Last week meeting Cawangan.. umie siap rakam lagi setiap perbulan yang umie dengar dalam meeting tu.
Then suddenly, umie siap ulang 2 kali nak dengar balik ayat tu.
Nak masuk 12 tahun umie dalam perkhidmatan sekarang ni then 2 buah jabatan umie dah pindah. Mean that ni jabatan ke 2 umie. Start masuk pun tahun 2015 sehingga kini.
Sebab pertukaran masa tu sebab nak pergi kerja sama dengan husband dan nak naik 1 kereta then dapat la ofis yang 1 kompleks, senang. Sebab lain pindah jabatan ni sebab pusingan kerja. Ofis 1st umie hampir 9 tahun kat situ jer tapi umie dah tukar banyak unit tapi dalam 1 cawangan yang sama. Maksudnya bukan bukan kerja yang sama selama 9 tahun tau tapi lain-lain tugas umie buat but i enjoy buat kerja tu.
Di jabatan sekarang ni umie nak masuk 3 tahun dah. Rasanya macam nak minta tukar jer. 2 tahun berturut-turut selama 3 bulan umie tanggung kerja orang yang bersalin then kena buat kerja orang lain kalau orang tu g cuti belajar 3 minggu setiap 2x setahun. Dengan kerja sendiri pun banyak then kerja org lain pulak ditambah lagi. Walaupun orang kata:
"Tak pe, dapat gak duit tanggung kerja."
Kalau umie dengar orang cakap gitu rasa nak ketuk jer kepala. Sendiri tak tanggung boleh la sambil lewa dok cakap dapat duit tanggung kerja. Umie kalau boleh tak nak buat kerja orang lain, lagi-lagi la nak tanggung kerja orang lain. Kalau salah buat sendiri jugak yang kena hadap.
Umie dah rasa tahap kestressannya di awal tahun macam ni. Then kalau dapat tukar cepat memang umie ank tukar jer.
1 habit umie kat ofis adalah suka pakai headset. Pakai tu bukan sebabnya apa. Kadang-kadang umie tak suka dengar bunyi bising, nak elak orang datang borak ngan umie pun yer jugak. Sebab volume suara orang bercakap bagai 1 floor tu boleh dengar kot. Tu pun kadang-kadang umie boleh buat stress gak. Habis tu macam mana, dah environment nya macam tu kan.
Rasa macam nak meluah kat sini tapi rasa tersekat. Cukup la umie bagi setakat ni jer. Redha la jugak rasa terpendam kat hati ni.
Terima kasih korang yang sudi gak nak baca.
So umie akan berfikir macam ni jer la:
"Simple things become complicated when you expect too much."