Follow Us @umie.sapidah

Sunday, January 28, 2018

Cool Blog

Buat apa tu?

Selamat berhujung minggu.

Hari ni umie dok rumah, settlekan semua kerja rumah termasuklah melipat baju. 

Semalam seharian umie keluar rumah ke Paradigm Mall sbeba nak ke Kaison. Beli barang untuk buat gambar flat lay. Dah kehabisan idea dah ambik gambar dari google. So umie cari la peralatan nak buat gambar flat lay tu.

Balik dari Kaison, singgah Mydin USJ. Singgah pun untuk makan tengahari. Singgah makan jer yer..hehe.. Dah habis makan keluar then ke Tesco Banting pulak.
See, kalau dah macam ni rupa gayanya dah boleh sampai ke Utara atau ke Selatan jauhnya hehehe..

Di Tesco Jenjarom ni pulak nak beli barang keperluan dapur. Sebelum keluar, singgah dulu beli Cool Blog ni. Kalau dulu setiap kalu jumpa mesti akan beli. Tak tahu apalah ketagihnya minum ni. 
Tapi sekarang dah jarang dah minum ni. Kalau rasa teringin baru order. Kalau rasa boleh tahan lagi nafsu nak beli tu lupakan jer.



Korang ada yang suka minum ni ker?




No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...