Hokkaido Bake Cheese Tart

Selamat Tahun Baru 2017.. biar lambat asalkan jangan tak wish terus...boleh kan?

Baru jer nak karang ayat pertama tu dah rasa pening.. simptom apakah? tak kan nak stop jadi blogger kot..hehehe.. yerlah macam lama dah tak berpenghuni ni.. update pun jarang sangat.. sebulan 1 kali tu belum tentu. Tapi azam tahun ni mcm nak aktifkan balik blog ni.

Dulu masa wujudkan blog ni, umie banyak share aktiviti, umie share apa yang umie makan (jjcm), mana tempat umie g melawat dan byk lagi. Actually bahan nak karang tu memang byk cuma encourage nak start tu terbantut.. sebab apa tak tau.. Tapi kalau husband umie baca ni dia dah tahu dah apa jawapannya.. You all nak tahu tak dia akan jawab apa?

"Layan cerita korea sampai tak ingat nak update blog" katanya...hehehhee..

okay..okay.. umie startkan new entri di tahun baru ni dengan 1 entri yang pasti menggiurkan u all yang tak pernah try lagi.

Sebenarnya banyak kali gak umie usha-usha tapi tak tergerak hati lagi nak try.. so inilah apa yang umie maksudkan tu...


Maybe ramai dah yang try kan.. umie sblm ni lalu jer kat kios ni sebab nak make sure cheese tart n halal sebenarnya. Lebih-lagi suami umie ni jenis yang memang 1st tempat makan dia akan tgk adalah logo halal ni kalau makan kat mana-mana restaurant atau kios-kios.

Dah ternampak keratan akhbar pasal cheese yang halal tu tanpa melengah masa terus beli.. ingat nak beli 3 ketul jer, cukup la makan utk sendiri je.. dah sampai kaunter terus order 1 kotak ada 6 ketul dalam tu. Dah settle bayar then husband terus tgk geleng kepala. Cakap kat husband umie.. 

"abang, ada keratan akhbar kata cheesenya halal dan dapat kelulusan Jakim, then perasa durian pun ada". 

Terus husband kata..

"pergi beli durian abang nak makan"

Beli 2 ketul jer RM12.++.. mahal sikit dari cheese tartnya.

Pagi tadi husband umie google cawangan Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Sebab tu la keluar entri pasal cheese tart ni.

Pendapat umie pasal cheese tart ni.. sedap, luarnya crunchy, dalamnya lembut dan tak berketul..tak terlalu manis..sedang-sedang je... hari-hari dok bayang cheese tart ni jer. Kalau perasa coklat tu agak manis. Walaupun umie peminat coklat tp umie lebih suka perasa cheese.

Perasa lain.. durian cheese tart.. my husband really love it.. asal ada combination cheese + durian dia memang suka.. umie pulak macam tak boleh nak telan dan bau durian cheese ni x kena ngan umie.. tp kalau makan duria saja tu no problem tapi kalau dah jadi benda lain tu x boleh nak telan..hehehe.. tapi tempoyak I makan okay...hihihih

okay.. itu jer la nak review pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ni..

Kalau husband umie baca entri ni.. 

"jom abang, kita g beli.." hahahahaha




Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post