Majlis Kawin 2014

Assalamualaikum...

Baru 2x post something kat blog bulan ni...
9.2.2014 umie g kenduri kawin kat kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya.. Kenduri kawin anak bekas EO umie dulu...alhamdulillah.. ramai gak yg datang... EO umie dulu memangg sorang yg baik.. dia jaga betul anak buah dia..tp skrg dia dah bertukar ke Shah Alam..kalau di g mana-mana.. melancong dlam negara atau luar negara ker ada jer buah tgn dia beli utk 1 cawangan umie tp saper g direct bawah dia memang dia akan bagi lagi special...hehehe...rindu pulak rasanya kat puan..skrg ni dia tengah cuti tanpa gaji selama 3 bulan.. sb nak uruskan majlis kawin anaknya..

mesti ambik gambar ngan mak pengantin sb puan ni memang suka bergambar..hehehhe


ni pengantinnya... anak sulung puan.. menantu pertama lak tu...
4 org adik beradik dan yang bongsu pulak perempuan....
umie doakan moga perkahwinan ini akan kekal abadi hingga akhir hayat..aamiin... moga dapat anak yang comel2.. menjadi menantu yang baik utk puan...



Share:

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum...

umie part baking memang suka.. suka bawa kek g ofis...tp kalau org nak tempah memang umie xkan buat...umie lebih suka bagi org makan jer..

Selasa lepas wat kek now cheese ni lagi.. dah 3x buat tp rasa mcm x puas jer wat 2 kek sblm ni.. dan kali ke 3 ni baru puas hati...umie guna resepi yang sama tp ada ubah ckit cara buatnya... sb kek sblm ni rasa kek butter... kali ni lebih light lagi beratnya...dan umie lebih suka kek kali ke tiga ni...


umie copy resepi dari blog Secubit Garam ni since kat fb ramai yang tanya resepinya...
tq for the recipe...

KEK CHEESE BERSALJI
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ umie guna tepung hong kong
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia ~ umie guna tatura
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut) ~ umie guna bega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar. ~ umie just putar telur dan gula sahaja hingga kembang.. then baru masukkan bahan lain.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Share: