Broadband Celcom

Awal tahun hari tu umie dah meroyan ngan streamyx kat rumah. Dah buat report tapi xda tindakan.
Last, umie terminate jer streamyx tu then sekarang ni bill dah terlebih bayar pada Telekom RM124.80 tak dituntut lagi ni.

Lepas jer terminate streamyx hari tu husband umie terus pergi cari alternatif lain nak dapatkan coverage kat rumah. Husband umie dah belikan nombor celcom baru yang boleh guna internet sampai 100G sebab kat rumah umie ni Astro pun dah terminate sebab tak tengok tv pun. Kalau nak on tv pun sb nak tgk youtube sambung ke tv.

Dah beli simkad tu, kena pulak ada broadband kan? So, husband umie belikan broadband 4G utk simkad tu. Dah seminggu guna asyik terputus jer linenya dan tak stabil.

Minggu ke 2 guna still terjadi benda yang sama. Husband google cara nak stabilkannya. Then terjumpa broadband yang lagi power. Harga pun nak cecah RM500 dan ada yang sampai RM1000 pun ada. 

Umie memang tak berapa nak setuju sangat kalau nak beli tu. Dalam pada yang sama, terjumpalah 1 website dari luar negara yang ajar guna 1 alat untuk tarikh coverage tu dan stabilkannya. You all nak tahu tak apa benda tu? hehhehe..





inilah benda tu. You all tahu tak penapis minyak tu..


ihsan mr. google

Lebih kurang gini la penapis tu..hehehe
Jadi penapis tu balut dengan aluminium foil tapi sebelum tu penapis tu kena tebuk dahulu nak bagi laluan broadband tu cucuk kat situ.




Disebabkan kat rumah ni bergantung pada alat ni untuk online, kena la sediakan jugak kipas nak bagi benda tu tak terlalu panas. Kalau time cuti memang 24jam akan on walaupun malam pun tak off pun.

Tempat umie ni memang coverage sangat teruk. Kadang-kadang nak dapatkan TAC num bank pun kena naik tingkat atas baru la TAC tu masuk. Yerla.. masuk ladang kepala sawit kan.. UNIFI pun x masuk tau.. nak pasang telefon rumah pun ikut que.. kalau ada kosong barulah boleh pasang.

Nasib baik la umpa kaedah nak stabilkan broadband ni. Kadang-kadang memang stress gak sebab nak update blog pun tak boleh nak publish sblm ni sb asyik terputus jer.

Kalau yang kat rumah tu bergantung pada broadband jer, boleh la try guna kaedah ni. Mana tau berjaya. Percentnya tak tinggi itu pun 48% je coveragenya tapi stabil dan tak putus-putus. boleh lagi kalau nak online sampai 2-3 orang tu boleh lagi.

Kalau ada yang dah try cara ni boleh maklum umie k.. berjaya ke tak tu..hehehe



Share:

Cool Blog

Buat apa tu?

Selamat berhujung minggu.

Hari ni umie dok rumah, settlekan semua kerja rumah termasuklah melipat baju. 

Semalam seharian umie keluar rumah ke Paradigm Mall sbeba nak ke Kaison. Beli barang untuk buat gambar flat lay. Dah kehabisan idea dah ambik gambar dari google. So umie cari la peralatan nak buat gambar flat lay tu.

Balik dari Kaison, singgah Mydin USJ. Singgah pun untuk makan tengahari. Singgah makan jer yer..hehe.. Dah habis makan keluar then ke Tesco Banting pulak.
See, kalau dah macam ni rupa gayanya dah boleh sampai ke Utara atau ke Selatan jauhnya hehehe..

Di Tesco Jenjarom ni pulak nak beli barang keperluan dapur. Sebelum keluar, singgah dulu beli Cool Blog ni. Kalau dulu setiap kalu jumpa mesti akan beli. Tak tahu apalah ketagihnya minum ni. 
Tapi sekarang dah jarang dah minum ni. Kalau rasa teringin baru order. Kalau rasa boleh tahan lagi nafsu nak beli tu lupakan jer.



Korang ada yang suka minum ni ker?




Share:

Akademi Shaklee Bengkel Asasi

Alhamdulillah.. permulaan tahun yang seperti tahu apa yang umie inginkan. Terima Kasih Ya Allah.

Tahun ni umie plan nak all out nak buat shaklee seperti 3 tahun lepas. Hampir 2 tahun umie rest tak join apa-apa aktiviti shaklee anjurkan. 
Start tahun ni mulalah umie aktif berShaklee semula. Umie plan untuk tahun 2018/2019 ni umie nak dapatkan tiket 1 atau 2 tiket nak g melancong under Shaklee. So umie kena buat sungguh-sungguh.

Pada 3 Februari 2018 ni ada jemputan ke Business Leaders National Conference (BLNC) di Sunway Piramid. Umie akan pergi sorang sebab husband tak dapat nak join. Dan umie terpaksa pergi sorang. Kena la cari kawan lepas ni, kalau tak mati kutu duduk sorang-sorang.

Rabu lepas balik kerja, umie check email. Dapat lagi 1 email untuk jemputan ke Akademi Shaklee. Awal bulan Januari ni tadi, nampak gak Master-master shaklee ke Akademi Shaklee ni khas untuk master. Then umie pulak dapat email untuk Leaders.

Dah ada peluang macam ni umie kena join. Yuran murah jer pun RM30 untuk 2 hari. Memang berbaloi kalau boleh pergi ni.


Sebenarnya umie boleh pergi dengan husband tapi husband umie kurang minat nak join mcm ni. Tapi atleast dia boleh hantar dan ambik tu dah kira ok. Sebab kalau dari Banting nak ke Sunway tu memang jauh. lebih kurang 1 jam lebih sikit baru sampai dan 2 tol nak kena redah.

Sementara umie ada kelas tu, boleh la dia pergi meronda-ronda sekitar situ sampai petang.

Hopefully ni lepas ni perjalanan umie dalam shaklee dipermudahkan bersama team umie.

Kalau ada yang berminat nak join tema umie dan nak order produk shaklee tu dialu-alukan. Umie boleh COD sekitar Putrajaya. Tempat lain umie pos.




Share:

Majlis Amanat Tahun 2018 dan Ikrar Bebas Rasuah

Isnin hari tu, ofis buat Majlis Amanat Tahun 2018 dan Ikrar Bebas Rasuah di Auditorium Kompleks E. Dekat jer.. Sebelah ofis jer pun..hihih..

Umie dan kawan-kawan pulak jadi Urus Setia Pendaftaran. Itu jer la tugasnya start dari mula-mula umie kerja di ofis lama sampai la sekarang ni. Umie memang suka kalau ada apa-apa event mcm ni..hehe.




Urus Setia pendaftaran pada hari tu.




Kami pakai baju sedondon. Baju Aras 9. 
Kain ni umie beli di kedai Nurjannah Collection. Murah jer pun, RM37.00 sahaja tapi warnanya nampak menarik kan..

Kalau ada yang berkenan nak buat pakaian seragam boleh jer jenguk di FB Nurjannah Collection



ni boss umie.. Berasal dari Sarawak jugak




See.. macam pantang nampak camera jer kan...hehehhee




So last but not least, inilah program hari tu. Ada jemputan dari SPRM, bacaan ikrar dan sebagainya. Walaupun majlis simple jer tapi amanat yang disampaikan itu sangat bermakna. Marilah kita sama-sama perangi gejala rasuah. Join Sabahat Gerah SPRM.





Share:

Omega Guard

Ada tak kawan-kawan umie ambik minyak ikan Omega-3?

Ni haa.. nak habaq.. bulan ni ada promo Omega Guard Shaklee tu. Kalau berminat boleh la contact umie na..

Sebelum you all nak beli minyak ikan tu, kena kenal pasti dulu ada tak ciri-ciri minyak ikan yang you all beli tu termasuk dalam 6 sebab mengapa you all kena pilih Omega Guard Shaklee.

Kalau ada.. lulus nak beli. Kalau tak, beli jer minyak ikan Shaklee ni.

Kalau yang nak tahu lebih detail lagi.. boleh la berkunjung ke blog Umie Sapidah nak tahu lebih detail padal 6 sebab tu.










Share:

Minum Petang dengan Kopi O dan Biskut Krackers

Assalamualaikum.. Selamat hari Ahad.. 
Bangun-bangun.. esok kerja.. jangan ada yang masih nak cuti.

Sekarang masih awal tahun..semangat nak kerja tu kena lebih dari sebelum ni..hehe.
Kalau ikutkan hati umie nak jer cuti ni. Tapi dah difikirkan cuti pun tak tahu nak buat apa.

Dari malam tadi hingga la ni.. umie baru settle ubah template blog umie. Blog personal ni dan blog yang Shaklee tu. Alhamdulillah dah settle.

Next entri nanti umie akan tunjukkan dari mana umie dapatkan template yang cantik dan mesra SEO ni.
Senang jer nak buat tapi nak kena ubah sikit-sikit la codenya biar sesuai dengan content blog umie.

Settle dah ubak template tadi umie terus buatkan air kopi. Teringin pulak nak celup kopi o dengan biskut krackers hip seng cap pingpong..hehe


Time tengah minum ni tengok drama korea sampai settle 1 episode.



Umie post ke facebook.. rupa-rupanya ada yang teringin jugak tengok post umie ni. melting..tempting..hehehe.
Ada yang tengak menjamu mcm umie.. tapi dia minum milo..hehhee..

Kawan-kawan yang tengok gambar ni ada rasa nak minum teh/kopi then nak cicah biskut gak ker?



Share:

DapoPuro District 13 Cuisine

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.. 

Buat apa hari ni? 
General Cleaning ker? 
Jalan-jalan ker?

Umie hari ni ke KL nak cari blazer untuk program shaklee 3rd February ni khas untuk leaders shaklee jer. Blazer yang ada dah ketat..hehehe.. almaklumla membesar dengan sihat dan jayanya. Tahun ni umie nak komit buat shaklee betul-betul. Kalau 2 tahun sebelum ni umie sambil-sambil buat bisnes lain then fokus pun lari...hehhehe

Balik dari KL terus ke Geo Sunway nak beli vitamin shaklee yang dah kehabisan di rumah. Kena top up selalu sebab bila-bila customer nak boleh jer pos dan cod terus jer. Kalau xda dalam stock pun umie boleh jer order online guna Shaklee2u. Sangat senang nak order.

Ok, balik dari Sunway terus singah ke Aeon Big Puchong then balik dari situ singgah Bukit Puchong pekena makanan Sarawak dulu. Kalau dah ke Puchong, kalau dah rindu sangat nak makan makanan sarawak tu, kat situ ada sebuah kedai yang masak makanan sarawak jer. Bagi umie, umie lebih prefer yang di Sungai Besi, Dayang Sarawak namanya. Dah alang-alang di Bukit Puchong ni, so umie ke DapoPuro jer sebab dekat dan satu laluan umie nak balik ke Banting.


Inilah kedainya dan kalau ada yang teringin nak rasa, boleh la ke alamat ni:

41 Jalan 
BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2
 47100 Puchong.




ni memang air favorite Teh C Peng




Disebabkan sekarang ni musim buah dabai di Sarawak, so haruslah umie pekena nasi aruk dabai. Nasi aruk tu sebenarnya adalah Nasi Goreng.




Selain dari nasi aruk dabai, umie order gak mee kolok daging dan meja jawa ayam.
Kalau kita ni dah rindu dengan kampung, rasa macam nak order jer semua makanan dalam menu tu...hehehehe



last but not least sebagai pencuci mulut order keropok lekor..hehehe

Before ni umie pernah gak datang ke DapoPuro ni masa baru seminggu diorg buka kedai. Umie makan laksa sarawak, mee kolok, ambuyat atau sarawak panggil linut + kuah asam mangga. Memang berpeluh la makan.

Kalau yang dah dekat area Puchong tu datang la merasa makanan Sarawak di Bukit Puchong. Kalau yang nak menghala ke KL tu boleh singgah di Sungai Besi ke kedai Dayang Sarawak dan pada yang memang duduk di bandaraya KL, boleh la merasa makanan Sarawak di Dapur Sarawak di belakang KPJ Tawakkal KL.



Share:

Dabai oh Dabai

Kalau dah musim.. melambak orang jual buah dabai ni terutama sekali di Daerah Sibu, Sarawak. Majoriti member fb umie adalah Sarawakian. So no wonder la news feed FB umie memang scroll dari atas hingga ke bawah memang pasal buah dabai jer.

Umie bukanlah penggemar buah dabai tapi memandangkan buah ni berbuah ikut musim so umie try la jugak merasa. Kalau makan pun setakat merasa 3-5 sekali makan tu ok. Ada sesetengah orang makan sampai 10 biji dan ke atas. 

Umie kurang gemar nak makan buah dabau ni bersama nasi. Tapi umie suka meratah jer buah dabai tu..hehehe


Alhamdulillah, dapat merasa buah dabai kali ni walaupun dah nak sampai ke penghujung musim buah dabai ni. Ni pun belas ihsan kawan yang bagi. Merasa la jugak buah dabai ni. 

Umie pun ada gak order dari Sarawak, umie nak minta diorang poskan. Tapi tunggu next batch dia ambik order dulu. Kalau ada nanti dia akan poskan.

Tadi tunjuk kat budak ofis. Dia ingatkan kurma then dia pelik kenapa kurma direndam dalam air..hehheh.

Kalau yang tak pernah merasa, jenuh nak menjawab buah dabai ni apa? Rasa macam mana? Tak tahu nak describe rasa buah dabai ni macam mana. Yang penting rasanya tak la teruk pun.. rasa lemak-lemak.

Oklah cukup la pasal buah dabai ni. Meleleh dah air luir ni.. harap sangat time ni ada kat Sarawak. Boleh makan macam buah.. durian, buah dabai, buah pakan, asam embang dan banyak lagi lah..hehehe






Share:

Stress Again...

Last week meeting Cawangan.. umie siap rakam lagi setiap perbulan yang umie dengar dalam meeting tu.
Then suddenly, umie siap ulang 2 kali nak dengar balik ayat tu.

Nak masuk 12 tahun umie dalam perkhidmatan sekarang ni then 2 buah jabatan umie dah pindah. Mean that ni jabatan ke 2 umie. Start masuk pun tahun 2015 sehingga kini.

Sebab pertukaran masa tu sebab nak pergi kerja sama dengan husband dan nak naik 1 kereta then dapat la ofis yang 1 kompleks, senang. Sebab lain pindah jabatan ni sebab pusingan kerja. Ofis 1st umie hampir 9 tahun kat situ jer tapi umie dah tukar banyak unit tapi dalam 1 cawangan yang sama. Maksudnya bukan bukan kerja yang sama selama 9 tahun tau tapi lain-lain tugas umie buat but i enjoy buat kerja tu.

Di jabatan sekarang ni umie nak masuk 3 tahun dah. Rasanya macam nak minta tukar jer. 2 tahun berturut-turut selama 3 bulan umie tanggung kerja orang yang bersalin then kena buat kerja orang lain kalau orang tu g cuti belajar 3 minggu setiap 2x setahun. Dengan kerja sendiri pun banyak then kerja org lain pulak ditambah lagi. Walaupun orang kata:

"Tak pe, dapat gak duit tanggung kerja."

Kalau umie dengar orang cakap gitu rasa nak ketuk jer kepala. Sendiri tak tanggung boleh la sambil lewa dok cakap dapat duit tanggung kerja. Umie kalau boleh tak nak buat kerja orang lain, lagi-lagi la nak tanggung kerja orang lain. Kalau salah buat sendiri jugak yang kena hadap.

Umie dah rasa tahap kestressannya di awal tahun macam ni. Then kalau dapat tukar cepat memang umie ank tukar jer.

1 habit umie kat ofis adalah suka pakai headset. Pakai tu bukan sebabnya apa. Kadang-kadang umie tak suka dengar bunyi bising, nak elak orang datang borak ngan umie pun yer jugak. Sebab volume suara orang bercakap bagai 1 floor tu boleh dengar kot. Tu pun kadang-kadang umie boleh buat stress gak. Habis tu macam mana, dah environment nya macam tu kan.

Rasa macam nak meluah kat sini tapi rasa tersekat. Cukup la umie bagi setakat ni jer. Redha la jugak rasa terpendam kat hati ni.

Terima kasih korang yang sudi gak nak baca.

So umie akan berfikir macam ni jer la:

"Simple things become complicated when you expect too much."



Share:

Genting Premium Outlet

2 hari akan driving sendiri pergi kerja memandangkan hsuband umie meeting di luar kawasan pulak tu. Bertabah jer la. Umie ni jenis yang tak suka driving dan kaki cepat sakit walaupun guna kereta auto sekali pun. Husband umie lebih rela dia yang drive sendiri dari nak soh umie drive. Kalau umie yang drive, perkara pertama yang dia akan tanya adalah:

 "kaki ok ke tak, sakit lagi?"
Maunya tak sakit bang oi..balik ni tolong urut kaki yer? hehehhe.. Mesti husband umie baca blog ni. Kalau dia tahu umie dah start berblogging balik, hari-hari dia akan baca apa umie update dan siap boleh komen lagi tapi dia tak tinggalkan komen kat blog ni tapi dia bagi tau sendiri kat umie..hehehhe. 

Hari ni husband umie update aktiviti dia hari ni.


See.. kat mana tu? Genting..


Semua gambar ni ihsan dari mr. husband yang pergi meeting kat sana



I is tengok gambar jer la yang mampu




Mesti sejuk ni.. kita yang duduk darat ni pun dah sejuk, apatah lagi yang kat atas gunung kan...hihihi




Directory. Boleh la tengok sebab bershopping supaya tau location kedai yang mana kita nak pergi.


Husband kata tempatnya tak best. Mahal.. ker saja nak buat isteri dia ni tak terliur nak pergi sana..hehhee... Umie pernah ke Johor Premium Outlet, Melaka Premium Outlet dan yang paling dekat ngan rumah Mitsui Premium Outlet. Kalau boring-boring tak tahu nak g mana, sebelum balik singgah Mitsui dulu cuci mata..hehehhe

Ni Genting Premium Outlet nak pergi bila entah.. Korang ada yang dah sampai ke sini ker? best ke tak?



Share:

Port luck ofis

Lebih kurang setiap bulan ada port luck kalau x pun 1 kali dalam 3 bulan sebab nak kumpul semua yang sambut birthday pada bulan tersebut.

Umie kalau ada kelapangan memang akan bawa gak makanan. Walaupun dah kongsi bayar tapi umie tetap gak bawa sendiri sebab nak tambah makanan..hehhehehe.. tapi umie tak reti nak masak lauk. Biasa umie masak pun kek cheese dan pizza. 2 tu jer la umie reti nak masak.



Pizza ni umie jarang sangat buat. kalau betul-betul lapang jer umie akan buat sebab kerja remeh sikit sebab nak sediakan topping pizza, nak uli tepung. Tapi nasib baik ada Bread Maker nak uli tepung..hehhe.. jimat masa. Kalau sebelum ni umie uli tangan jer tapi senang gak uli guna tangan tapi kena ada tekniknya supaya tangan tak lenguh menguli..hehehhe.




Tadaaaa... siap dah.. tak boleh nak amalkan selalu buat 2 jenis ni dalam 1 masa melainkan guna oven besar boleh muat 4 loyang ok..ahhaha. ni umie masak dari lepas maghrib sampai la kul 1.30pg baru siap tau.

Dah selalu buat ni rasa macam nak belajar buat makanan lain pulak la. Umie nak try buat kek birthday pulak sebab umie dah join 1 kelas pjj nak belajar buat kek. Hopefully umie akan cari masa nak try buat kek pulak lepas ni.




Share:

Lama dah Berehat, Nak buat Come Back.

Kejap lagi kelas Shaklee nak start..kelas online jer.. nak ambik duduk depan walaupun kelas online...hehehe

Assalamualaikum dan selamat malam.. mengarang jap sementara tunggu kelas nak start. 

Actually, umie dah join Shaklee almost nak masuk 5 tahun..31 Januari ni. Kalau dalam perkhidmatan kerajaan dah lama dah tu..tapi belum sampai nak naik pangkat. Tapi dalam Shaklee dalam masa 1-2 tahun tak mustahil dah habis pangkat dan nak maintain pangkat jer di pangkat Master Coordinator.

Selama hampir 2 tahun umie berehat dari buat Shaklee sungguh-sungguh. Selama 2 tahun tu main-main jer. Walaupun begitu, regular customer umie tetap repeat order. Selama 2 tahun tu macam-macam berlaku. Selama umie berehat tu umie try buat bisnes lain. Jual perfume dan jual tudung bawal. Fuhhhh.. berpeluh kalau buat 3 bisnes dalam 1 masa.

Apabila kita fokus Shaklee sahaja, maka sale shaklee pun naik. Lari sikit fokus ke arah perfume, sale perfume naik then sale shaklee turun dan begitulah sebaliknya. Nampak sangat tak fokuskan. Umie pun tak tahu macam mana orang lain boleh manage nak buat bisnes banyak-banyak sedangkan umie buat 2 pun dah kelam kabut.. Sale turun naik.

So, untuk 2018 ni umie nak fokus 1 bisnes jer..iaitu Shaklee. Umie dah left group jual tudung semua bagai. sebab biasa kalau beli tudung ni beli tudung diri sendiri jer banyak. Tadi pun kawan ofis nak order tudung umie cakap umie tak jual dah. Nak deal dengan customer yang nak tudung ni rasanya lebih susah dari jual vitamin kot sebab kadang-kadang barang dah sampai tak kena pulak dengan tudung dan baju, warna tak sesuai dengan kulit la, ada batu berlian manik tudung tertanggal la, kain keras kejung la. Jenuh pulak nak menjawab. Kalau ada customer yang macam ni memang tak sesuai beli online sebab nak sendiri rasa kainnya sendiri baru puas hati.

Dalam pada yang sama dah left group jual tudung, umie tengah nak clearkan perfume pulak. Umie jual Dexandra dan dah 1 tahun setengah kalau tak silap. umie join thn 2016 then tahun 2018, umie decide macam tak nak teruskan jual perfume. Jual perfume ni ramai yang suka bau wangi tapi tak semua orang suka perfume yang kita suggest. Kalau dah terbiasa dengan bau tu, nak tukar bau lain pun susah tau. Jual perfume ni, kalau kita beli byk baru dapat untung lebih sikit tapi nak clearkan tu agak payah. Contoh kita nak jual ke ofis, nak bawa pun berat tau sebab perfume kan botolnya kaca. kalau bawa 10 botol pun dah berat. Customer tak akan beli kalau tak bau perfumenya melainkan kalau memang perfume diorg nak dan tahu baunya macam mana.

Walaupun umie dalam pada masa yang sama jual produk lain selain Shaklee, tapi Shaklee tetap di hati umie. Target umie untuk tahun 2018/2019 ni umie nak dapatkan 1 tiket dulu.. macam yang sebelum ni umie pernah dapat 2 tiket untuk National Conference tapi kalau untuk International umie dapat 1 tiket jer. So umie decide nak ambik 2 tiket sebab boleh bawa husband umie duduk hotel mahal di Sunway Resort Hotel & Spa then umie pernah duduk di Palace of The Golden Horses, dapat tiket free ke Aquaria KLCC dan dinner di Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Memang layanan 1st class la gitu.

Tak sabarnya nak merasa semua tu lagi. So, Tahun 2018 ni umie nak buat come back. Nak bagi semua kawan-kawan facebook, Instagram, Instagram Shaklee, Page Fb Shakleebyumie dan blog umie kenal umie jual Shaklee.


So.. inilah umie yang jual Shaklee tu. Umie kerja di Putrajaya dan kawasann jajahan nak COD di sekitar Putrajaya, Pekan Dengkil dan Kota Warisan Sepang kerana itulah tempat laluan umie pergi kerja then balik kerja.

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu nak beli Shaklee, tak tahu nak vitamin apa yang sesuai dan tak tahu nak contact sapa untuk beli vitamin.. ? Sayalah yang anda cari. Boleh hubungi umie di talian whatsapp 0134215713 untuk maklumat lanjut. Boleh juga cari umie di FB personal umie seperti di sebelah kanan tu, nak cari blog shaklee umie pun klik jer gambar frame hujau disebelah kanan tu.

ok, itu saja untuk malam ni. Good nite and have a sweet dream..



Share:

Sangat kecewa dengan Telekom Malaysia

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Hujung minggu korang ok ker? hujung minggu I sangat la kecewa.. start dari 29.12.2017 hingga la ni.. 7.1.2018, internet kat rumah umie ni x muncul-muncul lagi linenya.. pergi mana tah? tak jumpa tahun kot.. ker lompat g tahun 2019 terus.

Setiap hari call Telekom buat report. Memang dah Telekom mention kat sms ada buat penyelenggaraan dan dah settle semua kerja then apa hal pulak internet rumah umie ni problem. Dah la buat penyelenggaran time cuti panjang pulak tu, kita pulak duduk rumah..duduk nganga jer la sebab internet takda. nak harapkan line macam Celcom memang agak slow la kat rumah ni. Nasib baik alhamdulillah, still boleh bersabar lagi.

Setiap hari kot husband call buat report then petang semalam dimaklumkan, report tu dah settle sebab diorg g tengok kat peti Telekom tu xda masalah then diorg close case. Nak close case pulak tak inform kami yang buat report ni. Biasa buat penyelenggaraan hari bekerja  tapi ni kata dah dtg pergi tengok xda masalah. Boleh pulak datang hari sabtu tapi tak pulak inform kami yang buat report diorg nak dtg tgk..dan-dan close case. Then husband buka case lagi minta diorg tgkkan semula.

Setiap kali call mesti diorg akan minta renew contract semula.. apa kaitan kalau x renew dengan renew? kalau diorg nak selenggara modem kat rumah ni rosak nak kena bayar jer kan. takkan la sampai gitu sekali cara nak selenggaranya kot. Kat rumah umie ni ada 3 modem dan telefon pun ada 3 yang masih boleh guna nak test kalau modem tu rosak.. 

Before ni umie dah upgrade dari 1mbps ke 4mbps tapi tak sampai 4 pun..kalau tak boleh jer umie nak minta waive. Biasanya 1-2 kali call tu biasanya dah settle. ni hampir tiap hari call macam tak jalan jugak.

Start dari malam tadi dah keluar nak survey line celcom nak jadikan broadband kat rumah ni. Then ke KLIA untuk register nombor baru. Lepas ni nak say Goodbye dah kat Telekom Malaysia, service pun hampeh.. ingatkan dah ok kalau guna.. makin lama makin hampeh.. baik terminate jer terus. dari menyakitkan hati. Call customer service pun macam tak boleh nak settlekan. Mai kami settlekan sendiri nak terminate terus jer.

Bukan setakat umie jer kot yang complaint pasal TM ni.. ramai lagi..malam tadi baru tergerak hati nak tengok facebook Telekom Malaysia, rupanya ramai gak yang merungut. Selama ni umie boleh sabar lagi.. sebab umie yang bayar bill.. ni kalau sampai husband umie dah bersuara ni, memang nak kena la..Terminate terus jer la jawabnya.

Bye Telekom Malaysia... Selain Telekom ni ada service lagi hebat dari ni ker?


Share:

Tahun 2017 yang mencabar

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua.. tahun 2018, moga memberikan sesuatu yang amat bermakna dan sentiasa dilimpahkan rezeki.

Umie still tak boleh nak move on lagi dengan tahun 2017. Tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar bagi umie. Penghujung tahun 2016 umie kehilangan ibu yang pergi buat selama-lamanya. bulan September 2017, 9 bulan bulan selepas ibu pergi, ayah umie pulak yang menyusul mengikut ibu. Sangat dekat jaraknya.

Tahun 2018, umie telah kehilangan kedua-duanya. Time tengah buat entri ni umie demam. kebiasaannya kalau demam, umie akan call mak.. tanya khabar.. sekarang ni, dah tak da mak nak call dah. Hadap la sorang-sorang. Nasib ada suami yang sangat memahami, buat kerja rumah dan masak. padahal tak da selera nak makan.

Bila dah kedua orang tua takda ni, rasa sangat sunyi. Balik kampung xda dah mak ank tunggu depan pintu, masakkan makanan favourite, buat stock ikan dan udang dalam peti sebab tau dah anak menantu nak balik kampung. Tak ada dah setiap kalai balik kampung nak sediakan hadiah untuk mak ayah paling kurang pun belikan baju dan kasut. Sekarang dah tak ada dah.

Pada yang masih ada ibu dan ayah tu, jenguk-jenguk la mereka selalu. Tanya khabar walaupun sekadar call jer. Bila mereka dah tak ada, maka tak da dah doa untuk kita, hilang dah sumber rezeki kita yang sentiasa mendoakan untuk kita.

al-fatihah untuk kedua ibu ayah umie..Semoga roh mereka dicucuri rahmat, dijauhkan dari azab api neraka, ditempatkan dikalangan orang beriman..aamiin..





Share: