Follow Us @umie.sapidah

Friday, January 26, 2018

Akademi Shaklee Bengkel Asasi

Alhamdulillah.. permulaan tahun yang seperti tahu apa yang umie inginkan. Terima Kasih Ya Allah.

Tahun ni umie plan nak all out nak buat shaklee seperti 3 tahun lepas. Hampir 2 tahun umie rest tak join apa-apa aktiviti shaklee anjurkan. 
Start tahun ni mulalah umie aktif berShaklee semula. Umie plan untuk tahun 2018/2019 ni umie nak dapatkan tiket 1 atau 2 tiket nak g melancong under Shaklee. So umie kena buat sungguh-sungguh.

Pada 3 Februari 2018 ni ada jemputan ke Business Leaders National Conference (BLNC) di Sunway Piramid. Umie akan pergi sorang sebab husband tak dapat nak join. Dan umie terpaksa pergi sorang. Kena la cari kawan lepas ni, kalau tak mati kutu duduk sorang-sorang.

Rabu lepas balik kerja, umie check email. Dapat lagi 1 email untuk jemputan ke Akademi Shaklee. Awal bulan Januari ni tadi, nampak gak Master-master shaklee ke Akademi Shaklee ni khas untuk master. Then umie pulak dapat email untuk Leaders.

Dah ada peluang macam ni umie kena join. Yuran murah jer pun RM30 untuk 2 hari. Memang berbaloi kalau boleh pergi ni.


Sebenarnya umie boleh pergi dengan husband tapi husband umie kurang minat nak join mcm ni. Tapi atleast dia boleh hantar dan ambik tu dah kira ok. Sebab kalau dari Banting nak ke Sunway tu memang jauh. lebih kurang 1 jam lebih sikit baru sampai dan 2 tol nak kena redah.

Sementara umie ada kelas tu, boleh la dia pergi meronda-ronda sekitar situ sampai petang.

Hopefully ni lepas ni perjalanan umie dalam shaklee dipermudahkan bersama team umie.

Kalau ada yang berminat nak join tema umie dan nak order produk shaklee tu dialu-alukan. Umie boleh COD sekitar Putrajaya. Tempat lain umie pos.




No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...