Menu

Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic

Sunday, April 10, 2016

Sedap ker Daging Kambing?



Dah lama dah umie tak keluar jalan-jalan cari makan..
Kalau dulu memang suka ni kalau jalan-jalan cari tempat sedap nak makan.

Hari ni umie singgah di Bandar Salak Tinggi.. bukan sekali 2 umie singgah makan kat sana tp hari ni baru 1st time nak try Nasi Arab Aisyah. Biasanya kalau nak pergi makan nasi arab ni kena pergi kedai pak arab baru la dapat makan nasi arab dan menunya sama jer kalau kat mana-mana kedai nasi arab cuma yang membezakannya sedap atau tidak dan tempat tu menjadi favourite pelanggan atau tak jer.

Hari ni dapat makan nasi arab yang menunya memang kena selera orang melayu..hehehe..sebab sambal cicah daging kambing tu sedap..

Actually husband umie salah order.. kalau ikutkan nak ayam.. sb dia dah dengar tauke tu kata ayam nak habis.. kalut la dia terus sebut nak kambing 3 set.. dengan umie dan anak saudara umie pun tak makan kambing..

Bila sampai jer kambing tu.. nampak mcm sedap sangat... try la jamah.. wahhhh.. memang sedap rupanya..
see.. terliur tak you all tengok? sangat sedap.. memang recomended akan datang lagi makan kat sana.



Umie post gambar ni kat fb.. so ramai la penggemar daging kambing nak komen, tanya lokasi kat mana nak makan kambing sedap ni.

Landmarknya Stesen Bas Bandar baru Salak Tinggi.. sebelah stesen bas tu ada satu deretan kedai makan pajang.. carilah Nasi Arab Aisyah.. depan kedai tu ada orang jual kerang rebus. Kalau nak pergi makan, pergi la waktu lunch hour sb kalau dah lamabt takut habis.. tadi umie sampai sana pun dah jam 2 lebih.. orang still ramai.

Harga? tadi umie makan 3 set dan nasi tambah 1 RM41.00.. berbaloi la makan sebab sedap.

Lepas makan ni jangnan lupa telan omega dan lecithin tau..






No comments:

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...