girl


Share:

Piala Tok Penghulu Kampung Dusun Siri 2/2008


Semalam ada pertandingan bowling anjuran team admin jer untuk merebut piala Tok Penghulu Kampung Dusun siri 2/2008. Sambutannya meriah la jugak..ada 21 org pemain. So kitaorg booked 8 lane la..ktorg main kat Warta tp lanenye x elok la sgt ataupun umie yang x reti main kot..x reti main pun dapat gak pemain wanita terbaik..hehehe..hebat gitu..Sebelum ni pernah gak main kat Alamanda, Putrajaya..pun dapat pemain wanita terbaik gak [ Wakil admin jer la...]. Team umie dapat naib johan. Sebagai buktinya..ni la tempat kitorang main.. 1 game rm4.70 je termasuk sewa kasut.

Share:

Meeting...

Jumaat ri tu...semua Unit Perjawatan g la meeting...Umie xtau la Bos umie nak wat meeting kat tempat ni..dah la x pernah pegi..time pegi tu sesat la pulak sampai ke Nilai..hehehe...Dah la driver tu pulak x pernah pegi tepat tu, terpaksa la U-turn balik..Sampai je tempat tu..bos umie dah tanya naper lambat sgt...so kitaorg ckp la nak kena isi minyak la dulu padahal sesat..hehehe. Best gak tempat tu sb kawasan berbukit...ni la tempat yang umie maksudkannya tu...



De Palma, Sepang
Share:

Selamat Hari Jumaat

Today is Friday..Tomorrow is Saturday..Best nyer esok cuti..Bangun pagi td rasa malas je nak g kerja dah memikirkan kerja yang banyak nak kena update..napela akhir-akhir tahun gini banyak kerja..Petang ni pulak ada meeting SKT kat De Palma Hotel, Sepang..best nyer dapat gak jalan2..
Selamat Pengantin Baru Farah Dhiba Abd Majid dengan pasangannya Zamri bin Ahmad..Esok budak ofis umie ni kawin kat Setapak Jaya..So esok nak konvoi ramai2 dari Putrajaya nak ke Setapak..Farah...tunggu kedatangan rombongan dari Putrajaya tau...
Share:

Mengatasi Kepenatan

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali . Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata .Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Share:

Sesuai


Sesuai nyer tikus ni...yang mana tikus jantan dan tikus betina ekk?
Share:

Trip to Kelantan dan Terengganu

Dah lama saya idam-idamkan nak pegi Kelantan dan Terengganu then akhirnya tercapai juga..Bulan Mac 2008 ri tu..ada wat mesyuarat di Kelantan so berpeluang la juga nak ronda-ronda Kelantan. Best gak Kelantan ni..sesiapa kaum hawa yang nak g bershopping tudung tu meh la datang ke Kelantan, best giler. Mesti mata terbeliak tengok tudung yang mcm jenis kat sini...Time wat trip Kelantan tu baru je 3 hari lepas mengundi...Then on the way balik ke Putrajaya, trip kitaorg singgah la ke Terengganu.

memang meriahla ngan benderanye

Arina, Farah n Umie time kat Rantau Panjang, Kelantan

Membeli-belah di Pangkalan Kubor, Kelantan

Pantai Batu Buruk, Terengganu

My Froggy








Share:

Kedai Pak Arab

2 hari yang lepas..aku ngan tunang nak balik rumah tapi melencong pulak ke cyberjaya lepas balik dari kerja...ingatkan td nak singgak la makan roti canai..tup..tup..tunang aku pulak ajak la pegi makan kat satu kedai tu..aku pun xtau la nama kedainya ape just aku tau kedai tu menyediakan hidangan ala-ala org arab..sedap jugak makanannya..
Kebab RM12.00

sos cili Rana

kentang goreng RM3.50


air banana milk RM4.00 dan water melon RM4.00










Share:

I, Me and Myself



assalamualaikum...
Hmm..mcm mana saya nak start ekk..ok First of all..Nama saya Norsapidah binti Shahren..Berumur 27 tahun, berasal dari Sarawak. I'm Sarawakian k..Sekarang ni saya berkhidmat di sebuah office kerajaan di Putrajaya.

Share: