Follow Us @umie.sapidah

Saturday, January 20, 2018

DapoPuro District 13 Cuisine

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.. 

Buat apa hari ni? 
General Cleaning ker? 
Jalan-jalan ker?

Umie hari ni ke KL nak cari blazer untuk program shaklee 3rd February ni khas untuk leaders shaklee jer. Blazer yang ada dah ketat..hehehe.. almaklumla membesar dengan sihat dan jayanya. Tahun ni umie nak komit buat shaklee betul-betul. Kalau 2 tahun sebelum ni umie sambil-sambil buat bisnes lain then fokus pun lari...hehhehe

Balik dari KL terus ke Geo Sunway nak beli vitamin shaklee yang dah kehabisan di rumah. Kena top up selalu sebab bila-bila customer nak boleh jer pos dan cod terus jer. Kalau xda dalam stock pun umie boleh jer order online guna Shaklee2u. Sangat senang nak order.

Ok, balik dari Sunway terus singah ke Aeon Big Puchong then balik dari situ singgah Bukit Puchong pekena makanan Sarawak dulu. Kalau dah ke Puchong, kalau dah rindu sangat nak makan makanan sarawak tu, kat situ ada sebuah kedai yang masak makanan sarawak jer. Bagi umie, umie lebih prefer yang di Sungai Besi, Dayang Sarawak namanya. Dah alang-alang di Bukit Puchong ni, so umie ke DapoPuro jer sebab dekat dan satu laluan umie nak balik ke Banting.


Inilah kedainya dan kalau ada yang teringin nak rasa, boleh la ke alamat ni:

41 Jalan 
BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2
 47100 Puchong.




ni memang air favorite Teh C Peng




Disebabkan sekarang ni musim buah dabai di Sarawak, so haruslah umie pekena nasi aruk dabai. Nasi aruk tu sebenarnya adalah Nasi Goreng.




Selain dari nasi aruk dabai, umie order gak mee kolok daging dan meja jawa ayam.
Kalau kita ni dah rindu dengan kampung, rasa macam nak order jer semua makanan dalam menu tu...hehehehe



last but not least sebagai pencuci mulut order keropok lekor..hehehe

Before ni umie pernah gak datang ke DapoPuro ni masa baru seminggu diorg buka kedai. Umie makan laksa sarawak, mee kolok, ambuyat atau sarawak panggil linut + kuah asam mangga. Memang berpeluh la makan.

Kalau yang dah dekat area Puchong tu datang la merasa makanan Sarawak di Bukit Puchong. Kalau yang nak menghala ke KL tu boleh singgah di Sungai Besi ke kedai Dayang Sarawak dan pada yang memang duduk di bandaraya KL, boleh la merasa makanan Sarawak di Dapur Sarawak di belakang KPJ Tawakkal KL.



No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...