6 tahun bersama Shaklee

Assalamulalaikum dan salam sejahtera..



Entri umie ni agak panjang jugak tapi kesudahannya harap faham kami sebagai peniaga yang inginkan keberkatan berniaga.
Umie dah join shaklee ni 6 tahun sejak Januari 2013 sehinggalah sekarang. Bagi umie, agak lama jugak umie join Shaklee ni cuma still ramai yang tak tahu umie join shaklee.
Ya, dulu umie memang aktif dan umie pernah naik ke rank Senior Coordinator pada tahun 2014-2015 dan pernah nak cecah RM10K sebulan dan dapat car bonus. Downline umie dah naik pangkat dari distributor naik ke rank Senior Supervisor disebabkan downline diorg berpangkat Supervisor.
Downline umie masa tu lebih dari 100 org sebab termasuk ke level 6 dalam organisasi umie. Bisnes shaklee ni MLM (Multi Level Marketing) tapi bukan yang berbentuk piramid. Orang yang berada di atas sambil goyang kaki tanpa buat apa-apa boleh dapat income tapi Shaklee tak begitu. kalau kita tak buat mana nak dapat incomenya. Donwline umie pun boleh pegang rank lebih tinggi dari upline tak ada masalah nak potong upline sekali pun sebab sistemnya adil. Sapa buat, dia dapat.


Shaklee ni satu bisnes yang seronok. Hari-hari kita jumpa pelbagai jenis customer sampaikan kita dapat rasakan aura customer yang datang pada kita. Satu kepuasan apabila kita dapat tolong ramai orang.
Produk Shaklee ni bukan produk yang dibuat setahun ke dua tahun terus dipasarkan tapi produknya mengambil masa yang lama dikaji sebelum dipasarkan. Tapi still orang masih ingat Shaklee produk murahan tapi harga mahal. Kenapa mahal? Sebab kualiti produk dijamin dan siapa yang pernah amalkan shaklee memang akan tahu apa keistimewaanya Shaklee sebab shaklee berbeza dari produk lain.
Kalau you all nak tahu, perkataan vitamin tu sendiri pun sebenarnya berasal dari produk shaklee jugak di mana produk tertua shaklee adalah VITALEA. google jer Vitamin Tertua memang akan keluar la produk Shaklee Vitalea ni kena ia dah melebihi 100 tahun.
Kalau family you all yang sejak dari zaman dulu memang amalkan makan supplement ni mesti pernah dengar produk shaklee dan ramai mengakui yang produk ni bagus.
Selain produk, kalau ada yang berminat nak join bisnes shaklee amat dialu-alukan. Walaupun ramai yang jadi ahli tapi sebenarnya ramai lagi yang sekadar makan sahaja tanpa berniat nak buat bisnes. Umie pada mulanya dulu pun begitulah, niat nak beli untuk family bermula dengan Ostematix dan Vivix disebabkan mak umie pesakit buah pinggang dan ayah pulak stroke. sejak thn 2014 sehingga meninggalnya mak umie dan ayah pada tahun 2016-2017 barulah umie stop supply vivix. Tetapi sekarang umie tetap teruskan makan vitamin shaklee ni termasuklah vivix.
Ramai kata shaklee ni mahal. Kalau nak murah senang jer, boleh daftar sebagai ahli untuk dapatkan harga murah.
Kenapa umie tak bagi jual harga ahli jer?
nak tahu kenapa?
kalau umie jual harga ahli, umie seperti menganiaya peniaga lain. Nak join ahli senang jer, register bayar RM65 dah boleh beli terus dengan harga ahli. Kalau kita tengah sakit, belilah barang tersebut dengan harga yang sepatutnya dibeli dan dijual, moga sakit yang kita hadapi itu disembuhkan dengan keberkatan rezeki yang Allah bagi.
kadang-kadang umie nak bersuara jugak pada member-member yang minta harga ahli sedangkan umie sediri nak dapatkan harga ahli pun bayar RM65. macam tak fair la untuk diri umie sendiri dan juga orang lain. Itulah sebabnya kenapa sekarang ni, umie kalau customer tak setuju dengan harga umie bagi, umie lebih rela let go jer sebab umie redha dia bukan rezeki untuk umie.
Nak harga ahli, jadilah ahli. umie pun seboleh-bolehnya nak rezeki yang berkat jugak dan pada siapa-siapa yang beli dengan harga yang tersebut juga umie doakan kesembuhan untuk dia.
ok, itu saja umie nak share. peace no war ✌️no heart feeling

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post