1st dose vaksin dan kesannya


Assalamualaikum dan selamat malam semua

Umie dah dapat dah 1st dose vaksin pada 16 Julai 2021(Jumaat) di Putrajaya. Umie dapat vaksin Pfizer. Sebelum ni umie tak ambik tahu pun pasal apa-apa jenis vaksin yang umie dapat then pada hari kejadian barulah umie tau dapat vaksin Pfizer

Sebenarnya, umie tak ambik tahu pun apa kesan pada ivdividu tu lepas di vaksin dan umie memang tak ambik tahu dan sebab nak fikir positif jer

Masa hari kejadian atau selepas kena cucuk tu memang terus kena lenguh bahu dari lengan hingga ke tengkuk umie sakit. Pada keesokan harinya dah semakin kurang sakitnya dan pada hari hari Ahda totally dah hilang sakit tapi ingatkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari.

Pada hari 23hb Jumaat seminggu selepas vaksin, umie terasa lagi lenguh dari lengan sehingga ke tengkuk sampaikan ada rasa lump di bawah lengan rasa sakit dan kurang selesa. Alhamdulillah, sekarang dah okay.




Umie dah lebih dari 2 tahun solat duduk sebab lutut umie ngilu.
Then 30hb Jumaat.. minggu ke 2 lepas vaksin, umie tengah tahan sakit urat tepi lutut pulak ni. Sampaikan nak angkat kaki pun sakit dan rasa macam nak tahan nafas bila nak gerakkan kaki ni.

Umie pun tak tahu nak kata apa, adakah itu adalah kesan dari vaksin tu? Sebab memang ada jugak yang umie dengar sampai ada kawan yang terbaring selama 2 hari tak boleh nak bangun, demam kesan dari cucuk vaksin tu.

Jadi umie redha jerlah. 6 Ogos ni pulak 2nd dose vaksin. Hopefully time tu badan bertambah sihat. umie ni nak berjalan pun payah jugak ni. Harap sakit lulut ni akan hilang esok hari. You all doakanlah moga umie diberikan kesembuhan dengan cepat..aamiin



 

Share:

Basque Burnt Cheesecake


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu you all

Hujung minggu ni you all masak apa?

Tengahari ni umie plan nak keluar beli barang dan sementara tu umie nak share dulu resepi Basque Burnt Cheesecake ni. Umie dah beberapa kali buat dah guna resepi ni dan memang menjadi jer then kali ni umie nak sharekan resepi cheesecake yang mudah ni

Cheesecake ni umie buat hujung bulan lepas dan seperti biasa umie buat photoshoot sendiri kat rumah untuk kenangan dan koleksi phopbyumie



Bahan-bahan:

225gm cream cheese
70 gram gula castor
1 biji kuning telur
2 biji telur
1 sudu makan tepung kek
Esen vanila
115 gm whipping cream

Cara-cara:

Satukan cream cheese dan juga gula, gaul sebati (umie guna mixer)
Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung kek. Kacau rata
Ayakkan tepung kek dan kacau rata
Masukkan adunan ke dalam loyang bvulat 6 inci
Bakar suhu 200 selama 50 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Sejukkan dan sedia dihidang

Untuk hiasannya boleh juga letak nutella dan badam

Resepi asal dari Seminit Resepi

Share:

3 Bisnes yang tetap laris semasa Lockdown

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Buat apa hari ni?

Umie seperti biasa memang akan duduk rumah jer. Biasanya Sabtu atau Ahad umie akan keluar seawal 8.00 pagi nak beli barang dapur sebab pagi-pagi macam ni memang ada mall yang buka terutamanya di Cyberjaya ni. Malakat Mall namanya memang buka awal pagi. Barang basah seperti sayur, ikan, udang dan sotong memang fresh lagi

Pendemik ni ramai dan bisnes terpaksa ditutup terutamanya bisnes yang produknya bukan customer cari setiap hari, setiap minggua tau setiap bulan tapi jarang-jarang contohnya macam perabot, pakaian dan banyak lagi. Banyak kedai-kedai tutup dan tak boleh nak beroperasi time ni.

Jadi umie nak share pada you all pada yang baru nak berjinak dengan bisnes atau nak try bidang lain selain bisnes sedia ada untuk you all boleh cuba jual time ni.







Keti-tiga produk ni memang dapat sambutan terutama sekali kalau melibatkan bisnes makanan dan minuman. Yang penting apa yang kita jual tu menepati citarasa pelanggan dan bukan masak masakan seperti kita baru nak belajar masak..heheheh

Kemudian, bisnes yang melibatkan produk kesihatan. Cari bisnes yang dah stabil dan memang dah wujud lama dalam pasaran dan bukan propduk yang baru buat dibelakang rumah. Produk yang banyak feedback dan testimoni pengguna yang ramai dan kita sendiri yang makan dan amalkan.

Yang ke 3 ni pulak produk kosmetik. Memang ada yang cari produk ni walaupun time pendemik ni sebab ada sesetegnah orang yang dia rasa yakin dan lebih yakin untuk bermake-up di rumah walaupun tak keluar rumah..hehehe. 

Macam umie, umie lebih kepada produk kesihatan memandangkan umie dah mengamalkan produk ni 8 tahun umie sendiri pun jual produk ni. Pada siapa-siapa yang berminat nak cuba produk yang umie jual ni boleh jer whatsapp umie 0134215713 dan ramai dah yang amalkannya.

Jadi kalau nak buat bisnes boleh pertimbangkan 3 jenis produk ni untuk you all start bisnes.



Share:

Alasan




Alasan, semua orang boleh buat termasuklah umie.

Hari ni qoute ni husband umie whatsapp pada umie dan tanya mana dapat ayat ni then dia share satu link dari mstar mengenai usahawan muda yang bermodalkan RM30 untuk buat bisnes dan sekarang menjadi usahawan berjaya

Semua orang boleh buat dan yang penting usaha kena ada. Cabaran, dugaan semua orang alami tapi cara kita terima cabaran dan dugaan itu berbeza.

Ada sesetengah orang, bila ditimpa dugaan dan cabaran bagai satu cabaran itu sebesar alam semesta dan ada yang rasa dugaan dan cabaran yang dihadapinya itu sekecil zarah. Itulah pandangan masing-masing apabila menerima dugaan dan cabaran dan hidup. Cara kita menyelesaikannya berbeza dengan cara orang lain.

Kita semua ada masa 24 jam sehari tidak lebih dan tidak kurang melainkan kalau kita ditarik nyawa ketika itu maka tak sampailah 24 jam. Adakah Umie gunakan masa 24 jam tersebut dengan sesuatu yang berfaedah? Berapa jam untuk tidur, main game dan termenung?

Kita sering beri alasan kata tak ada masa, tak ada masa untuk itu dan tak ada masa untuk ini. Padahal kita yang manage masa kita sendiri.

Bila kita rasa kita selesa, tak perlu nak bersusah payah untuk berusaha nak dapatkan sesuatu, pernah kah terfikir yang kita buat itu untuk orang lain? Sebagai contoh, kenapa Umie nak buat bisnes sedangkan gaji hakiki tiap-tiap bulan dapat tak pernah terlewat pun setiap bulan. Makan pakai semua cukup. Tak ada keluarga nak disara termasuklah tak ada anak nak dibelanjakan untuk susu dan pampers setiap bulan. Duit dah cukup dan cukup juga untuk menabung.

Sebenanrnya umie buat bisnes adalah bukan untuk diri umie sendiri tetapi umie fikirkan kebajikan orang lain. Walaupun husband umie kekerja seperti umie tapi umie kena buat sesuatu supaya umie boleh bantu orang lain. Duit bisnes umie boleh buat tabungan untuk masa kecemasan. Dengan duit tu umie boleh balik bila-bila masa ke kampung dan tak perlu tunggu hujung bulan untuk nak cukupkan duit beli tiket kapal terbang dan pengangkutan lain. Kalau adik- beradik umie ada masalah kewangan umie still boleh bantu. Tak dapat tolong banyak dan dapat tolong sikit ringankan beban diorg pun dah syukur.

Kita boleh cipta alasan apa sekali pun sebab kita tak nak buat perkara tu sedangkan benda tu bukan memudaratkan pun. Ya, umie faham. Masing-masing ada kekangan dalam nak buat sesuatu. Bila kita dah tak ada passion nak buat sesuatu, kita akan cari alasan untuk mengelak.

Tapi bila kita dah buang 'benda' iaitu ALASAN tu jauh-jauh dari hidup kita, kita dah tak perlukan Alasan untuk berjaya buat sesuatu. Bila kita tak nak buat sesuatu kita akan cari Alasan.



Share:

Life Shake Elderberry

Dah beberpaa hari blog tak berupdate. Sibuk sikit kalau hujung minggu ni. Marathon tengok drama korea, buat poster iklan banyak-banyak sb nak update ig dan fb page Shaklee. Dah alang-alang nak update ig tu umie update sekali la kat sini.

2 Julai, Shaklee buat pre launch produk terbaru Shaklee. Actually umie dah pernah rasa dah Life Shake Elderberry ni. Itupun umie dapat free dari Shaklee. Alhamdulillah Shaklee abgi free kepada leaders. Banyak sebenarnya Shaklee pada effective leaders ni. Kalau you all dah join Shaklee atau belum lagi join, time nilah nak join Shaklee. Tak perlu nak keluar rumah nak promote dan memang ramai yang cari ejen Shaklee yang berdekatan dengan rumah diorang dan mungkin you pun salah seorang bakal leader tu dan ramai orang cari. Kalau ada yang berminat nak join, boleh join team Shaklee umie kalau nak. Yuran pun mampu milik RM35 sahaja dan cepat dapat pulang modal.

Okay, pasal produk terbaru Shaklee ni, ada campuran Elderberry di dalamnya. Biasa customer tanya, ada tak perasa lain selain vanilla? Inilah salah satunya yang Shaklee dah buatkan untuk you all yang nak ari perasa lain selain vanilla. Rasa life shake ni sedap dan mengenyangkan.



Nak tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca poster umie share dalam ni.



Kenapa Shaklee pilih elderberry dari buah-buahan yang lain?



Amalakan 2 scoop sehari you all boleh dapat sarapan berkhasiat, perlindungan dan kesihatan pencernaan iaitu mudah lawas sb life shake ni banyak serat, snek sihat. Tak tahu nak makan apa dan dah jemu makan nasi setiap hari, boleh amalkan minum life shake ni. Pengurusan berat badan yang sihat. Sesuai juga untuk yang tengah diet. Tenaga dan rasa kenyang lebih lama.

Banyak manfaat yang kita boleh amalkan bila minum life shake ni. Umie pun tak sabar dah nak tunggu Life Shake umie sampai. Untuk pre launch Life Shake ni Umie dapat kouta 3 tin sehari sehingga Life Shake habis dalam sistem. Stok akan ada untuk distributor biasa pada bulan 9 nanti. Jadi 2 bulan nak tunggu stock masuk pasaran Malaysia semula. 

Jadi, dengan peluang yang ada ni you all kena grab awal-awal untuk rasa kesedapan Life Shake ni. Nak order boleh jer roger umie 0134215713.
Share: