Jangan berkira dengan kerja


Kadang-kadang mood aku kat ofis boleh berubah-ubah.
Kalau part muka tu memang tak boleh nak cover perasaan dari dalam hati tu memang akan terpancar kat muka.
Kalau aku rasa mood kacau tu memang aku kurang bercakap. Sebab itu aku tak boleh nak berpura-pura depan orang. Kalau aku rasa aku tak suka, tak payah la aku nak cover nak puji-puji dan nak kipas-kipas orang lain sebab itu bukan diri aku.

Aku bila di ofis memang pantang gak kalau orang tolak kerja yang aku nak bagi. Kadang-kadang baru nak cakap tapi dah ada orang cantas. itu sebab kenapa aku lebih rela buat sendiri. Tak semua orang akan tolong buatkan untuk kita jadi, kita kena berdikari buat sendiri. Tapi kalau kerja tu melibatkan 5 orang tapi yang buatnya 1 orang sahaja memang parah la nak buat sorang-sorang. Kalau yang sorang tu awal-awal dah bagi tau dia tak suka nak buat benda tu, boleh ker nak tolak mcm tu?

Sepanjang aku berkhidmat, kalau aku rasa aku tak tahu buat aku usaha jugak nak cari jalan nak tolong ringankan beban orang lain. Boleh offer untuk buat benda lain. Kenapa aku lebih berdikari sendiri sebab aku memang selalu orang senang nak reject untuk buat sesuatu.

Senang jer nak reject kan? Aku bukan jenis yang memilih kerja. Sebab aku tahu macam mana rasa kena reject. Tapi orang lain senang-senang reject tanpa fikirkan perasaan orang lain.






Sebab orang tu bukan AKU sebab itu diorg tak pernah fikirkan rejection itu menyakitkan. Kalau aku ada anak buah yang tolak kerja tak nak buat sebab dia tak suka nak buat kerja tu, agak-agak apa perasaan you all dengar rejection dari diorang. Aku sendiri pun tak pernah nak tolak walau banyak bagaimana sekalipun kerja aku kat ofis tapi aku akan adakan juga masa untuk try settlekan walaupun korbankan waktu rehat sekalipun.

Aku ni boleh jer nak tegur tapi taulah effect dia macam mana lepas kena tegur tu.
Kadang-kadang boss buat pembetulan sikit pada memo atau surat dah melenting dan kalau boleh tak nak bos betulkan surat tu just sign jer walaupun memo atau surat tu simple jer.
Apa hak kita nak pertikaikan apa yang bos buat, sebab dia boslah dia layak untuk tegur apa yang silap. Sebab kau bukan bos lah kau kena ikut apa dia cakap selagi benda tu bukan sampai jatuh dosa kalau buat.
Kalau rasa nak pertikaikan apa bos buat, jadi lah bos atas bos...hahahahah


Sebab dia bukan AKU lah dia tak pernah rasa kena reject.


Share:

Hilang Mood

Aku ni, kalau dah tak suka memang tak boleh nak sorok dah muka ni. Memang nampak jer dari air muka aku.

Aku kalau tak suka aku tak bermuka-muka tunjuk aku pura-pura suka. Aku memang tak akan pandang pun muka orang tu. Benda yang bagi orang boleh gelak-gelak tapi bagi aku tak ada respon.



Banyak benda berlaku hari ni.
Dengan bos yang tak memasal tinggi suara sb pasal JD jer pun. Nasib baiklah dia minta maaf sebab dia tertinggi suara. Tak boleh ker tanya elok-elok?

Aku paling pantang kalau orang dah start tinggi suara bila berckp dengan aku ni. Tak memasal lepas ni aku boleh tinggi gak suara sebab trauma dengan suara dia macam nak marah orang lain tapi kenapa aku yang kena? Tak boleh ke nak rujuk kepada orang yang sepatutnya buat benda tu tp ni tak, aku yang tak buat pun kena. 

Memang rasa tawar hati dah lepas ni.

Hari ni mood memang ke laut tapi aku sabarkan juga hati ni. 

Semoga aku dihindarkan dari segala perasaan begitu.
Share:

Diabetes and Me

Genap 2 bulan dah start makan pil.

Untuk pengetahuan you all, umie baru jer tahu dan dapat tahu yang umie ada diabetes tahap 2.
Kalau dapat tahu awal maybe dapat di reverse tapi belum terlambat kalau nak buat dari sekarang. 





Terima kasih Allah sebab masih diberi peluang untuk berusaha ubah life style untuk jadi lebih sihat. 
Umie terima dengan redha dengan semua ujian ini.

Walaupun diabetes ni ramai yang menghidapanya tetapi bagi seorang pesakit diabetes seperti umie penyakit ni bukan penyakit biasa-biasa. Segala nikmat yang ada pada diri ni telah ditarik tp syukur sebab begitulah Allah nak uji hambanya ini.

Segala-galanya berubah.

Umie suka makan tapi semua bercatu dan kena kawal. Lately bila nampak orang makan benda manis memang terbelik mata gak sebab tau dah betapa manisnya yang dimakan tu. Craving air manis dah tak ada sekarang ni. Walaupun ada yang suggest untuk ambik stevia untuk nak letak dalam air teh atau kopi atau air bewarna yang seangkatan dengannya pun umie tak nak ambik stevia.

Bila dah lama tak minum manis, air mineral atau air kosong pun dah rasa manis. Begitu sensitifnya lidah sekarang ni. 

Sekarang ni appointment ke klinik masih diteruskan. Kadang sebulan 2 kali ke klinik untuk appointment lain-lain doktor disebabkan umie masih baru jadi semua nak kena check. Dari darah nak kena ambik, saraf nak kena check, mata pun nak kena check then nak jumpa dietitian. Buku appointment pun dah berderet tarikh nak jumpa doktor.

Sedih tu memang sedih tapi kena hadap dan redha. Pesanan untuk semua, jaga pemakanan dan lifestyle. Bukan semua yang viral untuk dicuba dan makan itu bagus, Yang penting balancekan cara hidup. Buat senaman dan amalkan minum air kosong.

Hidup perlu diteruskan.





Share:

High Expectation

Bila expectation kita terlalu tinggi maka kita rasa akan kecewa



Bila kita fikir, tanpa diri kita orang lain tak boleh buat dan hanya kita jer yang boleh buat yang terbaik.. jadi pergi sana kau. buatlah kau menang sorang-sorang. Seolah-olah orang lain macam tak berguna. Seperti kau sahaja yang wajib ada dalam group yang boleh buat group itu akan menang dan orang lain tak boleh nak menang. Siapa yang tak nak menang kan? Adatlah tu kalah dan menang dalam permainan tapi bila kau expect orang lain tak boleh nak buat sebelum permainan start, itu sesuatu yang tak fair pada diri orang lain. Aku tau kau ada favouritism. Nak kawan-kawan kau jer satu group.

Kadang-kadang rasa annoying pulak kalau ada spesis macam ni.
Memandang rendah dengan keupayaan orang lain sebab kau jer nampak menonjol dari orang lain. 
Jangan terlalu berbangga sebab bila-bila masa Allah swt boleh tarik balik apa yang kita ada.

Bila orang terguris hati dengan apa yang kau cakap, suatu hari nanti kau juga akan rasa seperti orang tu rasa tapi masa tu biarlah Allah swt yang tentukan.

Sekarang ni aku tak boleh nak simpan dah memang kena luahkan jugak. Sebab aku juga ada hati dan perasaan. Kalau ada orang yang berada di tempat aku, boleh ker dia akan tahan apa yang aku rasa sebab bukan sahaja aku yang terasa tetapi orang lain yang mendengar juga terasa.

Tak apalah, biarkan sahaja. Biarlah kepala mendongak ke langit jgn sampai muka dan langkah mu menunduk ke tanah



Share:

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day to all of you yang bergelar ibu.
Seorang wanita boleh berkahwin, menjadi isteri tapi tidak semua wanita boleh bergelar ibu.

Bila berkahwin wanita dipanggil isteri tapi bila dah anak wanita dipanggil ibu/mama/mummy/umi dan seangkatan dengannya.

Isnin ni 13 Mei 2024 ada program Majlis Santai hari ibu bersama YBM dan semua yang bergelar ibu akan mendapat cenderahati.

Umie tanya pada pihak urus setia.


Kadang-kadang ada perkara yang payah untuk ditelan tapi telan sahajalah bila membacanya.

Jadi, yang bergelar ibu jer yang layak untuk menghadiri majlis tersebut. Nampak sangat apabila seorang wanita tersebut tiada anak memang ketara kekurangannya di situ.

Tapi umie percaya setiap rezeki yang Allah swt berikan itu ada hikmahnya. Ada anak atau tidak di dunia, tapi yang pasti akhirat menanti yang lebih baik.

Bagi sesiapa yang belum dikurniakan zuriat, Allah swt itu sebaik-baik perancang. 
Chill out and enjoy your life.

HAPPY MOTHER'S DAY





Share: