Budaya tidak sihat

 Assalamualaikum. Jawab salam tu wajib😁

Bagaimana nak start ni? Umie dah nekad tak nak meroyan dah dlm status whatsapp tapi cari platform lain rasa nak meluah perasaan. Jadi, umie akan start berblogging semula. Tempat nilah umie akan meluahkan perasaan. Mungkin ada yang pernah mengalami seperti yang umie alami.

Mana-mana pun kita bekerja mesti ada budaya di ofis yang kita rasa tak selesa dengan keadaan begitu, samalah juga seperti umie. Biasa yang menjadi mangsa adalah suami umie untuk dengar luahan hati umie.

Umie kadang-kadang sampai tak tertanggung rasa hati. Itu yang sampai 1 tahap umie berkawan di ofis jer, kalau diluar ofis kawanku hanya suami sahaja.

Bagaimanakah perasaannya bila ada orang panggil sesorang tu dengan ayat macam ni?

"aini ni seorang pemarah" 

who are to judge orang mcm tu?

"eh aini si pemarah"

Dua hari berturut-turut umie dengar dia sebut begitu pada seseorang. boleh dia panggil begitu pada orang lain.

Bagi umie, kita ni bukan seorang yang perfect. Walaupun baru pergi kursus pra AKRAB janganlah cepat sangat menilai org lain seperti orang yang telah pro untuk beri penilaian attitude orang lain sedangkan diri kita lebih banyak kelemahan dari orang lain.

Kalau sampai kali ke-3 umie dengar memang umie akan sound jugak. Tapi umie hanya mampu sabar. kalau umie boleh jawab, umie akan jawab.

"eh si nori yang kuat merajuk"

tapi itu cuma apa yang umie boleh cakap dalam hati sebab memikirkan perasaan dia kalau umie bercakap begitu. Sebab umie masih waras. Banyak yang umie fikirkan tapi sampai bila kita akan bertahan.

Itu baru kes pertama. Kes kedua pulak lain.

Bila kita rasa orang nak cakap kita cantik, jangan sampai memaksa dan nak cakap pun dah tak ikhlas. Kadang-kadang nak bergurau ni biar berpada, benda tak lawak pun.

Sometimes rasa mcm annoying pun ye gak. Tapi senyum jerlah sebab mungkin dah nature hidupnya begitu. 

Kalau nak diikutkan banyak benda umie perhatikan rasa macam tak sesuai dengan diri umie.

Jadi bertahanlah selagi mampu.

Umie jenis senyap then janganlah kacau umie kalau umie tak kacau you all. Kita nak ada space dan privacy untuk diri kita jugak. Ada masa boleh bergurau, ada masa kita nak serius dan ada masa kita perlukan ruang untuk diri kita jugak.

Benda ni untuk peringatan diri umie dan juga orang lain jugak. Sama-sama kita ingat mengingati. Nak mengumpat tu boleh tapi jangan sampai orang kena umpat tu perasan yang you all tengah mengata dia sampai berlaga siku nak bagi signal orang tu lalu..hahahha.

Kalau Allah swt nak tunjuk memang akan ditunjuk. Sebab nak jaga aib kita ni Allah tutup.











Share:

Dah tua-tua ni nak tenang-tenang

 Assalamualaikum.


Wah..lama dah menyepi.

Then hari ni decide nak menulis semula since dah lama tinggalkan zaman blogging ni. 

Rasa macam nak cari sesuatu tempat nak meluah rasa.


Umie yang sekarang ni bukan umie yang dulu. 
Kalau cakap sikit memang cepat melenting tapi sekarang ni umie dah lebih 40-an jadi perangai pun dah berubah. 
Kalau marah pun setakat marah time tu jer lah, tak dalah nak ambik masa lama-lama nak marah. 
Sebab dah fikirkan usia bukannya muda, Allah nak tarik nyawa kita ni bila-bila boleh Dia tarik. 
Kadang-kadang sampai satu tahap lantaklah org nak ckp apa pun. 
Nak explain bukan orang tu nak faham, yang dia tau dia nak menegakkan benang dia yang basah jer. 
Jadi, dengar jerlah then sampai satu tahap dia akan stop.

Umi suka sangat baca ayat kat atas tu. 
Jadi umie share sini untuk you all jugak walaupun you all dah selalu baca ayat tu kan? hehehe




Share: