6 tahun bersama Shaklee

Assalamulalaikum dan salam sejahtera..



Entri umie ni agak panjang jugak tapi kesudahannya harap faham kami sebagai peniaga yang inginkan keberkatan berniaga.
Umie dah join shaklee ni 6 tahun sejak Januari 2013 sehinggalah sekarang. Bagi umie, agak lama jugak umie join Shaklee ni cuma still ramai yang tak tahu umie join shaklee.
Ya, dulu umie memang aktif dan umie pernah naik ke rank Senior Coordinator pada tahun 2014-2015 dan pernah nak cecah RM10K sebulan dan dapat car bonus. Downline umie dah naik pangkat dari distributor naik ke rank Senior Supervisor disebabkan downline diorg berpangkat Supervisor.
Downline umie masa tu lebih dari 100 org sebab termasuk ke level 6 dalam organisasi umie. Bisnes shaklee ni MLM (Multi Level Marketing) tapi bukan yang berbentuk piramid. Orang yang berada di atas sambil goyang kaki tanpa buat apa-apa boleh dapat income tapi Shaklee tak begitu. kalau kita tak buat mana nak dapat incomenya. Donwline umie pun boleh pegang rank lebih tinggi dari upline tak ada masalah nak potong upline sekali pun sebab sistemnya adil. Sapa buat, dia dapat.


Shaklee ni satu bisnes yang seronok. Hari-hari kita jumpa pelbagai jenis customer sampaikan kita dapat rasakan aura customer yang datang pada kita. Satu kepuasan apabila kita dapat tolong ramai orang.
Produk Shaklee ni bukan produk yang dibuat setahun ke dua tahun terus dipasarkan tapi produknya mengambil masa yang lama dikaji sebelum dipasarkan. Tapi still orang masih ingat Shaklee produk murahan tapi harga mahal. Kenapa mahal? Sebab kualiti produk dijamin dan siapa yang pernah amalkan shaklee memang akan tahu apa keistimewaanya Shaklee sebab shaklee berbeza dari produk lain.
Kalau you all nak tahu, perkataan vitamin tu sendiri pun sebenarnya berasal dari produk shaklee jugak di mana produk tertua shaklee adalah VITALEA. google jer Vitamin Tertua memang akan keluar la produk Shaklee Vitalea ni kena ia dah melebihi 100 tahun.
Kalau family you all yang sejak dari zaman dulu memang amalkan makan supplement ni mesti pernah dengar produk shaklee dan ramai mengakui yang produk ni bagus.
Selain produk, kalau ada yang berminat nak join bisnes shaklee amat dialu-alukan. Walaupun ramai yang jadi ahli tapi sebenarnya ramai lagi yang sekadar makan sahaja tanpa berniat nak buat bisnes. Umie pada mulanya dulu pun begitulah, niat nak beli untuk family bermula dengan Ostematix dan Vivix disebabkan mak umie pesakit buah pinggang dan ayah pulak stroke. sejak thn 2014 sehingga meninggalnya mak umie dan ayah pada tahun 2016-2017 barulah umie stop supply vivix. Tetapi sekarang umie tetap teruskan makan vitamin shaklee ni termasuklah vivix.
Ramai kata shaklee ni mahal. Kalau nak murah senang jer, boleh daftar sebagai ahli untuk dapatkan harga murah.
Kenapa umie tak bagi jual harga ahli jer?
nak tahu kenapa?
kalau umie jual harga ahli, umie seperti menganiaya peniaga lain. Nak join ahli senang jer, register bayar RM65 dah boleh beli terus dengan harga ahli. Kalau kita tengah sakit, belilah barang tersebut dengan harga yang sepatutnya dibeli dan dijual, moga sakit yang kita hadapi itu disembuhkan dengan keberkatan rezeki yang Allah bagi.
kadang-kadang umie nak bersuara jugak pada member-member yang minta harga ahli sedangkan umie sediri nak dapatkan harga ahli pun bayar RM65. macam tak fair la untuk diri umie sendiri dan juga orang lain. Itulah sebabnya kenapa sekarang ni, umie kalau customer tak setuju dengan harga umie bagi, umie lebih rela let go jer sebab umie redha dia bukan rezeki untuk umie.
Nak harga ahli, jadilah ahli. umie pun seboleh-bolehnya nak rezeki yang berkat jugak dan pada siapa-siapa yang beli dengan harga yang tersebut juga umie doakan kesembuhan untuk dia.
ok, itu saja umie nak share. peace no war ✌️no heart feeling

Share:

Menu Detox dan Eat Clean

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Tengahari ni ada jualan di foyer ofis. Banyak yang jual makanan dan baju cantik-cantik jer. Tapi umie biasanya kalau jualan tu umie jarang nak beli baju tapi beli makanan jer. Yerla seminggu jer sekali kan. Tapi time membeli tu kena beringat sebab jangan terlebih membeli pulak..hehhe

So, seperti yang dijanjikan. Hari ini umie nak upload menu makanan yang umie makan sejak sebulan yang lalu.











Inilah antara makanan yang umie makan sepanjang detox dan eat clean. Walaupun makan sayur dan buah, alhamdulillah kenyang. Next post umie share resepi mcm mana umie buat ayam untuk dimakan bersama salad. Itulah antara favourite umie dan dicampur dengan bahan lain...yummy...



Share:

Detox Program

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

You all dah lunch ker? Umie alhamdulillah dah lunch. hari ni umie bawa buah, tortilla ayam dan ubi keledek. Alhamdulillah kenyang. Dah hampir sebulan umie buat eat clean dan so far boleh dah elak makanan yang manis dan berminyak.

Pada 11 Mac 2019 umie buat pre detox. Segala menu semuanya dari ahli Shaklee yang pernah buat #jomdetox. Diorang la yang jadi coach untuk program tu. itu pun umie join #jomdetox 5.0 under group LAT.

Settle 5 hari buat predetox, hari ke enam umie terus buat detox selama 7 hari. Sepanjang 7 hari tu umie turun berat 4kg dan sampai sekarang dah hampir 1 bulan umie maintain dengan berat badan lepas detox.

lepas settle 1 minggu buat detox tu umie try amalkan makan eat clean. hari-hari umie bawa bekal dari rumah. just simple menu jer, itupun makanan yang umie boleh makan je contohnya salad, buah pir, jambu batu dan timun. hari-hari umie bawa bekal yang sama. Alhamdulillah selama sebulan umie still boleh makan.


Banyak kebaikkannya kalau kita buat detox ni. So far yang umie dapat rasa adalah:


  • dulu badan rasa lemau jer sekarang ni cergas.
  • dulu kalau makan, umie boleh makan banyak dan macam-macam boleh telan tapi sekarang ni umie makan apa yang perlu sahaja
  • dulu suka minum air manis tapi sekarang dah kurang dan lebih kepada air kosong sahaja
  • dulu suka makan kek tapi sekarang ni tengok kek pun dah tak terliur
  • dulu suka makanan bergoreng tapi sekarang ni boleh kurangkan dah
  • dulu suka tidur lambat dan paling awal jam 12.00 tengah malam tapi sekarang ni jam 10.30 mlm dah masuk bilik dan tidur
  • dulu rasa liat sangat nak bangun pagi tapi sekarang ni jam 5.30pagi dah ke dapur siapkan menu untuk bekal 
Kalau nak disenaraikan memang banyak sangat perubahannya sebab kita sendiri yang merasakan perubahan pada badan kita. Umie plan sebelum puasa ni nak kena buat detox lagi. Moga masa puasa nanti badan cergas.

Selain amalkan pemakanan sihat, umie pun makan jugak vitamin untuk lebih kekal bertenaga sepanjang hari. Umie makan vitamin C, Vitalea, DTX, Alfalfa, Herblax, Peppermint Ginger, Lecithin dan Vivix.


Banyak kelebihannya vitamin yang umie makan ni. Contoh vitamin untuk detox ni wajib makan sebab banyak bantu untuk bersihkan toksin dalam badan terutamanya.

  • DTX - untuk detox hati yang bertoksin
  • Alfalfa - untuk detox toksin dalam darah
  • Herblax - untuk detox usus yang banyak toksin dan antara sebab kenapa vitamin kita makan tak diserap ke dalam badan sebab usus kita kotor
  • Peppermint Ginger - takut perut sebu semasa detox boleh makan peppermint ni
kalau ada sesiapa yang plan nak buat detox tu wajib ambik beberapa vitamin ni. Nak join #jomdetox boleh contact whatsapp umie 013-4215713 umie boleh terangkan mengenai program ni, vitamin yang diamalkan dan menu harian semasa detox

Senang sangat. bayangkan umie jenis yang tak suka makan sayur ni pun boleh survive lagi dalam jom detox ni. Next entry nanti umie tunjukkan apa menu umie bekal setiap hari.


Share:

dah bersawang dah rupanya

assalamualaikum..selamat petang

lama betul takmengupdate blog ni. Yer la last pun awal tahun hari tu jer sb nak wish happy New Year. Ni dah masuk bulan ke 4 baru ada kekuatan nak mengupdate blog padahal byk benda nak update tapi tak sampai nak posting kat blog

anyway, tak ada perkembangan terkini sangat pun sekarang ni. Still maintain dengan aktiviti harian, turun kerja balik kerja. Shaklee? Still on dan alhamdulillah rezeki dati Allah swt itu tak pernah salah alamat dan ramai jer yang cari kalau nak shaklee walaupun kurang mengupdate barang jualan dan income yang umie dapat. Alhamdulillah, sedikir atau banyak income yang umie dapat dari bonus Shaklee tu dapat support perbelanjaan harian tanpa saja-saja goyang kaki minta duit dari orang lain. Buat shaklee ada juagak faedah nya.

Nak update fb personal pun kurang gak sekarang ni. Kalau ada psot something di IG then terus terpost ke fb personal umie. Jimat masa.

Sekarang ni kurang dah melayan drama korea. Kalau rasa nak tengok tu tengok dan tak terfollow dah tapi umie suka buka youtube. umie follow youtuber ni sb dia suka masak sendiri kat rumah. Warga Indonesia yang berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Canada dan menetap di Hong Kong. Dari youtube tu la umie boleh ambik sedikit sebanyak resepi eatclean untu suaminya.

ok.. tu jer la yer. lain kali umie share lagi.
Share: