Bebas Dari Hutang PTPTN




Alhamdulillah.. itu jer yang umie boleh ucapkan.. walaupun pada masa yang sama agak terkilan dengan benda lain tp just carry on jer dengan what i want to do and do the best for next year 2016...

hari ini adalah last day untuk tahun 2015.. selama 9 tahun sejak tahun 2007 umie start buat bayaran PTPTN.. time tu xda ujrah lagi... dan ujrah pun abru diperkenalkan beberapa tahun lalu..

Umie start guna khidmat PTPTN ni sejak tahun 2001.. time tu dah separuh semester 1 br dapat pinjaman ni.. Family umie tak mampu nak support sepenuhnya pengajian umie..dan pada masa tu bersyukur sangat dapat pinjaman dari PTPTN ni. Time dapat pinjaman ni dah azam akan langsaikan hutang ni kalau umie dah dapat kerja tetap. Alhamdulillah semunya dipermudahkan.

Sebelum umie dapat kerja tetap ni lepas tamat tahun 2004 umie terus dapat offer kerja sambilan sebagai jurulatih PLKN..tak mampu lagi nak bayar PTPTN time ni... setahun lebih then dapat kerja tetap ni pulak tahun 2006. Start tahun 2007 umie bayar secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. Kalau umie tak buat gini, tak tahu bila nak habis.. kalau setakat bayar RM50-100 tu pun just nak bayar kos perkhidmatan PTPTN tu jer... Kalau sebelum ujrah tu memang bengkok gak la kalau nak bayar PTPTN ni.. nasib baik umie buat ujrah, ringan sikit beban nak bayar dari sebelum ni..walaupun x byk beza tp yang penting tetap byk tu jer setiap bulan.. You all ada mohon ujrah ker?

Hampir 9 tahun umie nak settlekan hutang ni... Umie usahakan gak untuk habiskan hutang ni.. dulu kakak umie yang jadi penjamin untuk PTPTN umie dan tak nak la beban kan dia kalau PTPTN tuntut hutang umie kat dia.

Alhamdulillah...semuanya di permudahkan. Rasa macam tak percaya jer dah langsaikan hutang ni.. Kalau ambik masa 9 tahun maksudnya bayar byk tu dah boleh habis bayar kereta 1 biji dah kan...

So kepada ibu bapa yang ada anak..kalau boleh, buat lah simpanan untuk anak-anak u all yang nak sambung study.. kalau boleh biarlah kita sendiri yang keluarkan duit sendiri dari buat pinjaman.

Baru nak start study dah buat hutang kan.. kalau umie ada anak pun umie nak guna duit senditri untuk diorg supaya habis jer study dah boleh beli kereta dan rumah sendiri tanpa tangguh sb nak langsaikan hutang PTPTN kan...




So... 31  Disember 2015 adalah last day umie bayar dan terikat dengan PTPTN. Sekarang ni umie dah bebas hutang.. apa-apa pinjaman pun umie dah settlekan alhamdulillah..

Kalau kita dah berhutang ni kena bayar balik sampai settle..

Bebas hutang ni la penutup tahun 2015 umie.. moga tahun 2016 memberikan sinar harapan yang besar buat umie. Tahun 2015 tinggal kenangan....


Terima kasih PTPTN

Share:

Terasa Sangat...







3 hari lagi nak masuk tahn baru dah...azam baru semua dah terlaksana ker? ker semuanya nak carry forward mcm umie..hehehe..anyway, happy new year..

Tiap-tiap hari umie dengar suami umie bebel sb tak update blog..

Actually umie ada 2 blog yang nak kena update tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan nak hadap hari-hari.. so beberapa bulan gak tak berupdate dan fb pun kadang-kadang umie update dan nak tengok pun apatah lagi..hehhehe.. time cuti dok rumah jer boleh nak tengok..

Sejak tukar ke ofis baru ni byk benda nak kena settlekan dan berbanding di ofis lama.. cepat settlekan kerja then boleh buat kerja lain tp di ofis baru ni memang nak kena hadap jer kerja tu sampai berhari-hari baru boleh settlekan..

Pernah gak ada dari ofis daerah cakap umie peram kerja.. hanya Allah jer tau perasaannya dia cakap macam tu.. semua orang banyak kerja tp kena pandai la nak manage macam mana pun. Kerja ni kalau ikutkan sampai bila-bila pun tak kan selesai..tp alhamdulillah.. umie tak la melenting sangat dia kata gitu sb anggap la dia tengah mengalami perubahan hormon mengandung walaupun kata-kata yang di semburkan kat umie memang sampai terasa kat hati.. nak marah tak boleh.. tp sb tahan marah la airmata pun keluar..

Kalau boleh jangan la buat orangn gitu tau... walaupun umie ni tak pernah mengandung tp umie tau perasaannya mcm mana memandangkan kandungannya bermasalah tp cara nak sembur tu kena profesional la sikit. Nak marah orang lain tp disemburnya kat orang lain.

Umie doakan dia supaya diberi hidayah dan moga kandungan anaknya kali ni akan menyedarkan ibunya supaya mulut tu kena jaga sikit, kena berhati-hati apabila bercakap supaya hati orang lain tak terguris.. Disebabkan dia mengandung umie boleh lagi berdiam diri walaupun hati kena hiris, disiat-siat sampai berdarah jer rasa ni.

Hopefully, inilah kali pertama dan terakhir umie jumpa orang seperti tu, padahal kenal umie pun tidak just berbalas whatsapp dan call itu pun sb kerja sahaja.





Share: