Follow Us @umie.sapidah

Wednesday, January 31, 2018

Broadband Celcom

Awal tahun hari tu umie dah meroyan ngan streamyx kat rumah. Dah buat report tapi xda tindakan.
Last, umie terminate jer streamyx tu then sekarang ni bill dah terlebih bayar pada Telekom RM124.80 tak dituntut lagi ni.

Lepas jer terminate streamyx hari tu husband umie terus pergi cari alternatif lain nak dapatkan coverage kat rumah. Husband umie dah belikan nombor celcom baru yang boleh guna internet sampai 100G sebab kat rumah umie ni Astro pun dah terminate sebab tak tengok tv pun. Kalau nak on tv pun sb nak tgk youtube sambung ke tv.

Dah beli simkad tu, kena pulak ada broadband kan? So, husband umie belikan broadband 4G utk simkad tu. Dah seminggu guna asyik terputus jer linenya dan tak stabil.

Minggu ke 2 guna still terjadi benda yang sama. Husband google cara nak stabilkannya. Then terjumpa broadband yang lagi power. Harga pun nak cecah RM500 dan ada yang sampai RM1000 pun ada. 

Umie memang tak berapa nak setuju sangat kalau nak beli tu. Dalam pada yang sama, terjumpalah 1 website dari luar negara yang ajar guna 1 alat untuk tarikh coverage tu dan stabilkannya. You all nak tahu tak apa benda tu? hehhehe..





inilah benda tu. You all tahu tak penapis minyak tu..


ihsan mr. google

Lebih kurang gini la penapis tu..hehehe
Jadi penapis tu balut dengan aluminium foil tapi sebelum tu penapis tu kena tebuk dahulu nak bagi laluan broadband tu cucuk kat situ.




Disebabkan kat rumah ni bergantung pada alat ni untuk online, kena la sediakan jugak kipas nak bagi benda tu tak terlalu panas. Kalau time cuti memang 24jam akan on walaupun malam pun tak off pun.

Tempat umie ni memang coverage sangat teruk. Kadang-kadang nak dapatkan TAC num bank pun kena naik tingkat atas baru la TAC tu masuk. Yerla.. masuk ladang kepala sawit kan.. UNIFI pun x masuk tau.. nak pasang telefon rumah pun ikut que.. kalau ada kosong barulah boleh pasang.

Nasib baik la umpa kaedah nak stabilkan broadband ni. Kadang-kadang memang stress gak sebab nak update blog pun tak boleh nak publish sblm ni sb asyik terputus jer.

Kalau yang kat rumah tu bergantung pada broadband jer, boleh la try guna kaedah ni. Mana tau berjaya. Percentnya tak tinggi itu pun 48% je coveragenya tapi stabil dan tak putus-putus. boleh lagi kalau nak online sampai 2-3 orang tu boleh lagi.

Kalau ada yang dah try cara ni boleh maklum umie k.. berjaya ke tak tu..hehehe



2 comments:

  1. salam ziarah & follow gaih..

    ako liko melanau kawak..melanau uyak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. salam dari tanah melaya... ako melanau, belawai

      Delete

meh la kongsi pendapat korang kat sini...