Assalamualaikum semua. Lama dah tak mencoret di sini.
Blog ni dah macam diari. Tempat meluah walaupun umie tahu bukan ramai pun baca. Kadang-kadang bila umie post sesuatu kat sini dan sampai satu tahap umie dah lupa apa yang umie bebelkan kat sini.
Ya, umie begitulah, sejahat mana pun org pada umie, teruk bagaimana pun org layan. Umie tetap maafkan. Sebab itulah kenapa umie cepat lupa apa yang org buat kat umie sebab umie akan cepat memaafkan org lain.
umie pernah minta maaf pada seseorang, nasib baik salam umie dia jawab tapi maaf yang umie mohon dia langsung tak respone pun sebab mungkin dia fikir dia tak pernah buat salah pada org lain.
Berminggu-minggu umie sedih kenapa dia tak berckp dengan umie dan siap ajak org lain untuk sama benci pada umie, siap sindir dan perli lagi. Ya umie sabar.
Umie diam tak berborak mcm org lain pun org tak suka, apatah lagi kalau umie jenis yang suka buka cerita aib org, suka mengumpat macam org lain, apatah lagi pandangan diorg pada umie.
Matlamat sekarang ni masuk kerja nak settlekan kerja dan cukup jam balik, moga rezeki pada hari tersebut Allah berkatkan beri kerahmatan.
7 bulan bagaikan 7 tahun. Begitu lama terasa berada di situ. Seawal 3 bulan umie dah rasa tak seronok berada di situ. Inikan pulak dah 7 bulan bagaikan 7 tahun. Nak minta tukar apa alasanku yang kukuh nak tukar? Berada di situ memang menguji kesabaran ku, iman ku, stress dan sampai aku sekarang ni dlm perkhidmatan aku tak pernah ambik cuti sakit 1 minggu.