Qoute Hari Ini


Hari ni umie teringat qoute yang Ketua Jurulatih Umie masa kerja di Kem PLKN Bukit Saban Betong, Sarawak. Time tu tahun 2005,!st umie posting sebagai Jurulatih Pembinaan Karakter di Kem PLKN. Baru habis belajar di Politeknik Kuching dan belum konvo Umie dah kerja.

 "The beauty of life is not because you are happy but other people are happy because of you"

Sampai sekarang dan dah 16 tahun umie masih ingat lagi qoute tu dan Umie pegang sampai ke hari ini.
Bila kita berada disekeliling orang dan orang lain rasa senang dengan kita itulah kebahagian yang kita cari.



Share:

MCO 3.0

~untuk renungan bersama~


Dah sebulan umie bekerja dari rumah. Start sblm MCO 3.0 hari tu umie dah memang bekerja dari rumah dan masuk ofis pun ikut giliran. Sepanjang MCO ni umie ada jugakmasuk ofis. Itupun 2-3 jam jer. Settle kerja umie balik terus ke rumah.

Di ofis pun sunyi. 1 unit pun ada 1 orang gitu jer dan ada jugak unit memang tutup terus tak masuk ofis sebab kalau yang duduk luar dari Putrajaya ni memang payah sikit nak masuk ofis sebab ada sekatan jalan raya. Jadi langkah lebih baik duduk rumah buat kerja jer.

Hari tu memang ada bawa kerja balik rumah jugak berkotak-kotak dokumen kena semak. Then MOC dah sambung balik ni dah kurang dah dan dokumen pun dah hantar balik ke  ofis. Sekarang hanya update data jer.

Duduk di rumah ni bukan jiwa umie kot. Di rumah Umie dan husband buat kerja masing-masing dan jarang bercakap kalau waktu kerja. Otak Umie ni pun rasa macam tak berkembang jer ni sebab borak pun dengan husband jer dan sesekali berwhatsapp dengan kawan ofis dan bisnes partner shaklee.

Harapkan moga Covid ni terhapus dari muka bumi ni. Nak sangat hidup seperti biasa, tanpa mask, boleh keluar bila-bila masa, boleh balik kampung dan memandangkan Umie dah 2 tahun tak balik Sarawak ni.

You all, DIY, kedai alat tulis, kedai komputer tak buka lagi ker ea? Payah sungguh la kedai gitu tak buka. Nka beli laptop, nak beli ink printer, nak beli buku dan pen pun tak tahu nak beli kat mana lagi ni.







Share:

Self - Reflection

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari.



Dah lama tak menjenguk ke blog ni dan Umie pun dalam proses nak ubah suai balik blog ni

Hari ni, Umie join group Club House di mana seorang speaker tu sebut pasal apa kita share di social media ni adalah tanggungjawab kita. Buat apa kita nak marah kalau orang kecam apa yang kita dah upload di social media?

Kita upload sebab kita dah get ready dengan segala kecaman dari orang luar. Betul sangat, umie memang setuju dengan benda tu. Tapi kebiasaanya, orang akan kata "facebook aku sukahati aku nak upload apa".

Pernah berlaku pada diri Umie jugak, bila ada kenalan di Instagram Umie dia upload pasal aktiviti dia. Bila Umie memaklumkan pada ahli keluarga dia apa yang dia buat, seolah-olah apa yang Umie cakap tu x betul padahal dia sendiri dah pamerkan di Instagram apa dia buat. Memandangkan family dia pun tak ada instagram dan dia upload di Insta Story dan hilang selepas 24 jam.

Bila kita dah share apa aktiviti harian kita buat setiap hari memang intention kita nak share semua perkara kita buat untuk orang lain tahu apa yang kita buat pada hari tu.




So, bagi Umie janganlah marah dan melenting kalau orang kecam sebab kita upload gambar tu pun sebab kita memang nak kena kecam.

Chilll... Dapat sesuatu?
Share: