Apa yang kita tinggalkan di tahun 2024 dan apa yang kita nak bawa ke tahun 2025?
Masing-masing dah prepare azam baru dan ada yang masih menghabiskan azam-azam tahun 2024 yang belum diselesaikan.
Bila hujung tahun jer pasti akan lalu dia facebook, di twitter dan instagram akan ada yang up post pasal penilaian prestasi bagi yang bekerja di sektor awam ni.
Ada yang nerves nak tahu berapa markah yang bos nak bagi, ada yang langsung tak nak ambik tahu asalkan gaji still boleh jalan dan ada yang tak puas hati dengan penilian prestasi tersebut.
Aku dah 3 tahun dah menjadi penilai prestasi dan menjadi orang yang di nilai dah 18 tahun. Aku dah boleh rasa dan perasaannya bila dinilai dan menilai.
Bagi aku personally, aku terima seadanya markah penilian prestasi yang aku dapat dan aku tak mengharapkan penilian yang tinggi dan memadai dengan usaha aku pada tahun tersebut dan berbaloi dengan markah aku terima sebab aku tahu penyelia aku memang menilai dengan baik dan aku usaha sendiri apa yang aku buat.
Pengalaman selama 3 tahun menilai 13 orang anak buah ni memang amat mencabar. Ramai tau... dan kadang-kadang rasa beban tu terlalu berat. Nak bagi markah tinggi tapi performance tak seberapa dan tak berapa adil untuk yang betul-betul berusaha. Ada check n balancenya di situ yang perlu dipertimbangkan sebelum nak bagi markah.
Penilai prestasi bukan berdasarkan kepada emosi terhadap seseorang tapi berdasarkan kepada skema pemarkahan dari segi penghasilan kerja, kualiti peribadi, pengetahuan dan kemahiran serta kegiatan sumbangan.
Tahun ni tahun yang agak sukar bagi aku sebab tahun ke 3 buat penilian dan aku mengharapkan ada sesetengah diorg untuk lebih dari sebelum ni tapi resultnya kurang dari sebelum ni. Aku harapkan apa keputusan yang aku akan buat ni akan membuka mata diorang dan sedar apa yang diorang dah buat sepanjang tahun 2024.
Aku menilai buka sebab aku nak balas dendam memang jauh sekali. Kalau diikutkan kalau ditimbang tara banyak benda aku boleh nak kuiri tapi atas dasar aku buat check and balance dan aku tak kisah sgt kadang-kadang hati koyak bagai tisu tapi aku tolak tepi. Arahan aku suruh buat diorang buat bagai angin lalu masuk telinga kanan keluar telinga kiri jer, lawan cakap aku seperti aku ni peminta sedekah untuk buat bukan untuk kebaikan aku tapi untuk diorang tapi still masih belum bersyukur, aku bagi nasihat katanya aku bagi ceramah dan tak mau dengar.
Ada yang minta review semula markah yang aku bagi dan bagi bukti kukuh padahal aku dah letak justifikasi kenapa aku buat benda tu. Sebab masalah dia dah melibatkan orang lain melibatkan integriti. Masih perlukan penjelasan lagi ker?
Aku kadnag-kadang stress jugak bila ada anak buah mcm ni. Dah bagi nasihat tapi tak nak dengar. Time bila buat salah orang bagi nasihat katanya aku ni tak payah bagi ceramah kat dia. Jadi bila dia whatsapp nak minta naikkan markah aku tak reply sebab aku takut aku bukan bagi ceramah dah lepas tu nanti tapi aku bagi kursus/bengkel sebab sehari semalam tak akan habis.
Jadi, sebagai anak buah sesiapa pun, terimalah penyelia korang bagi markah apa pun. Kalau rasa markah tu sikit mungkin ada part yang kita tak sedar kita tak buat dan penyelia kita tahu. Anggap jer penyelia ni macam mak ayah kita. Diorg tegur sekali tu ambik la sebagai pengajaran, bila penyelia ni dah malas nak tegur jadi effectnya akan kena pada diri kita sendiri. Dia pun akan malas nak ambik tahun dan diri kita sendiri pun jadi leka sebab penyelia tak tegur dan kita pun hanyut. Bila dah sampai hujung tahun kita salahkan penyelia sebab tak tegur padahal penyelia dah bagi tahu tapi kita buat-buat tak dengar, buat- buat tak tahu jer apa dia cakap. mentang-mentanglah anak buah sebaya penyelia, gred pun tak jauh beza kan. Jadi diorg pun take for granted la dengan situasi mcm tu.
Done meluah bagi pihak penyelia dan anak buah.