Sepanjang 10 tahun duduk di semenanjung.. ni adalah perjumpaan kali ke 4 umie jumpa doktor gigi. Bagi umie ni adalah perjumpaan yang agak kerap.. kalau yang biasa jumpa doktor 2-3 setahun ada sesetengahnya memang normal.
Umie paling takut la kalau jumpa doktor gigi ni.. kalau setakat just buat scalling ok lagi.. tp kalau dah jumpa doktor sampai gusi bengkak ni paling takut.. kalau setakat bagi ubat dah ok xper ni sampai xbaik terpaksa cabut..
Sepanjang 10 tahun ni umie dah jumpa 2 doktor gigi dan umie penah buat entry pasal umie jumpa doktor di Seri kembangan pada tahun 2009 dan kali ke 2 doktor yang sama jugak time tampal gigi pada 2015 dan bleeding yang teruk jugak... Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.
Gigi umie bermasalah balik selepas di tampal tu.. gusi bengkak sampaikan nak makan pun payah.. terasa ngilu sangat kat gigi tu...
Yang sakitnya gigi geraham kiri 2 dari belakang. Bayangkanlah nak mengunyah macam mana tu..?? Beginilah rasanya kalau nikmat kat dunia ni Allah swt tarik.. so haruslah bersyukur then guna la gigi geraham sebelah yang tak biasa guna sampai senget-senget muka nak kunyah guna gigi belah kanan.. klakar pun ada sebab tak biasa kan..heheheheh
Untuk perjumpaan kali ke 3 dan ke 4 tu umie tukar doktor gigi pulak sb appointment gigi kat Seri Kembangan tu dah penuh dan disebabkan umie dah tak tahan.. so umie ke Dengkil.. tak jauhpun dari Putrajaya.
Salah satu sebab umie pilih doktor di Seri Kebangan tu sebab dah biasa pergi situ dan situ doktor perempuan. Alhamdulillah.. time ke klinik gigi di Dengkil, umie belasah jer masuk klinik gigi tu dan rupanya doktor perempuan gak.
Doktor tu sangat baik dan nampak muda lagi.. dan klinik tu pun ada blog gak.. Klinik Pergigian Dengkil Ria. Boleh la kalau ada yang nak walkin ke klinik tu.
Kali pertama umie ke klinik ni sebab gusi umie bengkak sejak balik dari outstation.. nasib baik la tak kena time outstation.. kalau x menangis dalam hati jer la gitu.. sakit gusi ni lebih sakit dari sakit gigi tau.. sebab tu doktor bagi umie antibiotik dan painkiller. Doktor bagi tempoh 1 minggu, kalau masih sakit kena datang balik ke klinik.. dalam pada masa umie telan ubat klinik tu, umie try la google kesan kalau makan painkiller ni.. mengerikan tau.. so umie decide nak cabut jer walaupun gigi tu baru jer tampal last year n gigi tetap elok lagi tp memandang kan kesan masa panjang kalau makan painkiller ni.. so umie ambik keputusan nak cabut jer.
Alhamdulillah, pada 25 Mac 2016 umie g semula ke klinik nak cabut gigi. Syukur sangat tak sakit sangat pun sb sblm tu umie dah telan painkiller then bius pun x sakit. U all tahukan kalau gigi geraham ni akarnya ada 2-3 akar kan.. tp umie ada 1 akar jer...
Kalau macam dalam gambar ni 2 akar.. gigi geraham umie ada 1 akar jer.. macam pelik pulakkan.. doktor bagi peluang umie nak bawa balik gigi tu umie tak nak.. then katanya kalau tak nak, dia nak bagi kat student pergigian kat UKM...hehhee.. umie bagi jer la...
So hilangla 1 gigi umie..sayang pun ada.. tp memikirkan masa panjangnya, umie rela dan redha dicabut.. orang lain dah hilang banyak gigi dicabut tp umie baru 1st time dah macam apa da..hehehhe.. Kalau you all nak tahu.. kalau gusi ni sakit jangan dibuat main-main k... kalau dah kena infection, jangkitan tu boleh sampai ke pembuluh darah dan jangkitan tu boleh kena kat organ lain pada badan tu lagi bahaya kalau dah sampai ke otak.
So, lepas ni kenalah jaga elok-elok gigi k.. terutama sekali anak anda, elakkan bagi makanan yang manis-manis dan kalau boleh jangan ajar dan kalau diorang minta pun boleh terangkan sebab apa tak boleh bagi..supaya diorang pun faham.
So.. itu jerla nak cerita pasal gigi ni.. hopefully sama-sama la kita jaga gigi masing-masing k...
0 $type={blogger}:
Post a Comment
meh la kongsi pendapat korang kat sini...