Super BB Cushion Maybelline


Hari ni baru terkesan.. kawan ofis tegur.. hari ni muka nampak putih.. tak macam selalu tak pakai bedak apa-apa pun kat muka... nanges boleh tak...

Hari-hari tepek muka dengan bedak MaryKay boleh pulak kata muka tak pakai bedak.. nampak sangat bedak tu natural kan.. pakai pun orang ingat muka tak pakai apa-apa..hahahha

Actually umie memang jenis tak suka nak belek muka.. atleast sapu krim muka then pakai bedak dah okay.. kalau pakai gincu tu memang bukan umie lah yer.. sb umie tak suka gincu.. kalau pakai jer.. kulit bibir mengelupas pulak jadinya. Tak jumpa lagi gincu yang sesuai. Beli gincu pun calit tak sampai 10 kali dah tak pakai dah..ahhaha..saja beli jangan org kata nama perempuan lipstik tak ada pulak kan...hahahha

So, ni haaa.. umie nak maklum, yang kawan umie tegus muka nampak cerah dan fresh dan buka muka orang bangun tidur tu ni umie pakai bedak Super BB Cushion dari Maybelline ni. Banyak jugak umie review pasal bedak ni.. ada yang sesuai dan ada yang tak. Sofar umie dah pakai 3 kali alhamdulillah nampak serasi la pulak.

1. span dia best.. memang senang nak sapu.
2. warna pun ok.. umie guna no. 02 Light sb kalau guna natural muka umie akan nampak lebih gelap.. kalau bedak muka pun umie guna warna ivory.
3. calit sikit-sikit jer then ratakan, sgt mudah.



Ada yang umie tengok review pakai Super BB Cushion ada kesan crack kat dagu.. mungkin tu sebab kulit kering. so far umie puas hati sb kulit muka umie yang berminyak sikit. lepas sapu BB Cushion ni umie akan tepek sikit bedak compact nipis jer.

Kalau dulu memang la xda pun nak kisah pasal muka mcm mana. Sebab dah ada yang tegur muka macam bangun tidur, so ada la jugak rasa tercabarkan. Nak pakai heavy-heavy g ofis memang tak la.. kul 10 semua bedak dah hilang dah sb biasa pagi buat Dhuha..lepas tu memanng tak da dah nak calit bedak apa-apa kat muka..hehhe.. Tu yang terfikir macam membazir pulak pakai bedak ni..hehhehe

ok.. tu jer la umie nak bagi tau..hehhe... review pasal bedak ni..




Share:

Bisnes nak untung dan dari untung kita sedekah

Assalamualaikum dama selamat malam...

Malam ni ada mood pulak nak buat entry pasal bisnes dan untung ni..

Kalau kita berbisnes mesti kita nak untung kan? Kalau kita bisnes tak ada untung bukan bisnes namanya dan kalau nak bersedekah pun bukan begitu caranya..

Daripada untung yang kita dapat barulah kita agihkan untuk sedekah.. Sedekah ni pulak bukan sahaja kita nak bagi diskaun sampai habis untung... itu salah namanya.. Sedekah jugak bukan sahaja kita bagi wang ringgit, sedekah dari segi makanan pun boleh, nasihat yang bermakna pun boleh..kita senyum pun satu sedakah jugak tau..

Macam umie pun buat bisnes jugak.. Beli barang naik kereta, naik kereta kena ada minyak, dalam perjalanan pulak haus, beli pulak air.. dah balik beli barang singgah kedai makan nak makan. So dari mana duit yang kita dapat tu? mestilah dari keuntungan jualan yang kita dapat hari tu. Sebab itulah org juak dengan harga retail sebab nak cover minyak, air, makanan dan sebagainya.

Dulu masa ekonomi tak seperti sekarang ni, GST tak ada, boleh lagi nak bagi harga diskaun.. tp sekarang ni diskaun tu pulak nak cover segala keperluan. Bak kata kawan umie...

"Sy akan dpt banyak customer kalau sy jual murah2.
Customer ... awak bg la murah mana, they akan demand utk lg murah;)
Bukan masalah jual murah, tp masalah salah customer awak jual. Bingo."

-lynjesca-


Sangat terkesan dengan ayat tu.. Setiap hari umie berdoa moga dapat customer yang mampu untuk beli barang jualan umie dengan harga retail. Memang sungguh-sungguh berdoa dan Allah swt makbulkan sebab ramai customer kak umie mampu nak beli sebab kalau dah sakit harga kesakitan/rawatan tu lebih mahal daripada vitamin yang kita makan tau.



Disebaliknya ada sesuatu yang tersirat dan tersurat.

Share:

40 hari berlalu

40 hari berlalu.. terasa kehilangan..

Jumaat lepas umie balik ke Sarawak lagi sebab kenduri arwah mak.. dan hantar sekali batu nisan.

ak umie telah meinggal pada 29 Disember dan dikebumikan pada 30 Disember 2016. Penamat tahun 2016 dengan berita kematian yang sangat terasa kehilangannya. Apabila seorang mak yang meninggal, kesan dari itu amatlah terasa. Mak yang mengandungkan 9 bulan, melahirkan kita, mengasuh dari kecil sehingga dewasa. Sekarang mak dah pergi untuk selamanya. Hanya yang pernah mengalaminya akan dapat merasakan kesannya.

Ayah rindu kat mak.......




Doa adalah cara untuk melepaskan rindu pada yang dah pergi untuk selamanya. Moga mak tenang di sana, moga mak hidup dengan bahagia di sana tempat yang kekal dan abadi.. aamiin..


Share:

Beza Coffee dan Nescafe

Entri semalam cerita pasal Hokkaido Baked Cheese Cake..
Hari ni nak cerita pasal Coffee and Nescafe pulak.

Pada pendapat umie kan.. beza Coffee dan Nescafe ni adalah 2 benda yang berbeza. Coffee ni adalah minuman yang kita minum dan banyak jenis coffee tetapi Nescafe ni adalah brand produk tu. Sebenarnya Nescafe ni asalnya pun dari coffee tp yang umie tahu.. nescafe ni lebih kepada instant coffee.

Bagi umie yang jarang minum a.k.a yang dahulunya memang x minum dua jenis minuman ni, umie boleh bezakan Coffee dan Nescafe. Mungkin sebab kandungan dua jenis ni yang menyebabkan umie dah boleh agak dah jenisnya.

Umie lebih prefer Coffee.. kalau ada yang brew coffee ni aromanya memang sedap tetapi kalau yang bancuh nescafe pulak umie akan rasa pening tau. Umie pernah minum brand Farm Fresh tu tau.. adala.. 2-3 kali gak beli.. setiap kali minum mesti akan pening tp sedap tu yang jadi tak kisah.. lama kelamaan sakit kepala tu makin kerap.. so tak sesuai la tu kan.

One of my friend said.. 

"Eh..bukan you tak minum coffee ker sebelum ni?"
- Yes.. that's right..

"Since when?"
- Since my mother passed away..

Mak umie baru jer meninggal disember last year.

Seriously.. before this memang umie x minum.. tapi masa kenduri arwah.. biasanya majlis kenduri ni air yg disediakan lebih dr 1.

1. Kopi O/kopi
2. Teh O/teh
3. Milo on request

Warna air kopi tu dah mcm air teh then umie not assume yang tu kopi.. siap dah telan.. rasa mcm sedap pulak kopi o ni.. sebab itulah orang boleh ketagih kan.. sejak dr tu la start minum kopi.. tapi bukan kopi 3 in 1 tp kopi o okay..

Bukan setiap hari.. on off jugak.. seminggu tu maybe 1-2 kali jer minum.
Saper penggemar coffee angkat ðŸ™‹ðŸ™‹.. kita geng..😊😊 






Share:

Hokkaido Bake Cheese Tart

Selamat Tahun Baru 2017.. biar lambat asalkan jangan tak wish terus...boleh kan?

Baru jer nak karang ayat pertama tu dah rasa pening.. simptom apakah? tak kan nak stop jadi blogger kot..hehehe.. yerlah macam lama dah tak berpenghuni ni.. update pun jarang sangat.. sebulan 1 kali tu belum tentu. Tapi azam tahun ni mcm nak aktifkan balik blog ni.

Dulu masa wujudkan blog ni, umie banyak share aktiviti, umie share apa yang umie makan (jjcm), mana tempat umie g melawat dan byk lagi. Actually bahan nak karang tu memang byk cuma encourage nak start tu terbantut.. sebab apa tak tau.. Tapi kalau husband umie baca ni dia dah tahu dah apa jawapannya.. You all nak tahu tak dia akan jawab apa?

"Layan cerita korea sampai tak ingat nak update blog" katanya...hehehhee..

okay..okay.. umie startkan new entri di tahun baru ni dengan 1 entri yang pasti menggiurkan u all yang tak pernah try lagi.

Sebenarnya banyak kali gak umie usha-usha tapi tak tergerak hati lagi nak try.. so inilah apa yang umie maksudkan tu...


Maybe ramai dah yang try kan.. umie sblm ni lalu jer kat kios ni sebab nak make sure cheese tart n halal sebenarnya. Lebih-lagi suami umie ni jenis yang memang 1st tempat makan dia akan tgk adalah logo halal ni kalau makan kat mana-mana restaurant atau kios-kios.

Dah ternampak keratan akhbar pasal cheese yang halal tu tanpa melengah masa terus beli.. ingat nak beli 3 ketul jer, cukup la makan utk sendiri je.. dah sampai kaunter terus order 1 kotak ada 6 ketul dalam tu. Dah settle bayar then husband terus tgk geleng kepala. Cakap kat husband umie.. 

"abang, ada keratan akhbar kata cheesenya halal dan dapat kelulusan Jakim, then perasa durian pun ada". 

Terus husband kata..

"pergi beli durian abang nak makan"

Beli 2 ketul jer RM12.++.. mahal sikit dari cheese tartnya.

Pagi tadi husband umie google cawangan Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Sebab tu la keluar entri pasal cheese tart ni.

Pendapat umie pasal cheese tart ni.. sedap, luarnya crunchy, dalamnya lembut dan tak berketul..tak terlalu manis..sedang-sedang je... hari-hari dok bayang cheese tart ni jer. Kalau perasa coklat tu agak manis. Walaupun umie peminat coklat tp umie lebih suka perasa cheese.

Perasa lain.. durian cheese tart.. my husband really love it.. asal ada combination cheese + durian dia memang suka.. umie pulak macam tak boleh nak telan dan bau durian cheese ni x kena ngan umie.. tp kalau makan duria saja tu no problem tapi kalau dah jadi benda lain tu x boleh nak telan..hehehe.. tapi tempoyak I makan okay...hihihih

okay.. itu jer la nak review pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ni..

Kalau husband umie baca entri ni.. 

"jom abang, kita g beli.." hahahahaha




Share: