasukkan ke wad kritikal..tekanan darah ayah umie kurang dari 70/70..disebabkan itulah..ubat kurang bertindakbalas dgn badan ayah..doktor pun dah memaklumkan bahawa..kalau ubat xleh nak masuk dalam badan..diorg pun xleh nak wat apa lagi dah..
tp alhamdulillah..selama 3 hari ditidurkan..tekanan darah naik dari semasa ke semasa..walaupun dia ditidurkan..kitaorg adaik-beradik still lagi bagi support kat ayah supaya sembuh....

kalau umie tengok gambar ni..memang sedih sgt tengok keadaan dia..
ayah ada ramai kawan...sebelum dia terlantar di hospital ni..tiap-tiap hari kawan dia datang berborak dengan dia...walaupun matanya dah x berapa jelas..tp dia still boleh cam suara lagi...
ayah mengalami stroke di sebelah kiri badan termasuklah memberi kesan kepada jantung dan otaknya..
ayah dah boleh buka mata semasa di di Hospital Sibu tp dia x cam org termasuklah anaknya sendiri...
kalau nak bercakap dgn dia pun kena sebut nama supaya dia ingat...dan sampai ke hari ni..ayah still ingat-ingat lupa..dah 26 hari ayah sakit...

umie doakan semoga ayah diberi peluang untuk meneruskan hidupnya...





Thursday, September 22, 2011

Pray 4 my dad...

Assalamualaikum...

dah seminggu umie di kampung...
ayah x sihat..
actually...raya tahun ni seperti tidak bermakna kerana ayah x beraya...
dia sakit...

1 syawal 1432H...bersamaan 30.8.2011..akan umie ingat sampai bila-bila...
raya tahun ni beraya di kampung umie...2 hari sblm raya umie dah balik sarawak..

awal pagi sblm solat subuh...kira-kira jam 5.00 pagi..
kakak ketul pintu..ingatkan nak kejut solat subuh...dengan muka blur n mamai lepas bangun tido..
semua org turun ke tingkat bawah rumah umie..
ayah umie terduduk di kerusi..
beristighfar umie memandangnya...Ya Allah..apa dah jadi..???

wajah ayah umie...mulutnya dah senget dan duduk pun x balance..rupa-rupanya ayah kena angin ahmar @ stroke..sesiapa yang baca fB memang umie ada mention yang ayah kena stroke...
xsampai setengah jam...tukang urut sampai dan alhamdulillah...mulut ayah kembali normal cuma percakapannya agak kurang jelas.

2 minggu sepanjang raya ayah terlantar di katil..org yang datang beraya lebih ramai lagi dari sebelum ni dan hakikatnya kalau raya memang rumah umie penuh ngan sanak saudara tp kali ni lagi ramai dari tu...
org yang jarang menangis tp dah tengok keadaan ayah umie gitu..diorang turut menangis..apatah lagi kami..tp wajah ayah memang nampak redha...dia kata..semua tu adalah rezeki dari Allah...
sedihnya time ayah kata gitu...

tiap-tiap hari ayah diurut..alhamdulillah..beransur pulih...syukur pada Allah...
tp...time umie nak balik KL pada 11.9.2011..ayah kena serangan sesak nafas dan dapat rawatan nap di klinik yang letaknya sebelah rumah umie jer... tp sesak nafasnya x sampai di situ jer...
akhirnya ayah umie dapat surat rujuk ke Hospital Sarikei...pada 14.9.2011...untuk check up bahagian dada kerana sesak nafas..doktor sahkan dia okay..xda masalah jantung dan paru-paru...
disebabkan ayah stroke di bahagian kiri badan hingga ke kepala..so ayah dihantar pula ke Hospital Sibu untuk CT Brain...dan sekali lagi doktor sahkan dia xda apa-apa..disebabkan dia tiada masalah..ayah dihantar semula ke Hospital Sarikei..tak sampai 10 minit baring di Unit Kecemasan Hospital Sarikei, ayah batuk..dan sesak nafas lagi..dan tahap kesihatannya agak kritikal dan di hantar semula ke Hospital Sibu....
dan pada 15.9.2011 umie balik semula ke sarawak seorang diri...untuk sambungan n3 ni umie akan sambung lagi k..nak bagi ayah umie minum susu melalui tiub di hidung lak sb dia xleh nak makan...



to be continue....

Wednesday, September 14, 2011

Dapat Duit raya

Assalamualaikum...

dah lama rasanya umie x mengupdate blog..
byk sgt umie nak kena fikirkan kebelakangan ni...ok..untuk x mengecewakan pengunjung blog umie...
ni adalah gambar last puasa hari tu...dan majlis penyerahan duit raya oleh YB..oooppss.. bukan Yang berbahagia atau Yang Berhormat tp..heheh...Yang Besar..hehhe...xdalah..tp yang menyerahkan duit raya tu memang besar gak..mcm kategori umie gak la...
tp sblm tu umie nak memperkenalkan 1 cawangan ngan umie..

 nilah rasanya 1st time umie tunjukkan warga CPOPK..we all 1 Malaysia  ada Melayu, Cina, dan India...


 yang duduk tengah tulah boss umie a.k.a Ketua Cawangan..
En. Shawal bagi duit raya x kira pangkat dari gred 44-17 semua dapat...semua dapat RM10.00 seorang..hehhe



selain dapat duit dari boss umie dapat gak duit raya dari Ketua Unit..dia bagi lagi banyak..ktorg bertiga dapat RM50.00 seorang dan maizatul lah yang beruntung dapat duit raya utk anak2 dia 3 org dapat rm10.00 seorang...duit yang diorg bagi tu umie x belanjakan lagi...heheheh

thanks En. Shawal dan Puan Faridah..semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki...amin....
now..KC umie dah sambung study..start dari awal bulan 9...so..we all dah xda KC dah...tinggallah ketua unit jer lagi....tp alhamdulillah..walaupun xda KC tp kerja tetap jalan...

anyway..rasanya blm terlambat lagi umie nak ucapkan Selamat Hari Raya buat u alll........