Sesi fotografi di Taman Saujana Hijau dan Taman Botani, Putrajaya

Minggu lepas umie join kursus fotografi dan ini adalah kali ke 3 umie join kursus berkaitan dengan forografi ni.

Masa PKP tahun 2020 umie pernah join 2 kali secara pjj bersama ticer Lini Mohd. 
Umie memnag minat ambik gambar dan dulu umie pernah ada kamera godang@DSLR Nikon D5000 tapi kamera tu pun dah rosak dah.

Sekarang ni zamand ah berubah dan kebanyakannya orang lebih suka guna handphone jer nak ambil gambar.

Rabu, 21 Ogos 2024 - Umie ada kelas praktikal untuk ambik gambar kat luar dan lokasi yang kami pergi tu ke Taman Saujana Hijau dan Taman Botani, Putrajaya. Kedua-dua tempat ni umie tak pernah pergi. Kali ni berpeluang jugak umie nak pergi ke sana.

Gambar-gambar ni lebih kepada street fotografi. Sebenarnya banyak lagi gambar umie ambik tapi cukuplah nak upload yang ni jer.





Masa ni dah petang hampir 7 malam



Disebabkan tak puas hati masa pergi pagi tak jumpa bunga matahari ni jadi umie pergi kali ke 2 ke sana nak cari bunga matahari ni. Nasib baiklah jumpa


Ingatkan pokok ru@casuarina ni ada kat pantai jer tapi rupanya di atas bukit pun boleh tumbuh juga



Bunga ni umie tak tahu nama tapi sebab cantik umie ambik gak gambarnya





Ni pulak semut atas daun



gambar selepas diedit. Kalau ikutkan warnanya tak begitu menarik jadi umie edit dan air atas daun tu memang air sebenar



Ini pulak lumut yang ada pada batang pokok.

Semua gambar kat atas tu semuanya umie ambil di Taman Saujana Hijau dan last but not least gambar umie ambil masa dia Taman Botani.
 




Share:

Briskwalk

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.

Hari ni nampaksnya cuaca redup jer, hujan sekejap ada sekejap berhenti. Amat sesuailah kalau nak landing atas katil tidur hari ni..hehehe

Seperti biasa, hujung minggu umie lebih kepada duduk rumah, layan drama korea, china dan baca novel jer. Sekali-sekala kalau boring tu sambung lipat baju. Begitulah seterusnya sehingga selesai. kalau tak selesai jugak sambunglah bila-bila masa.

Masa zaman PKP sambung lepas PKP umie rajin jugak pergi briskwalk, kadang-kadnag pagi, petang atau malam hari. Biasa kalau siang hari tu umie ke Taman Tasik Cyberjaya dan kalau malam tu umie ke Putrajaya. Kalau Putrajaya lebih ramai orang yang briskwalk dan jogging.

Sekarang ni umie jarang sangat dah nak briskwalk. Kalau dulu ada jugak pagi-pagi dengan baju kerja tak kira bulan puasa umie akan briskwalk belakang ofis jer. Tapi sekarang ni tak pergi dah dan kadang-kadang masuk kerja pun sampai ofis jam 8.30 pagi.


Pernah cakap dengan husband, tak nak pergi briskwalk dah pagi sebab ada rasa macam energy tak best. Kalau pergi secara berkumpulan umie lebih suka tapi kalau pergi 2-3 orang tu yang macam x seronok. Kadang-kadang time ni ada yang nak mengata orang lain...hahahah. Umie takut akan mengata orang sekali..hahaha. Jadi bagi nak mengelak orang lain, better umie elak kan diri lebih awal.

Kalau dulu umie prefer pergi sorang-sorang dan bukan hari bekerja. Biasa hari sabtu malam, umie ke Putrajaya. Ambik la masa 1 hingga 2 jam pusing sampai 5-6km nak capai 10,000 step. Ikut la dan nak jalan slow-slow atau sambil-sambil tu ambik gambar bangunan malam-malam.

Ni nak start balik briskwalk ni tak tau lah. 


Share:

Cepat Percaya

Malam - malam gini rasa nak menaip pulak. 
Tengah masak tapi otak dok fikir lain.
Rasa macam ada benda yang belum settle.

Keadaan sekeliling yang rasa macam tak best masa kat ofis. Lately umie memang banyak diam dari bercakap. kadang-kadang, reaksi orang masa bercakap tu kita dah macam dah boleh agak dah something yang rasa tak selesa.
Bila kita dah buat teguran pada orang, kita pulak yang rasa awkward.

Umie jenis yang agak sukar untuk nak explain dengan perkataan. Sebab itulah bila dah lama pendam memang akan meletup juga. Tapi itulah yang orang nampak. Nampak bila umie marah tapi orang tak nampak bila umie tahan sabar.

Umie tahan jer bila ditegur tapi orang buat endah tak endah jer apa yang umie cakap. Tapi bila dah kali ke 3 tak dengar cakap jadi time tulah terjadinya boom tu meletup. Orang akan anggap umie beremosi tapi dia tak tahu time bila dia usik emosi umie, umie tahan jer.






Bila kita mudah percaya pada orang, orang akan ambik kesempatan atas diri kita. Umie pulak jenis yang jarang nak tolak kalau orang minta tolong tapi itulah kadang-kadang terkilan gak. 

Bila kita dapat arahan untuk buat kerja baru tapi ada yang tak sanggup buat kalau umie tukar buat kerja lain sb dia pernah ajar umie untuk cakap balik pada bos untuk tak terima kerja tu sb kalau umie tukar siapa nak buat kerja sedia ada umie buat tu?

Umie tak pernah ajar orang untuk cakap gitu sepanjang perkhidmatan umie. Ni kan pulak dia boleh suruh umie cakap gitu atas kepentingan diri dia. Memang agak terkejut jugak umie bila dia cakap gitu. Dia tak pernah fikir pun perasaan umie bila dengar gitu.

Kalau pasal kerja pulak memang terang-terang dia tak nak buat dan dia memang tak suka nak buat. Itulah beza dia dengan umie. Walau umie tak suka pun benda tu bila dah dapat arahan umie akan buat juga. 

Jadi pengajarannya di sini adalah don't trust anyone umie. Buat kerja jer seperti biasa. Umie bukan diorang dan diorg bukan umie. Just follow the flow, buat jer seperti biasa. Buat kerja sampai settle. Cukup masa balik. 

Done. 

Share:

How I'm Feeling Today?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Barakah.

Blog ni dah jadi macam diari untuk meluah rasa di hati, 
Meluah apa yang rasa tak puas hati, 
Meluah rasa sedih di hati

Mungkin telah biasa. Dulu selalu juga meluah di FB dan Instagram tapi sekarang jarang dah. Bila berblogging ni banyak sikit nak diluahkan dan rasa lebih lega bila dapat diluahkan walaupun tiada siapa yang tahu siapa yang umie maksudkan.





Setiap orang ada mood yang berbeza setiap hari. Bila di rumah elok jer tapi jejak kaki ke ofis perasaan dan moodnya berubah. Ada sesetengah orang nampak jer happy tapi sebenarnya dia menyimpan 1001 perasaan dalam hati supaya semua perasaannya itu orang lain tak tahu.

Ada orang sentiasa gelak tapi sebenarnya dia dia cover perasaan dia dengan gelak.
Ada orang sentiasa muka muncung tapi itu anugerah Allah swt pada dia dan kita tidak boleh nak argue apa yang dah dicipta untuknya.
Ada orang yang diam tapi hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
Kita tak boleh nak judge orang dengan luarannya semata-mata.

Jadi, perlu kita ingat bahawa siapalah kita untuk judge orang tanpa kita pernah minta explaination dari dia. 








Share: