Lama dah Berehat, Nak buat Come Back.

Kejap lagi kelas Shaklee nak start..kelas online jer.. nak ambik duduk depan walaupun kelas online...hehehe

Assalamualaikum dan selamat malam.. mengarang jap sementara tunggu kelas nak start. 

Actually, umie dah join Shaklee almost nak masuk 5 tahun..31 Januari ni. Kalau dalam perkhidmatan kerajaan dah lama dah tu..tapi belum sampai nak naik pangkat. Tapi dalam Shaklee dalam masa 1-2 tahun tak mustahil dah habis pangkat dan nak maintain pangkat jer di pangkat Master Coordinator.

Selama hampir 2 tahun umie berehat dari buat Shaklee sungguh-sungguh. Selama 2 tahun tu main-main jer. Walaupun begitu, regular customer umie tetap repeat order. Selama 2 tahun tu macam-macam berlaku. Selama umie berehat tu umie try buat bisnes lain. Jual perfume dan jual tudung bawal. Fuhhhh.. berpeluh kalau buat 3 bisnes dalam 1 masa.

Apabila kita fokus Shaklee sahaja, maka sale shaklee pun naik. Lari sikit fokus ke arah perfume, sale perfume naik then sale shaklee turun dan begitulah sebaliknya. Nampak sangat tak fokuskan. Umie pun tak tahu macam mana orang lain boleh manage nak buat bisnes banyak-banyak sedangkan umie buat 2 pun dah kelam kabut.. Sale turun naik.

So, untuk 2018 ni umie nak fokus 1 bisnes jer..iaitu Shaklee. Umie dah left group jual tudung semua bagai. sebab biasa kalau beli tudung ni beli tudung diri sendiri jer banyak. Tadi pun kawan ofis nak order tudung umie cakap umie tak jual dah. Nak deal dengan customer yang nak tudung ni rasanya lebih susah dari jual vitamin kot sebab kadang-kadang barang dah sampai tak kena pulak dengan tudung dan baju, warna tak sesuai dengan kulit la, ada batu berlian manik tudung tertanggal la, kain keras kejung la. Jenuh pulak nak menjawab. Kalau ada customer yang macam ni memang tak sesuai beli online sebab nak sendiri rasa kainnya sendiri baru puas hati.

Dalam pada yang sama dah left group jual tudung, umie tengah nak clearkan perfume pulak. Umie jual Dexandra dan dah 1 tahun setengah kalau tak silap. umie join thn 2016 then tahun 2018, umie decide macam tak nak teruskan jual perfume. Jual perfume ni ramai yang suka bau wangi tapi tak semua orang suka perfume yang kita suggest. Kalau dah terbiasa dengan bau tu, nak tukar bau lain pun susah tau. Jual perfume ni, kalau kita beli byk baru dapat untung lebih sikit tapi nak clearkan tu agak payah. Contoh kita nak jual ke ofis, nak bawa pun berat tau sebab perfume kan botolnya kaca. kalau bawa 10 botol pun dah berat. Customer tak akan beli kalau tak bau perfumenya melainkan kalau memang perfume diorg nak dan tahu baunya macam mana.

Walaupun umie dalam pada masa yang sama jual produk lain selain Shaklee, tapi Shaklee tetap di hati umie. Target umie untuk tahun 2018/2019 ni umie nak dapatkan 1 tiket dulu.. macam yang sebelum ni umie pernah dapat 2 tiket untuk National Conference tapi kalau untuk International umie dapat 1 tiket jer. So umie decide nak ambik 2 tiket sebab boleh bawa husband umie duduk hotel mahal di Sunway Resort Hotel & Spa then umie pernah duduk di Palace of The Golden Horses, dapat tiket free ke Aquaria KLCC dan dinner di Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Memang layanan 1st class la gitu.

Tak sabarnya nak merasa semua tu lagi. So, Tahun 2018 ni umie nak buat come back. Nak bagi semua kawan-kawan facebook, Instagram, Instagram Shaklee, Page Fb Shakleebyumie dan blog umie kenal umie jual Shaklee.


So.. inilah umie yang jual Shaklee tu. Umie kerja di Putrajaya dan kawasann jajahan nak COD di sekitar Putrajaya, Pekan Dengkil dan Kota Warisan Sepang kerana itulah tempat laluan umie pergi kerja then balik kerja.

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu nak beli Shaklee, tak tahu nak vitamin apa yang sesuai dan tak tahu nak contact sapa untuk beli vitamin.. ? Sayalah yang anda cari. Boleh hubungi umie di talian whatsapp 0134215713 untuk maklumat lanjut. Boleh juga cari umie di FB personal umie seperti di sebelah kanan tu, nak cari blog shaklee umie pun klik jer gambar frame hujau disebelah kanan tu.

ok, itu saja untuk malam ni. Good nite and have a sweet dream..



Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post