Happy Mother's Day


Happy Mother's Day to all of you yang bergelar ibu.
Seorang wanita boleh berkahwin, menjadi isteri tapi tidak semua wanita boleh bergelar ibu.

Bila berkahwin wanita dipanggil isteri tapi bila dah anak wanita dipanggil ibu/mama/mummy/umi dan seangkatan dengannya.

Isnin ni 13 Mei 2024 ada program Majlis Santai hari ibu bersama YBM dan semua yang bergelar ibu akan mendapat cenderahati.

Umie tanya pada pihak urus setia.


Kadang-kadang ada perkara yang payah untuk ditelan tapi telan sahajalah bila membacanya.

Jadi, yang bergelar ibu jer yang layak untuk menghadiri majlis tersebut. Nampak sangat apabila seorang wanita tersebut tiada anak memang ketara kekurangannya di situ.

Tapi umie percaya setiap rezeki yang Allah swt berikan itu ada hikmahnya. Ada anak atau tidak di dunia, tapi yang pasti akhirat menanti yang lebih baik.

Bagi sesiapa yang belum dikurniakan zuriat, Allah swt itu sebaik-baik perancang. 
Chill out and enjoy your life.

HAPPY MOTHER'S DAY





Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post