Follow Us @umie.sapidah

Sunday, January 14, 2018

Port luck ofis

Lebih kurang setiap bulan ada port luck kalau x pun 1 kali dalam 3 bulan sebab nak kumpul semua yang sambut birthday pada bulan tersebut.

Umie kalau ada kelapangan memang akan bawa gak makanan. Walaupun dah kongsi bayar tapi umie tetap gak bawa sendiri sebab nak tambah makanan..hehhehehe.. tapi umie tak reti nak masak lauk. Biasa umie masak pun kek cheese dan pizza. 2 tu jer la umie reti nak masak.



Pizza ni umie jarang sangat buat. kalau betul-betul lapang jer umie akan buat sebab kerja remeh sikit sebab nak sediakan topping pizza, nak uli tepung. Tapi nasib baik ada Bread Maker nak uli tepung..hehhe.. jimat masa. Kalau sebelum ni umie uli tangan jer tapi senang gak uli guna tangan tapi kena ada tekniknya supaya tangan tak lenguh menguli..hehehhe.




Tadaaaa... siap dah.. tak boleh nak amalkan selalu buat 2 jenis ni dalam 1 masa melainkan guna oven besar boleh muat 4 loyang ok..ahhaha. ni umie masak dari lepas maghrib sampai la kul 1.30pg baru siap tau.

Dah selalu buat ni rasa macam nak belajar buat makanan lain pulak la. Umie nak try buat kek birthday pulak sebab umie dah join 1 kelas pjj nak belajar buat kek. Hopefully umie akan cari masa nak try buat kek pulak lepas ni.



No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...