Assalamualaikum dan selamat petang gaisss..
Bila umie tengok semula blog yang dah ditinggal dan kurang berupdate, banyak rupanya entri yang umie tak ceritakan dalam ni. Bukan sebab sengaja tak diupdate tetapi seperti dilupan jer kewujudan blog ni.
Anyway, lepas ni umie nak kerap update pulak la blog ni since umie plan nak ubah suai blog ni. Mungkin nak meminimakan features yang ada dalam blog ni.
Tahun 2020 ni tahun di mana semua orang tunggu-tunggu. Wujud ke tak kereta terbangnya? Tapi setakat ni virus yang berterbangan jer la..hihih.. itulah realiti yag kita kena terima. Nasib baiklah sebelum MCO hari tu umie dah balik ke Sarawak then nak balik semula bulan November ni macam gelap jer jalannya ni. Bila Corona Virus ni masih lagi naik meningkat, batalkan sahaja lah kalau nak balik ke Sarawak ni, duduk rumah diam-diam jer la dan berdoa moga virus ni lenyap di muka bumi ni. Mungkin ada hikmah yang Allah swt nak bagi pada kita di tahun hadapan yang lebih baik.. InsyaAllah, aamiin...
Hujung tahun 2019 sempat umie berjalan-jalan ke Kota Kinabalu, Sabah melalui jalan darat dari Sarawak, siggah di Brunei dan terus ke Sabah. Perjalanan yang sangat jauh tapi seronok. Nanti lah umie upload kisah umie ke Sabah okay sebab banyak benda jugak nak upload dan cerita dalam blog ni.
Selain tu pengalaman umie join satu group untuk edit gambar online jer. satu pengalamn yang menarik. dari zero knowledge nak edit then dapat sedikit ilmu nak touch up gambar jadi lawa seperti dalam pinterest.
Gambar ni umie ambik di Putrajaya, berhadapan Jabatan Akauntan Negara Malaysia je. Sementara umie tunggu husband umie balik kerja then ambik gambar.
Tahun 2020 ni walaupun MCO ada beberapa kali jugak umie keluar daerah dan negeri untuk urusan kerja. Mula-mula tu umie ke Kelantan dan Terengganu bawa kakak jalan-jalan bulan Februari 2020. Balik dari bercuti tu umie ke Kuala Lumpur dan Kedah atas urusan kerja. Mac 2020 MCO jadi stop la kejap then bulan Julai umie ke Sabah dan Sarawak atas urusan kerja lagi. Merata jugak la umie pergi sepanjang tahun 2020 ni. Alhamdulillah moga kita semua diberikan kesihatan yang baik.. aamiin.
Okay, setakat itu jerlah umie nak update hari ni. Next nak maraton update aktiviti tahun 2020 pulak
Tags:
personal