Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Hujung minggu korang ok ker? hujung minggu I sangat la kecewa.. start dari 29.12.2017 hingga la ni.. 7.1.2018, internet kat rumah umie ni x muncul-muncul lagi linenya.. pergi mana tah? tak jumpa tahun kot.. ker lompat g tahun 2019 terus.
Setiap hari call Telekom buat report. Memang dah Telekom mention kat sms ada buat penyelenggaraan dan dah settle semua kerja then apa hal pulak internet rumah umie ni problem. Dah la buat penyelenggaran time cuti panjang pulak tu, kita pulak duduk rumah..duduk nganga jer la sebab internet takda. nak harapkan line macam Celcom memang agak slow la kat rumah ni. Nasib baik alhamdulillah, still boleh bersabar lagi.
Setiap hari kot husband call buat report then petang semalam dimaklumkan, report tu dah settle sebab diorg g tengok kat peti Telekom tu xda masalah then diorg close case. Nak close case pulak tak inform kami yang buat report ni. Biasa buat penyelenggaraan hari bekerja tapi ni kata dah dtg pergi tengok xda masalah. Boleh pulak datang hari sabtu tapi tak pulak inform kami yang buat report diorg nak dtg tgk..dan-dan close case. Then husband buka case lagi minta diorg tgkkan semula.
Setiap kali call mesti diorg akan minta renew contract semula.. apa kaitan kalau x renew dengan renew? kalau diorg nak selenggara modem kat rumah ni rosak nak kena bayar jer kan. takkan la sampai gitu sekali cara nak selenggaranya kot. Kat rumah umie ni ada 3 modem dan telefon pun ada 3 yang masih boleh guna nak test kalau modem tu rosak..
Before ni umie dah upgrade dari 1mbps ke 4mbps tapi tak sampai 4 pun..kalau tak boleh jer umie nak minta waive. Biasanya 1-2 kali call tu biasanya dah settle. ni hampir tiap hari call macam tak jalan jugak.
Start dari malam tadi dah keluar nak survey line celcom nak jadikan broadband kat rumah ni. Then ke KLIA untuk register nombor baru. Lepas ni nak say Goodbye dah kat Telekom Malaysia, service pun hampeh.. ingatkan dah ok kalau guna.. makin lama makin hampeh.. baik terminate jer terus. dari menyakitkan hati. Call customer service pun macam tak boleh nak settlekan. Mai kami settlekan sendiri nak terminate terus jer.
Bukan setakat umie jer kot yang complaint pasal TM ni.. ramai lagi..malam tadi baru tergerak hati nak tengok facebook Telekom Malaysia, rupanya ramai gak yang merungut. Selama ni umie boleh sabar lagi.. sebab umie yang bayar bill.. ni kalau sampai husband umie dah bersuara ni, memang nak kena la..Terminate terus jer la jawabnya.
Bye Telekom Malaysia... Selain Telekom ni ada service lagi hebat dari ni ker?
Memang betul... TM mengecewakan pelanggannya. Saya nak langgan tapi port penuh...
ReplyDelete