06 Ogos 2021, appointment 2nd dose vaksin umie di Putrajaya
I'm done. Settle dah vaksin.
2nd dose ni jarumnya sakit sikit berbanding 1st dose. So far effect vaksin umie sakit di tempat cucuk dan bawah ketiak tu jer la sakit sikit. Hari ni hari ke 5 still sakit lagi.
Simptom lain macam kurang sihat tu alhamdulillah tak ada. Umie lepas vaksin memang telan terus vitamin C, Nutriferon, Vivix dan Omega Guard. Alhamdulillah.
2nd dose barulah ada kenangan nak bergambar kat sini memandangkan dah janji dengan member ofis untuk jumpa di PPV.
sempat jugak la bergambar sekali ngan diorang. Sejak bekerja dari rumah ni memang jarang dapat jumpa diofis memandangkan giliran masuk ofisnya tak sama.
Semoga dah complete vaksin ni kita sentiasa dilindungi dari virus. Inilah ikhtiar kita dan selebihnya kita berserah pada Allah swt
You all dah complete dose vaksin ker?
terima kasih informasinya
ReplyDeleteVisit Us