Follow Us @umie.sapidah

Sunday, January 21, 2018

Minum Petang dengan Kopi O dan Biskut Krackers

Assalamualaikum.. Selamat hari Ahad.. 
Bangun-bangun.. esok kerja.. jangan ada yang masih nak cuti.

Sekarang masih awal tahun..semangat nak kerja tu kena lebih dari sebelum ni..hehe.
Kalau ikutkan hati umie nak jer cuti ni. Tapi dah difikirkan cuti pun tak tahu nak buat apa.

Dari malam tadi hingga la ni.. umie baru settle ubah template blog umie. Blog personal ni dan blog yang Shaklee tu. Alhamdulillah dah settle.

Next entri nanti umie akan tunjukkan dari mana umie dapatkan template yang cantik dan mesra SEO ni.
Senang jer nak buat tapi nak kena ubah sikit-sikit la codenya biar sesuai dengan content blog umie.

Settle dah ubak template tadi umie terus buatkan air kopi. Teringin pulak nak celup kopi o dengan biskut krackers hip seng cap pingpong..hehe


Time tengah minum ni tengok drama korea sampai settle 1 episode.



Umie post ke facebook.. rupa-rupanya ada yang teringin jugak tengok post umie ni. melting..tempting..hehehe.
Ada yang tengak menjamu mcm umie.. tapi dia minum milo..hehhee..

Kawan-kawan yang tengok gambar ni ada rasa nak minum teh/kopi then nak cicah biskut gak ker?



No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...