Dabai oh Dabai

Kalau dah musim.. melambak orang jual buah dabai ni terutama sekali di Daerah Sibu, Sarawak. Majoriti member fb umie adalah Sarawakian. So no wonder la news feed FB umie memang scroll dari atas hingga ke bawah memang pasal buah dabai jer.

Umie bukanlah penggemar buah dabai tapi memandangkan buah ni berbuah ikut musim so umie try la jugak merasa. Kalau makan pun setakat merasa 3-5 sekali makan tu ok. Ada sesetengah orang makan sampai 10 biji dan ke atas. 

Umie kurang gemar nak makan buah dabau ni bersama nasi. Tapi umie suka meratah jer buah dabai tu..hehehe


Alhamdulillah, dapat merasa buah dabai kali ni walaupun dah nak sampai ke penghujung musim buah dabai ni. Ni pun belas ihsan kawan yang bagi. Merasa la jugak buah dabai ni. 

Umie pun ada gak order dari Sarawak, umie nak minta diorang poskan. Tapi tunggu next batch dia ambik order dulu. Kalau ada nanti dia akan poskan.

Tadi tunjuk kat budak ofis. Dia ingatkan kurma then dia pelik kenapa kurma direndam dalam air..hehheh.

Kalau yang tak pernah merasa, jenuh nak menjawab buah dabai ni apa? Rasa macam mana? Tak tahu nak describe rasa buah dabai ni macam mana. Yang penting rasanya tak la teruk pun.. rasa lemak-lemak.

Oklah cukup la pasal buah dabai ni. Meleleh dah air luir ni.. harap sangat time ni ada kat Sarawak. Boleh makan macam buah.. durian, buah dabai, buah pakan, asam embang dan banyak lagi lah..hehehe






Share:

0 $type={blogger}:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...