Sakit itu MAHAL

Sesungguhnya sakit itu mahal.
Bila dah sakit macam-macam benda dan perkara kena uruskan.

Setiap kali lepas jumpa doktor, mesti akan rasa down. 
Ya, umie menangis lagi tapi diam-diam

Balik kerja suami tanya, apa doktor cakap. terangkan semula apa yang doktor ckp tadi.
Suara dah berubah tapi tetap tahan supaya tak nangis.

Sekarang ni seperti bukan umie yang dulu.
Kaki berat nak melangkah, fikiran rasa kosong jer.
Mungkin sebab fasa nak adapt dan nak telan semua pahit manis selama 5 hari yang lepas.

Nak balik raya ni pun rasa macam tak excited nak balik kampung sebab bila balik kampung,
rasa nak berehat duduk rumah jer.

Lately amat jarang nak post di status whatsapp sebab memang ada yang akan tanya. 
Bila ada yang tanya ni buat lagi rasa nak nangis.

Hari ni box dah penuh dengan tambahan pil dan buku.



Share:

Teruskan hidup

Setiap hari ambik nota apa yang umie makan setiap hari.
Berapa bacaan BP dan gula. Setiap hari 5x check.
Nak kena tengok balik apa yang umie makan setiap hari nak pantau bacaan gula.

Bulan puasa ni memang kuranglah makan tapi gula dalam badan still juga naik melebihi paras normal.
Apa yang perlu umie buat? nak minum air kosong pun xboleh.
Doktor dah pesan, kalau rasa macam tak okay kena terus ke hospital.

Bila orang tanya khabar, mesti air mata bergenang jer dalam mata.
Kalau boleh umie tak nak orang tanya macam tu. Buat macam biasa jer.
Umie tau bila kita rasa down, murung, stress jadi imun badan akan berkurang juga. Sebab itulah badan cepat rasa tak sihat sebab mindset kita tak stabil

Esok dah start kerja dan memandangkan Jumaat lepas umie dapat MC, jadi berehat di rumah. 
26hb nak kena jumpa doktor balik untuk review result ujian darah.
Harapannya moga semuanya okay.

Nasib baiklah dah jawab soalan MyPsyD minggu lepas. Kalau tak memang result psikologi teruklah. 
Ada soalan tu tanya ada tak rasa nak menamatkan hidup lebih kurang macam tulah soalannya. 
Kalau umie jawab soalan tu lepas jumpa doktor, mungkin jawapannya YA.

Tapi bila dah difikirkan balik, umie kena teruskan hidup.



Share:

SAKIT ITU REZEKI



Dunia rasa bagai terbalik, jatuh terduduk dan penyesalan untuk pertama kali dalam hidup

Bila dengar result tu okay lagi tapi bila dah mula sedar apa yang terjadi, terus rasa down. 
Rasa macam bebas dah tak ada. 
Semuanya kena sekat. 
Kaki rasa berat nak melangkah.

Baru sedikit ujian yang kau terima tapi Allah swt tetap masih sayang dan bagi peluang.
Sakit yang semua orang hampir alami dalam keluarga, kawan-kawan dan seluruh dunia.
Tapi perkhabaran tu bagai gelap dunia.

Allah swt nak bagi rezeki.
Teringat pesan arwah ayah, sakit itu rezeki Allah swt nak bagi, jadi redha dengan rezekiNya.

Dulu masa dengar khabar keluarga terdekat ramai yang kena memang rasa sedih juga. 
Bila kena pada diri sendiri rasa down sungguh, jatuh terduduk, dunia rasa terbalik dan berpusing tanpa henti.

Tanggal 21 Mac 2024, buat saringan kesihatan di ofis. Bacaan BP dan gula x cantik. Doktor kata, kalau bacaan macam ni dah kena hantar ke hospital tapi dia minta untuk rujuk ke klinik kesihatan dulu buat semakan lebih detail lagi.

Bermulalah episod ke klinik pada 22 Mac 2024. 
Bermulalah juga start makan pil.






Share: