Self - Reflection

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari.



Dah lama tak menjenguk ke blog ni dan Umie pun dalam proses nak ubah suai balik blog ni

Hari ni, Umie join group Club House di mana seorang speaker tu sebut pasal apa kita share di social media ni adalah tanggungjawab kita. Buat apa kita nak marah kalau orang kecam apa yang kita dah upload di social media?

Kita upload sebab kita dah get ready dengan segala kecaman dari orang luar. Betul sangat, umie memang setuju dengan benda tu. Tapi kebiasaanya, orang akan kata "facebook aku sukahati aku nak upload apa".

Pernah berlaku pada diri Umie jugak, bila ada kenalan di Instagram Umie dia upload pasal aktiviti dia. Bila Umie memaklumkan pada ahli keluarga dia apa yang dia buat, seolah-olah apa yang Umie cakap tu x betul padahal dia sendiri dah pamerkan di Instagram apa dia buat. Memandangkan family dia pun tak ada instagram dan dia upload di Insta Story dan hilang selepas 24 jam.

Bila kita dah share apa aktiviti harian kita buat setiap hari memang intention kita nak share semua perkara kita buat untuk orang lain tahu apa yang kita buat pada hari tu.




So, bagi Umie janganlah marah dan melenting kalau orang kecam sebab kita upload gambar tu pun sebab kita memang nak kena kecam.

Chilll... Dapat sesuatu?

Post a Comment

meh la kongsi pendapat korang kat sini...

Previous Post Next Post