Assalamualaikum dama selamat malam...
Malam ni ada mood pulak nak buat entry pasal bisnes dan untung ni..
Kalau kita berbisnes mesti kita nak untung kan? Kalau kita bisnes tak ada untung bukan bisnes namanya dan kalau nak bersedekah pun bukan begitu caranya..
Daripada untung yang kita dapat barulah kita agihkan untuk sedekah.. Sedekah ni pulak bukan sahaja kita nak bagi diskaun sampai habis untung... itu salah namanya.. Sedekah jugak bukan sahaja kita bagi wang ringgit, sedekah dari segi makanan pun boleh, nasihat yang bermakna pun boleh..kita senyum pun satu sedakah jugak tau..
Macam umie pun buat bisnes jugak.. Beli barang naik kereta, naik kereta kena ada minyak, dalam perjalanan pulak haus, beli pulak air.. dah balik beli barang singgah kedai makan nak makan. So dari mana duit yang kita dapat tu? mestilah dari keuntungan jualan yang kita dapat hari tu. Sebab itulah org juak dengan harga retail sebab nak cover minyak, air, makanan dan sebagainya.
Dulu masa ekonomi tak seperti sekarang ni, GST tak ada, boleh lagi nak bagi harga diskaun.. tp sekarang ni diskaun tu pulak nak cover segala keperluan. Bak kata kawan umie...
"Sy akan dpt banyak customer kalau sy jual murah2.
Customer ... awak bg la murah mana, they akan demand utk lg murah;)
Bukan masalah jual murah, tp masalah salah customer awak jual. Bingo."
-lynjesca-
Sangat terkesan dengan ayat tu.. Setiap hari umie berdoa moga dapat customer yang mampu untuk beli barang jualan umie dengan harga retail. Memang sungguh-sungguh berdoa dan Allah swt makbulkan sebab ramai customer kak umie mampu nak beli sebab kalau dah sakit harga kesakitan/rawatan tu lebih mahal daripada vitamin yang kita makan tau.
Disebaliknya ada sesuatu yang tersirat dan tersurat.