Prawn Avocado Salad

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 64 Malaysia

Eh, lama jugak blog tak berupdate. Bukan tak ada content nak post tapi kebizian melampau lately. Tu sebabnya blog tak berupdate. FB dan IG umie pun jarang berupdate jugak sebenarnya..hehehe

tak ada yang special nak update kali ni cuma nak tunjukkan gambar jer.

Hari tu umie ada buat salad dan seperti biasa memang umie akan ambik gambar apa yang umie makan
Umie buat Prawn Avocado Salad. Resepi sendiri jer asalkan sedap di anak tekak dan dressing salad pun umie buat sendiri. Tapi kalau bagi suami umie dia kata tak sedap sebab bila kita dah biasa telan gula dan perasa, healthy food ni akan jadi tak sedap sebab apa yang di masak ni tak ada bahan perasa.

ini adalah gambar asal Umie ambik dan umie dan edit guna canva jadilah sepertia gambar di bawah ni. Umie memang suka canva dan siap ambik apps pro lagi sebab nak guna template yang best-best.









Done.


Share:

2nd dose vaksin. Done.

 


06 Ogos 2021, appointment 2nd dose vaksin umie di Putrajaya

I'm done. Settle dah vaksin.

2nd dose ni jarumnya sakit sikit berbanding 1st dose. So far effect vaksin umie sakit di tempat cucuk dan bawah ketiak tu jer la sakit sikit. Hari ni hari ke 5 still sakit lagi.
Simptom lain macam kurang sihat tu alhamdulillah tak ada. Umie lepas vaksin memang telan terus vitamin C, Nutriferon, Vivix dan Omega Guard. Alhamdulillah.




2nd dose barulah ada kenangan nak bergambar kat sini memandangkan dah janji dengan member ofis untuk jumpa di PPV.


sempat jugak la bergambar sekali ngan diorang. Sejak bekerja dari rumah ni memang jarang dapat jumpa diofis memandangkan giliran masuk ofisnya tak sama.

Semoga dah complete vaksin ni kita sentiasa dilindungi dari virus. Inilah ikhtiar kita dan selebihnya kita berserah pada Allah swt

You all dah complete dose vaksin ker?








Share: