Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Sunday, October 09, 2016

Kelas FBads

Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu..
Dah masak untuk makan tnegahari? Masak apa tu?

Umie..? seperti biasa, sarapan merangkap makan tengahari..hehhee

ni umie nak cerita pasal aktiviti hari sabtu.. Hari Sukan Negara..eh.. bukan nak cerita pasal hari sukan..heheh.. umie nak cerita yang umie g kelas FBads anjuran Stokis Dexandra Putrajaya.

So ni 1st class Dexandra umie g.. Actually umie bukan rajin sangat nak g kelas bagai ni..hehe.. Kalau Shaklee pun.. tp kalau ada geng nak jer umie g..hehhe

Stokis Dexandra Putrajaya ni dah g kelas FBads ni itupun Stokis lain yang bagi tunjuk ajar..tak salahkan nak bagi ilmu secara percumakan.. tp biasanya yang free ni la org jarang nak hargai.. sebab tu ramai gak yang pergi kelas yang berbayar ni.. Nasib baik la Stokis Dexandra Putrjaya ni baik hati dia bagi kelas percuma untuk dropship dan agent bawah dia jer... umie g sesi petang..so tak ramai la yang datang sb pagi dah penuh...





Alhamdulillah... berjaya jugak umie buat iklan walaupun byk gak halangannya selepas Facebook umie kena block hari tu..macam-macam cara dah buat hantar report bagai ke FB.. dapat respond x boleh publish.. so balik dari kelas umie sambung cari ikhtiar balik nak settlekan masalah tu..

Kalau difikirkan balik.. aklau umie create page FB baru..adakah itu jalan penyelesaiannya.. mana tau facebook personal umie yang problemkan.. So, umie plan tukar nama page ke nama baru tp tak jauh beza sangat dengan nama page yang sebelum ni..



So.. inilah page FB umie.. Dexandra Scent --> boleh follow Dexandra Scent

Nak support page supplement Shaklee umie pun boleh gak --> VitaChat

Thanks for support umie..kawan-kawan...




Mee Segera Samyang Korea

Entri sebelum ni pun cerita pasal makanan kan... then kali ni pun umie nak cerita pasal makanan gak..

Hari tu ternampak mee samyang ni.. memang tak da terniat nak beli pun.. entah macam mana husband umie ni nak try.. tak pernah-pernah umie tengok dia beli makanan pelik-pelik ni...


Pernah try makan mee ni... 
mee yang suatu ketika dulu pernah jadi bahan kontroversi gak ni..
di pasaraya dah melambak orang jual mee ni..

So malam tadi umie try la rendamkan mee ni dengan air panas..


masukkan perencahnya...

ada bijan, seaweed dan perencah...

memang pedas giler.. umie dapat 4 suap jer.. then minum air.. memang lagi makin pijar..
patutla ramai yang makan mee ni sediakan siap-siap air susu..

umie minum air masak jer k.. dah tak tahan.. letak gula atas lidah.. barulah lega sikit tp bibir pulak rasa pijar..

umie jenis tak makan pedas dan panas.. 
mungkin sebab mee ni tak panas masa makan, tu sebab boleh telan lagi tu..


Apa komen you all lepas makan mee ni?

Bagi umie, mee ni ok.. perencah pun ok tak pelik sangat rasanya..boleh makan lagi cuma yang tak tahan kepedasan tu.. umie tak sure la tahap tu dah sampai 10 ke tak tp bagi umie tu memang dah tahap 10 walaupun baru makan 4 suap jer pun...

kalau dah 4 suap pun dah macam tahap 10, agak-agak orang korea yang makan tu mesti bagi dia tahap 1 jer kot..orang korea kan suka makanan pedas..hehhee

boleh gitu?





Monday, October 03, 2016

LOBSTER

Assalamualaikum..

wahhh... malam baru nak mengupdate blog.. nak cerita pasal makanan pulak tu memandangkan dah lama gak umie tak post pasal makanan ni kan..hehehe

ada yang terliur ker... maaflah.. ni saja nak tunjuk... 

lobster ni umie tak beli kat sini(semenanjung) tapi di bawa dari sarawak.. hari tu kan family umie mai datang KL.. so diorg bawakan sekali la lobster ni..

Rami org dok tanya umie mcm mana nak bawa makanan laut ni ke KL..Actually umie bekukan dulu makanan laut ni dlm peti sejuk.. masa nak balik tu.. umei dah bungkuskan dengan newspaper dan kertas plastik bekas makanan tu then masukkan dalam luggage baju. balut dengan kain baju pun boleh. So far kalau bawa udang ni still okay lagi.. manis rasa udang tu still ada lagi..

tapi kalau umie bawa ikan dan memang pernah bawa balik ikan.. rasa ikan tu tak sama seperti yang kita makan di sarawak.. umie pun xtau kenapa. tu sebabnya uie jarang nak bawa ikan balik ke semenanjung..hehehe.. kalau nak beli ikan beli jer la kat pasar borong.. murah kot.. tp kalau udang dan lobster ni memang harga mahal kat sini kan...

pernah umie beli udang 10 ekor jer pun dah nak cecah rm10.00 tau.. bukan besar mana pun.. besar ibu jari jer kot.. tp dah masak.. udangnya kecut..hehehe



ok.. toksah la terliur tengok gambar ni k... kalau rasa terliur.. beli jer kat pasar borong..hehhehe