Phop by Umie Sapidah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua

Pagi sabtu biasanya ramai yang keluar beli brang-barang untuk keperluan dapur dan peti sejuk kan?
Umie pulak biasanya akan pergi membeli barang dapur ni bila balik dari kerja singgah terus ke kedai atau mall yang berdekatan dengan rumah jer. Bila dah hujung minggu jarang nak keluar

Biasanya bila you all dah beli sayur, basuh then masuk peti kan? Apa kata sekali sekala tu try ambik gambar sayur yang korang beli tu. Susun ikut kreativiti korang lah, guna props yang ada dalam rumah jer.

Umie pernah bagi tahu pada entri sebelum ni yang umie pernah join satu group untuk ambik gambar dan edit gambar. Then gambar kat bawah ni adalah salah satu gambar umie join dan dapat tempat PERTAMA untuk group newbie.

Masa nak hantar task ni, Feb 2020 umie balik ke Sarawak.Time ni covid still under control lagi kat Malaysia then boleh la balik Sarawak kejap. Tujuan balik tu pun sebab nak ambik kakak kat kampung then nak bawa balik ke Selangor sebab dah janji nak bawa dia jalan-jalan ke Kelantan dan Terengganu.

Then berbalik kepada sayur ni pulak, nasib baik la kat rumah kakak ada jugak sayurnya yang dia beli dan ada yang dia petik dari belakang rumah kakak yang kakak sulong umie tanam.
Masa umie ambik gambar ni sekitar jam 7 pagi, matahari dah naik tinggi. Seronok la sebab dapat cahaya semulajadi nak ambik gambar tanpa perlu pakai lighting nak bagi nampak ternag gambar tu.

Susun punya susun dapat la dalam lebih dari 100 keping gambar umie ambik. lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam gak la duduk, berdiri, mencangkung, membongkok susun sayur mayur ni.




Ini adalah gambar sebelum editing. Gambar real dari camera handphone Vivo V17 Pro dan ada jugak umie guna hp Oppo R9S Plus.



Umie guna apps dari handphone jer nak edit gambar ni contohnya Snapseed dan Lightroom jer. Adjust punya adjust dapatla gambar mcm ni. Teacher umie kata gambar ni nampak rustic sesuai dengan props yang umie guna ni. Then dapatlah nom. 1 untuk group newbie.

Bangga rasanya kalau diri sendiri dapat ambik gambar cantik dan edit sendiri. Nak post gambar kat mana-mana pun seronok jer, satu kepuasan. Kalau korang nak join group ambik gambar macam ni, korang join la group Teacher Lini Mohd Phop By LiniMohd. Sekarang ni tengah open untuk Batch 32 - Januari 2021. Group ni sentiasa penuh dan tak sampai sehari buka dah cecah 100 orang yang join.

Umie bukan dropship untuk iklan Group Teacher Lini tapi sebab memandangkan umie pernah join group ni 2 kali so, umie iklankan jugak la group ni sb sebelum ni ada yang tanya umie belajar dari mana ambik gambar ni. Umie belajar dari group Teacher Lini Mohd. Kalau korang nak tengok koleksi gambar umie ambik, boleh jer follow PhopbyUmiesapidah. 

okay, itu sajalah untuk kali ni. sampai kita jumpa lagi..




Share:

Planning nak update

Assalamualaikum dan selamat petang gaisss..

Bila umie tengok semula blog yang dah ditinggal dan kurang berupdate, banyak rupanya entri yang umie tak ceritakan dalam ni. Bukan sebab sengaja tak diupdate tetapi seperti dilupan jer kewujudan blog ni.

Anyway, lepas ni umie nak kerap update pulak la blog ni since umie plan nak ubah suai blog ni. Mungkin nak meminimakan features yang ada dalam blog ni.

Tahun 2020 ni tahun di mana semua orang tunggu-tunggu. Wujud ke tak kereta terbangnya? Tapi setakat ni virus yang berterbangan jer la..hihih.. itulah realiti yag kita kena terima. Nasib baiklah sebelum MCO hari tu umie dah balik ke Sarawak then nak balik semula bulan November ni macam gelap jer jalannya ni. Bila Corona Virus ni masih lagi naik meningkat, batalkan sahaja lah kalau nak balik ke Sarawak ni, duduk rumah diam-diam jer la dan berdoa moga virus ni lenyap di muka bumi ni. Mungkin ada hikmah yang Allah swt nak bagi pada kita di tahun hadapan yang lebih baik.. InsyaAllah, aamiin...

Hujung tahun 2019 sempat umie berjalan-jalan ke Kota Kinabalu, Sabah melalui jalan darat dari Sarawak, siggah di Brunei dan terus ke Sabah. Perjalanan yang sangat jauh tapi seronok. Nanti lah umie upload kisah umie ke Sabah okay sebab banyak benda jugak nak upload dan cerita dalam blog ni.



Selain tu pengalaman umie join satu group untuk edit gambar online jer. satu pengalamn yang menarik. dari zero knowledge nak edit then dapat sedikit ilmu nak touch up gambar jadi lawa seperti dalam pinterest.


Gambar ni umie ambik di Putrajaya, berhadapan Jabatan Akauntan Negara Malaysia je. Sementara umie tunggu husband umie balik kerja then ambik gambar.

Tahun 2020 ni walaupun MCO ada beberapa kali jugak umie keluar daerah dan negeri untuk urusan kerja. Mula-mula tu umie ke Kelantan dan Terengganu bawa kakak jalan-jalan bulan Februari 2020. Balik dari bercuti tu umie ke Kuala Lumpur dan Kedah atas urusan kerja. Mac 2020 MCO jadi stop la kejap then bulan Julai umie ke Sabah dan Sarawak atas urusan kerja lagi. Merata jugak la umie pergi sepanjang tahun 2020 ni. Alhamdulillah moga kita semua diberikan kesihatan yang baik.. aamiin.


Okay, setakat itu jerlah umie nak update hari ni. Next nak maraton update aktiviti tahun 2020 pulak
Share: