Hujung minggu adalah hari paling best sebab boleh masak-masak kat rumah dan hari minggu jugak la hari nak menternak badan..hehehe
No wonder sebut jer hari cuti pasti macam-macam menu dah difikirkan nak masak apa..
Umie pulak jenis yang suka mencuba resepi then kalau ada yang nak makan tu lagi best.
Makanan favourite umie adalah kari..kari..dan kari.. mana-mana umie pergi.. kalau nampak kari jer memang umie akan pilih kari ayam especially nya..
So ari ni tadi umie masakkan kari ayam dan husband memang makan bertambah kalau umie masak dan tak kisah la masak apa pun.. mesti berselera jer.. tp husband jugak la yang kadang-kadang tak nak umie masak sebab katanya kalau umie masak mesti makan akan bertambah dan berat pun akan bertambah jugak..hehehe
Actually umie tak ingat bila last umie masak kari ni..hehehe.. tp so far.. umie tetap puas hati kalau masak kari ayam.. bukan umie kata umie expert memasak tp kalau setakat sendiri makan tu alhamdulillah... Tadi masak kari ayam lebih sikit then malam nanti nak makan lagi..hehehe..
Hujung minggu macam ni dah atur dah menu nak masak apa setiap hari dari sarapan sehinggalah makan malam...