High Expectation

Bila expectation kita terlalu tinggi maka kita rasa akan kecewa



Bila kita fikir, tanpa diri kita orang lain tak boleh buat dan hanya kita jer yang boleh buat yang terbaik.. jadi pergi sana kau. buatlah kau menang sorang-sorang. Seolah-olah orang lain macam tak berguna. Seperti kau sahaja yang wajib ada dalam group yang boleh buat group itu akan menang dan orang lain tak boleh nak menang. Siapa yang tak nak menang kan? Adatlah tu kalah dan menang dalam permainan tapi bila kau expect orang lain tak boleh nak buat sebelum permainan start, itu sesuatu yang tak fair pada diri orang lain. Aku tau kau ada favouritism. Nak kawan-kawan kau jer satu group.

Kadang-kadang rasa annoying pulak kalau ada spesis macam ni.
Memandang rendah dengan keupayaan orang lain sebab kau jer nampak menonjol dari orang lain. 
Jangan terlalu berbangga sebab bila-bila masa Allah swt boleh tarik balik apa yang kita ada.

Bila orang terguris hati dengan apa yang kau cakap, suatu hari nanti kau juga akan rasa seperti orang tu rasa tapi masa tu biarlah Allah swt yang tentukan.

Sekarang ni aku tak boleh nak simpan dah memang kena luahkan jugak. Sebab aku juga ada hati dan perasaan. Kalau ada orang yang berada di tempat aku, boleh ker dia akan tahan apa yang aku rasa sebab bukan sahaja aku yang terasa tetapi orang lain yang mendengar juga terasa.

Tak apalah, biarkan sahaja. Biarlah kepala mendongak ke langit jgn sampai muka dan langkah mu menunduk ke tanah



Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post