4 kali dah jumpa




Sepanjang 10 tahun duduk di semenanjung.. ni adalah perjumpaan kali ke 4 umie jumpa doktor gigi. Bagi umie ni adalah perjumpaan yang agak kerap.. kalau yang biasa jumpa doktor 2-3 setahun ada sesetengahnya memang normal.

Umie paling takut la kalau jumpa doktor gigi ni.. kalau setakat just buat scalling ok lagi.. tp kalau dah jumpa doktor sampai gusi bengkak ni paling takut.. kalau setakat bagi ubat dah ok xper ni sampai xbaik terpaksa cabut..

Sepanjang 10 tahun ni umie dah jumpa 2 doktor gigi dan umie penah buat entry pasal umie jumpa doktor di Seri kembangan pada tahun 2009 dan kali ke 2 doktor yang sama jugak time tampal gigi pada 2015 dan bleeding yang teruk jugak... Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. 

Gigi umie bermasalah balik selepas di tampal tu.. gusi bengkak sampaikan nak makan pun payah.. terasa ngilu sangat kat gigi tu...





Yang sakitnya gigi geraham kiri 2 dari belakang. Bayangkanlah nak mengunyah macam mana tu..?? Beginilah rasanya kalau nikmat kat dunia ni Allah swt tarik.. so haruslah bersyukur then guna la gigi geraham sebelah yang tak biasa guna sampai senget-senget muka nak kunyah guna gigi belah kanan.. klakar pun ada sebab tak biasa kan..heheheheh

Untuk perjumpaan kali ke 3 dan ke 4 tu umie tukar doktor gigi pulak sb appointment gigi kat Seri Kembangan tu dah penuh dan disebabkan umie dah tak tahan.. so umie ke Dengkil.. tak jauhpun dari Putrajaya.

Salah satu sebab umie pilih doktor di Seri Kebangan tu sebab dah biasa pergi situ dan situ doktor perempuan. Alhamdulillah.. time ke klinik gigi di Dengkil, umie belasah jer masuk klinik gigi tu dan rupanya doktor perempuan gak.

Doktor tu sangat baik dan nampak muda lagi.. dan klinik tu pun ada blog gak.. Klinik Pergigian Dengkil Ria. Boleh la kalau ada yang nak walkin  ke klinik tu.

Kali pertama umie ke klinik ni sebab gusi umie bengkak sejak balik dari outstation.. nasib baik la tak kena time outstation.. kalau x menangis dalam hati jer la gitu.. sakit gusi ni lebih sakit dari sakit gigi tau.. sebab tu doktor bagi umie antibiotik dan painkiller. Doktor bagi tempoh 1 minggu, kalau masih sakit kena datang balik ke klinik.. dalam pada masa umie telan ubat klinik tu, umie try la google kesan kalau makan painkiller ni.. mengerikan tau.. so umie decide nak cabut jer walaupun gigi tu baru jer tampal last year n gigi tetap elok lagi tp memandang kan kesan masa panjang kalau makan painkiller ni.. so umie ambik keputusan nak cabut jer.

Alhamdulillah, pada 25 Mac  2016 umie g semula ke klinik nak cabut gigi. Syukur sangat tak sakit sangat pun sb sblm tu umie dah telan painkiller then bius pun x sakit. U all tahukan kalau gigi geraham ni akarnya ada 2-3 akar kan.. tp umie ada 1 akar jer...




Kalau macam dalam gambar ni 2 akar.. gigi geraham umie ada 1 akar jer.. macam pelik pulakkan.. doktor bagi peluang umie nak bawa balik gigi tu umie tak nak.. then katanya kalau tak nak, dia nak bagi kat student pergigian kat UKM...hehhee.. umie bagi jer la...

So hilangla 1 gigi umie..sayang pun ada.. tp memikirkan masa panjangnya, umie rela dan redha dicabut.. orang lain dah hilang banyak gigi dicabut tp umie baru 1st time dah macam apa da..hehehhe.. Kalau you all nak tahu.. kalau gusi ni sakit jangan dibuat main-main k... kalau dah kena infection, jangkitan tu boleh sampai ke pembuluh darah dan jangkitan tu boleh kena kat organ lain pada badan tu lagi bahaya kalau dah sampai ke otak.

So, lepas ni kenalah jaga elok-elok gigi k.. terutama sekali anak anda, elakkan bagi makanan yang manis-manis dan kalau boleh jangan ajar dan kalau diorang minta pun boleh terangkan sebab apa tak boleh bagi..supaya diorang pun faham.

So.. itu jerla nak cerita pasal gigi ni.. hopefully sama-sama la kita jaga gigi masing-masing k...




Share:

Sushi Sushi




Umie ni suka sangat kalau ada kawan meniaga makanan.. memang akan beli kalau kena ngan selera dan paling suka kalau boleh COD (Cash On Delivery) lagi best.

Nak keluar dari ofis nak ambik barang tu yang ada kemalasan sikit la memandangkan umie tak drive sendiri, kereta pulak husband umie yang bawa.

Minggu lepas, dah banyak kali gambar sushi lalu lalang kat news feed fb umie.. so umie terus order hari ni, esok pagi jam 830pg dah ada org cod kat ofis.

Umie bukan penggemar sushi memandangkan sushi ni makanannya mentahkan. Sebelum order umie dah tanya siap-siap dan dah tahu semuanya bahan yang dimasak, beranikan diri jer nak order memandangkan pernah gak makan sushi beli kat jusco tp macam tak boleh nak telan jer tau.. tp yang ni memang sedap.


Set sushi ni homemade tau.. ada yang beharga RM15, RM20 dan RM25. yang umie makan ni set RM20 ni pun dah berbaloi. Sosnya pun sedap..lepas ni nak repeat order lagi..

Yang umie pada tauke sushi ni sb falsafah dia... falsafah ker namanya ni?



Lepas jer baca ni umie terus minta dia tukar set menu yang umie order tu.. kalau ikutkan ada telur ikan kecik-kecik tu tp umie minta dia replace dengan baby octopus. Alhamdulillah.. tauke ni jenis layankan ajer customer dia minta apa.. siap dia boleh suggest lagi asamda nak ayam, udang atau baby octopus tu.

Rasa sushi ni tidak mengecewakan dan berbaloi kalau beli sb dia COD pun tak kenakan charge tambahan dan hantar pun on time. kalau ada yang nak sarapan dengan sushi pun boleh..hehehe

Kalau ada yang berminat ank try sushi ni boleh jer add fb tauke sushi ni.. Azrin Noor 

Share:

Sedap ker Daging Kambing?



Dah lama dah umie tak keluar jalan-jalan cari makan..
Kalau dulu memang suka ni kalau jalan-jalan cari tempat sedap nak makan.

Hari ni umie singgah di Bandar Salak Tinggi.. bukan sekali 2 umie singgah makan kat sana tp hari ni baru 1st time nak try Nasi Arab Aisyah. Biasanya kalau nak pergi makan nasi arab ni kena pergi kedai pak arab baru la dapat makan nasi arab dan menunya sama jer kalau kat mana-mana kedai nasi arab cuma yang membezakannya sedap atau tidak dan tempat tu menjadi favourite pelanggan atau tak jer.

Hari ni dapat makan nasi arab yang menunya memang kena selera orang melayu..hehehe..sebab sambal cicah daging kambing tu sedap..

Actually husband umie salah order.. kalau ikutkan nak ayam.. sb dia dah dengar tauke tu kata ayam nak habis.. kalut la dia terus sebut nak kambing 3 set.. dengan umie dan anak saudara umie pun tak makan kambing..

Bila sampai jer kambing tu.. nampak mcm sedap sangat... try la jamah.. wahhhh.. memang sedap rupanya..
see.. terliur tak you all tengok? sangat sedap.. memang recomended akan datang lagi makan kat sana.



Umie post gambar ni kat fb.. so ramai la penggemar daging kambing nak komen, tanya lokasi kat mana nak makan kambing sedap ni.

Landmarknya Stesen Bas Bandar baru Salak Tinggi.. sebelah stesen bas tu ada satu deretan kedai makan pajang.. carilah Nasi Arab Aisyah.. depan kedai tu ada orang jual kerang rebus. Kalau nak pergi makan, pergi la waktu lunch hour sb kalau dah lamabt takut habis.. tadi umie sampai sana pun dah jam 2 lebih.. orang still ramai.

Harga? tadi umie makan 3 set dan nasi tambah 1 RM41.00.. berbaloi la makan sebab sedap.

Lepas makan ni jangnan lupa telan omega dan lecithin tau..






Share:

DETOX

Assalamualaikum... woooowwww....bersawang dah ni...dah hampir 2 bulan tak berupdate ni..
Since umie dah pindah ke jabatan lain, beban kerja memang tu memang tok sah nak katalah.. 2 bulan g outstation dari utara ke borneo..

Kalau yang dah berkeluarga dan suami yang tak faham kerja isteri nak g outstation macam ni memang mengamuk la macam tu..hihih.. so far umie alhamdulillah.. suami umie amat memahami dan terima kasih abang kerana memahami... umie tau dia baca blog umie ni..

Time outstation makan tak menentu.. makan tengahari pun boleh jam 5 petang.. pergi negeri orang macam-macam makanan nak di rasa.. Balik outstation badan jadi lesu dan perlukan detox..

Banyak produk di pasaran promote macam-macam jenis cara, makanan dan minuman untuk detox.. ada yang guna bahan sedia ada seperti buah-buahan dan air kosong.

Hari ni... ada promosi yang lalu lalang yang amat kerap di wall fb umie.. pasal detox ni jugak tp detox cara Shaklee..


Detox ni penting pada yang sedang mengamalkan apa-apa suplement pun sb kalau kita detox terlebih dahulu, toksin yang berada di dalam badna kita ni boleh disingkirkan dan tak membazir la kalau kita telan suplement mahal macam mana pun ia tidak diserap sepenuhnya pada badan. Sebab itu pentingnya detox.

So shaklee bulan NI berkempen untuk detox dengan cara Shaklee.. Kalau tengok pada gambar kat atas tu, semua supplement di atas tu umie dah pernah try dan ada yang memang umie amalkan sehingga sekarang ni iaitu VIVIX, HERBLAX dan PEPPERMINT GINGER PLUS.

Best tau produk kempen shaklee ni sb kalau beli semua tu dengan harga RM874.50 tetapi... kalau dah beli semua ni dah boleh dapat join Shaklee secara PERCUMA@FREE sebab apa?
Sebabnya jumlah ni dah melayakkan anda untuk mendaftar keahlian Shaklee tanpa perlu membayar yuran keahlian seumur hidup dan kalau dah mendaftar ahli.. harganya bukan lagi RM874.50 tetapi jauh lebih murah dari harga tu.

Boleh kongsikan dengan kawan-kawan.. mana tau ada yang nak vivix, nak pepermint ginger, nak alfalfa dan sebagainya.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut... boleh sahajaya tinggalkan nom hp di ruang komen then umie akan hubungi anda atau pun boleh hubungi umie melalui whatsapp 013.421.5713..

Terima kasih.





Share: