Bebas Dari Hutang PTPTN




Alhamdulillah.. itu jer yang umie boleh ucapkan.. walaupun pada masa yang sama agak terkilan dengan benda lain tp just carry on jer dengan what i want to do and do the best for next year 2016...

hari ini adalah last day untuk tahun 2015.. selama 9 tahun sejak tahun 2007 umie start buat bayaran PTPTN.. time tu xda ujrah lagi... dan ujrah pun abru diperkenalkan beberapa tahun lalu..

Umie start guna khidmat PTPTN ni sejak tahun 2001.. time tu dah separuh semester 1 br dapat pinjaman ni.. Family umie tak mampu nak support sepenuhnya pengajian umie..dan pada masa tu bersyukur sangat dapat pinjaman dari PTPTN ni. Time dapat pinjaman ni dah azam akan langsaikan hutang ni kalau umie dah dapat kerja tetap. Alhamdulillah semunya dipermudahkan.

Sebelum umie dapat kerja tetap ni lepas tamat tahun 2004 umie terus dapat offer kerja sambilan sebagai jurulatih PLKN..tak mampu lagi nak bayar PTPTN time ni... setahun lebih then dapat kerja tetap ni pulak tahun 2006. Start tahun 2007 umie bayar secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. Kalau umie tak buat gini, tak tahu bila nak habis.. kalau setakat bayar RM50-100 tu pun just nak bayar kos perkhidmatan PTPTN tu jer... Kalau sebelum ujrah tu memang bengkok gak la kalau nak bayar PTPTN ni.. nasib baik umie buat ujrah, ringan sikit beban nak bayar dari sebelum ni..walaupun x byk beza tp yang penting tetap byk tu jer setiap bulan.. You all ada mohon ujrah ker?

Hampir 9 tahun umie nak settlekan hutang ni... Umie usahakan gak untuk habiskan hutang ni.. dulu kakak umie yang jadi penjamin untuk PTPTN umie dan tak nak la beban kan dia kalau PTPTN tuntut hutang umie kat dia.

Alhamdulillah...semuanya di permudahkan. Rasa macam tak percaya jer dah langsaikan hutang ni.. Kalau ambik masa 9 tahun maksudnya bayar byk tu dah boleh habis bayar kereta 1 biji dah kan...

So kepada ibu bapa yang ada anak..kalau boleh, buat lah simpanan untuk anak-anak u all yang nak sambung study.. kalau boleh biarlah kita sendiri yang keluarkan duit sendiri dari buat pinjaman.

Baru nak start study dah buat hutang kan.. kalau umie ada anak pun umie nak guna duit senditri untuk diorg supaya habis jer study dah boleh beli kereta dan rumah sendiri tanpa tangguh sb nak langsaikan hutang PTPTN kan...




So... 31  Disember 2015 adalah last day umie bayar dan terikat dengan PTPTN. Sekarang ni umie dah bebas hutang.. apa-apa pinjaman pun umie dah settlekan alhamdulillah..

Kalau kita dah berhutang ni kena bayar balik sampai settle..

Bebas hutang ni la penutup tahun 2015 umie.. moga tahun 2016 memberikan sinar harapan yang besar buat umie. Tahun 2015 tinggal kenangan....


Terima kasih PTPTN

Share:

Terasa Sangat...







3 hari lagi nak masuk tahn baru dah...azam baru semua dah terlaksana ker? ker semuanya nak carry forward mcm umie..hehehe..anyway, happy new year..

Tiap-tiap hari umie dengar suami umie bebel sb tak update blog..

Actually umie ada 2 blog yang nak kena update tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan nak hadap hari-hari.. so beberapa bulan gak tak berupdate dan fb pun kadang-kadang umie update dan nak tengok pun apatah lagi..hehhehe.. time cuti dok rumah jer boleh nak tengok..

Sejak tukar ke ofis baru ni byk benda nak kena settlekan dan berbanding di ofis lama.. cepat settlekan kerja then boleh buat kerja lain tp di ofis baru ni memang nak kena hadap jer kerja tu sampai berhari-hari baru boleh settlekan..

Pernah gak ada dari ofis daerah cakap umie peram kerja.. hanya Allah jer tau perasaannya dia cakap macam tu.. semua orang banyak kerja tp kena pandai la nak manage macam mana pun. Kerja ni kalau ikutkan sampai bila-bila pun tak kan selesai..tp alhamdulillah.. umie tak la melenting sangat dia kata gitu sb anggap la dia tengah mengalami perubahan hormon mengandung walaupun kata-kata yang di semburkan kat umie memang sampai terasa kat hati.. nak marah tak boleh.. tp sb tahan marah la airmata pun keluar..

Kalau boleh jangan la buat orangn gitu tau... walaupun umie ni tak pernah mengandung tp umie tau perasaannya mcm mana memandangkan kandungannya bermasalah tp cara nak sembur tu kena profesional la sikit. Nak marah orang lain tp disemburnya kat orang lain.

Umie doakan dia supaya diberi hidayah dan moga kandungan anaknya kali ni akan menyedarkan ibunya supaya mulut tu kena jaga sikit, kena berhati-hati apabila bercakap supaya hati orang lain tak terguris.. Disebabkan dia mengandung umie boleh lagi berdiam diri walaupun hati kena hiris, disiat-siat sampai berdarah jer rasa ni.

Hopefully, inilah kali pertama dan terakhir umie jumpa orang seperti tu, padahal kenal umie pun tidak just berbalas whatsapp dan call itu pun sb kerja sahaja.





Share:

Sticky Note Iklan: Buy 2 Get 5% Off


Hubungi umie 013.421.5713

Share:

Ombak Wear Bread Oil (Minyak Jambang)

1st of all... saya tak jual dan tak guna minyak ni..heheheh

Actually anak saudara umie yang pesan nak minta tolong belikan minyak since minyak ni katanya just ada di Semenanjung...

Dah menjadi trend sekarang ni remaja ramai yang bela jambang...macam wak doyok kan...nasib baik wak doyok jambangnya kemas...hehehhe


http://umikgadismelanau.blogspot.com

So inilah minyaknya..Ombak Wear Bread Oil..Harganya RM50 tp kalau pos RM60.. Ni husband umie yang tolong belikan kat Rare Distro Bangi pengedar minyak jambang ni...

http://umikgadismelanau.blogspot.com


Kalau nak bela jambang ni kalau genetik yang memang berjambang memang cepat jer tumbuh.. kalau genetik yang tak berjambang ni kena ambik masa sikit la..hehehhe

Share:

Buat Scaling Gigi dan Tampal Gigi


Setelah hampir 2 bulan tahan sakit gigi..akhirnya tewas jugak..

Masa balik Hari Raya Aidil Adha di Sarawak hari tu.. MashaAllah... Allah jer tau betapa sakitnya sakit gigi ni...
sampaikan kipas pun xleh on dalam bilik sb gigi sakit.. dan dengar bunyi ketik mouse laptop husband pun umie rasa nak marah pun ada...hehhehe... 

Patutla orang kata.. Sakit gigi ni boleh bawa maut gak yer... memang sakit pun.. kalau yang sakit giginya wanita pregnant nak buat mcm mana???


http://umikgadismelanau.blogspot.com

Pergi klinik ni for 2nd time..1st time pergi sini time gusi bengkak...itu pun tahun 2009.
Umie pernah buat entry pasal Jumpa Doktor Gigi ni.  

Naper tak ke klinik kerajaan?

Umie ni penakut... disebabkan dah pernah ke klinik ni tu yang terus buat rawatan kat klinik ni jer.. Kena buat appointment dulu sb biasanya penuh.. ni pun pergi time balik dari kerja.. set appointment jam 530 petang.. tp turn umie pulak hampir kul, 7 br leh jumpa doktor...pesakit paling last..


http://umikgadismelanau.blogspot.com

Ni time umie tengah buat scaling gigi.. Doktor kata.. biasa gigi sakit ni sb dah kotor.. so kena la bersihkan..
Memang betul-betul bersih.. nak makan pun sayang tau..hehehhe..

Sakit ke tak?

Ngilu sebenarnya.. tp part kena gigi yang sakit tu wahhhh.... sgt puas hati sb betapa sakitnya sakit gigi tu sampai rasa kena scaling tu best pulak..hehehe.

Actually umie ingatkan kena cabut jer gigi tu.. tp doktor sendiri suggestkan untuk tampal jer... ada 3 tempat yang kena tampal.. patutla sakit sangat selama ni..

Ramai kata kalau proses tampal ni x sakit.. umie rasa lagi sakit dari scaling tau.. dah la ngilu sangat.. berdarah dan air liur xyah kata dah.. nasib baik nurse buat suction utk sedut dari mulut.

Belum pun sampai sebulan lepas buat rawatan gigi... sekarang ni umie masih x boleh nak guna gigi ni sepenuhnya sb masih rasa tak selesa..terutamanya time nak kunyah makanan keras..masih terasa ngilu.


http://umikgadismelanau.blogspot.com

Kebiasaanya.. lepas buat scaling ni tak perlu la nak ambik cuti pun sb proses caling tu x teruk pun melainkan kalau cabut gigi..

Umie mungkin kurang bernasib baik kot.. keesokan paginya gusi umie berdarah non stop. Byk tisu dan kapas penuh darah.. seharian di ofis xleh buat kerja... bibir rasa basah jer sb darah mengalir..

Umie pun xtau nak buat macam mana dah..call klinik..diorg suruh kumur dengan listerin atau air sejuk tp still tak stop...

Rupa-rupanya ada petua jugak kalau jadi kat gusi macam ni.. ingatkan orang yang cabut gigi jer yang yang kena ikut petua ni.

Kalau ada u all yang jadi mcm umie.. elakkan minum air panas/suam.. buat sementara waktu minum air ais jer dulu.. nak bagi darah tu stop dan kalau minum air panas.. darah jadi cair...


see.. ni dah petang br jumpa kapas.. kapas ni pun dah byk kali tukar... dah mcm orang sakit gigi pulak tu kan... so u all ada pengalaman sakit gigi macam umie ker?

Kalau ada yang nak buat scaling.. better buat sebelum gigi dah byk karang...lagi sakit tau...hehehhe.. bukan nak takutkan cuma nak nasihat jer.. jagalah gigi..hehehehe

oppss... lupa pulak nak bagi tau kos...mana tau ada yang nak prepare nak buat scaling atau tampal gigi kat klinik swastakan... tp kalau nak free boleh ke klinik kerajaan.. itu pun orang tak ramai...

Umie buat scaling dan tampal ni kosnya RM500.. aa.. jgn terkejut..hehhee... Sesi scaling ni umie pernah buat RM100...itu pun 6 tahun lepas..hehehe...tahun ni GST lagi la naikkan..

So.. jagalah gigi anda...



Share:

Sugarscarf Bangi


Sugarscarf dengan umie adalah Sugarscarf Bangi... Kalau dari putrajaya ni hampir setengah jam gak la kalau dah jalan sesak..
Walaupun dekat tp jarang gak nak pergi sorang.. kalau ada kawan tu memang dah pergi dah..hehhehe


http://umikgadismelanau.blogspot.com

Kat butik Sugarscarf Bangi ni pun banyak gak pilihannya dan CSnya pun peramah.. layan jer then try jer mana-mana tudung kat situ sampai puas hati..heheh



http://umikgadismelanau.blogspot.com

Hari tu ke butik ni sebab teman kan member... dia sampai jer dari Sarawak terus bawa dia datang sini.. then sebelum balik Sarawak pun singgah lagi..hehehhe

Kami mempunyai minat yang lebih kurang sama...


http://umikgadismelanau.blogspot.com

so.. sementara tunggu kawan tengah test tudung.. selfie sepukul..hhehehe...umie pakai warna Truffle Desert.. cara sebut and mana tudung tu pun dah rasa sedap... pakai pun rasa selesa..hehhee..
Koleksi Madison Sugarscarf umie ni dah lebih dari 10 helai..hehhee.. boleh g kerja hari-hari pakai 2 minggu berturut-turut..hehhee..



Share:

Tips Memilih Gaun Maxi Mengikut Bentuk Badan

GAUN MAXI


Gaun Maxi..mesti u all tahu kan pasal gaun maxi ni.. Tp u all tahu tak gaun maxi ni sesuai untuk siapa?

Semua orang boleh pakai gaun..tak kisah la bentuk badan mcm mana... kurus, gemuk, rendah ataupun tinggi.

Yang penting, pemilihan gaun maxi yang sesuai dengan betuk tubuh akan mempengaruhi penampilan si pemakai gaun dan menampakkan ia sesuai dan cantik untuk digayakan.

Umie nak share tip yang sangat berguna untuk u all yang baru nak berjinak-jinak nak pakai gaun maxi atau yang dah lama pakai gaun maxi ni...

TIP MEMILIH GAUN MAXI

 

Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita lebih gemar tampil bergaya dengan mengenakan koleksi gaun maxi atau juga dikenali sebagai dress Muslimah. Apa yang menarik, gaun maxi seperti ini boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan kini sering dilihat dipakai oleh ramai wanita ketika ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Jika dahulu, kaum wanita biasanya memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan atau menyambut Hari Raya, namun kini mereka juga dilihat memilih untuk menggayakan koleksi gaun seumpama ini ketika majlis-majlis tersebut. Bukan itu sahaja, koleksi gaun maxi ini juga boleh dipakai sebagai pakaian kepejabat dan pakaian kasual di hujung minggu. Namun, tahukah anda bahawa setiap rekaan dan potongan gaun Maxi adalah berlainan dan  ia harus dipadankan dengan bentuk badan si pemakai untuk kelihatan cantik dipakai.



TIP MEMILIH GAUN MAXI MENGIKUT BADAN

Menyentuh mengenai bentuk badan wanita, berikut merupakan 4 jenis bentuk badan yang berlainan. Ada wanita yang mempunyai bentuk badan seperti jam pasir, ada juga seperti buah pear dan epal dan segelintir wanita mempunyai bentuk badan yang lurus. Oleh itu, apakah rekaan gaun Maxi yang sesuai dipakai berdasarkan bentuk badan di atas?

 

JAM PASIR

 

Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan bagaikan jam pasir, ia merupakan suatu bonus! Ramai wanita mengidamkan bentuk badan seperti ini kerana ia tampak menawan dengan apa jua jenis potongan pakaian! Untuk menyerlahkan lagi bentuk yang sempurna ini, tampil bergaya dengan rekaan gaun Maxi potongan mermaid seperti berikut.


 BENTUK BUAH PEAR



 Untuk gaun Muslimah berpotongan paying seperti di atas, ia adalah pilihan ideal untuk wanita yang bertubuh pear. Potongan skirt yang kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul yang lebar.


BENTUK BUAH EPAL  

 

 

 
Seterusnya, bagi pemilik tubuh badan yang berbentuk epal, sarung kan gaun Maxi dengan potongan kaftan seperti berikut untuk penampilan yang lebih sopan dan menawan. 


BENTUK BADAN LURUS


Seterusnya pula adalah rekaan flowy maxi dress seperti berikut yang sememangnya pilihan terbaik untukwanita yang bertubuh petite atau lurus.


So.. u all dah tahukan tip memilih gaun maxi yang sesuai untuk u all. So no wonder dah tahu tip ni senang la nak pilih maxi yang menarik dan cantik untuk penampilan u all..

Dengan tip ni jugak, maksudnya umie pun tak salah memilih jenis dress muslimah yang sesuai untuk umie sb umie memang jenis pakai jubah/dress muslimah yang kembang sb nak cover pinggul umie yang lebar..hehehehe


Moga tip ni berguna untuk u all...
Share:

Roti Nan Cheese RSMY, Kuala Lumpur

Saper tak pernah makan roti nan? Roti nan cheese pernah?

ROTI NAN CHEESE

Sebut jer roti nan cheese.. semua dah meleleh air liur belum lagi makan.. tengok gambar dah meleleh kan...
Ada yang sampai merata cari roti nan yang sedap..

Kalau umie sebut kedai roti nanti mesti ramai yang tahu terutamanya orang di sekitar Kuala Lumpur dan yang berdekatan dengannya...
Pernah dengar kedai makan RSMY? mesti pernahkan.. kedai ni antara yang terfamouse jugak di KL..
Mula-mula dulu umie ingat jauh kedainya.. rupanya dekat jer.. berhadapan bangunan tak jauh dari depan Maju Junction KL.. bersebelahan kedai Mamak Lotus diorg kata tu...
Sorry.. umie xda ambik gambar kedai.. walaupun kedai ni dah glamour.. tp kedainya mcm kedai biasa cuma roti nannya memang sedap...




Ada yang tengah mengidam ker?
Better elakkan tengok..hehehhe...
Karang ada yang sanggup drive kereta ke KL nak makan nan cheese ni karang..hehehe


http://umikgadismelanau.blogspot.com

 u all kenal tak member umie ni.. pernah umie buat entry Meet My Bestfriend pasal umie outstation ke Kuching.. dia pun temankan umie.. dia datang KL.. turn umie pulak teman kan dia...


 http://umikgadismelanau.blogspot.com

tengok jer la cheesenya... memang chewy n sedap.. umie rasa dia guna cheese mozarella kot..
tengok jer la pizza kalau makan time masih panas.. mesti ada ilustrasi macam yang umie tarik tu..ehehhee

terliur tak?

Jalan-jalan cari makan ni memang best.. suka sgt review dan jalan-jalan tempat makan best di sekitar KL dan yang berdekatan dengannya.

Kalau ada yang nak try roti nan cheese ni.. boleh la datang try..google jer roti nan cheese RSMY..mesti akan jumpa...
Kalau ada tempat makan best-best tu boleh la rekomen kan pada umie..



Share:

Buah Pakan spesis Durian

Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu..

Baru berkesempatan menjenguk blog malam ni...

Dah lama dah entry ni umie tak habis karang lagi... ni pasal buah pakan ni...di Semenanjung tak pernah lagi umie tengok buah pakan ni... Biasanya ada di Sarawak or maybe di Sabah mungkin ada juga cuma kuantitinya tak sebanyak di Sarawak.

Kalau musim durian.. buah pakan pun ada...biasanya kalau dah nak hujung musim durian nak habis.. buah pakan pulak akan keluar.

Umei tak reti nak describe rasa buah pakan ni tp x-boss ofis umie kata rasanya mcm kita makan coklat..heheheh.. yer ker? hehehhe.. umie sendiri pun x reti nak explain macam mana.. ada sesetengah orang suka dan tidak..

Seperti juga dengan buat Terap.. buah seperti cempedak tp rasanya amat berbeza dari cempedak.. begitulah jugak dengan buah pakan ni.. tp tangan kita tak la sekotor makan buah durian..hehehhe




Kalau dah musim di Sarawak.. wajib try buah ni sb di Sarawak.. buah ni bermusim...kadang-kadang setahun sekali jer. tak seperti musim duiran di Semenanjung.. tak kira musim.. ada jer duriannya..hehehhe

Ok.. itu jer la pasal buah pakan ni...



Share:

Tapai Nasi Sarawak

Bila balik ke Sarawak rasanya bagai dapat makan macam-macam jenis makanan tradisional yang tak dapat umie perolehi di semenanjung..

Balik ke Sarawak pun dalam setahun 2 hingga 3 kali setahun..itu pun ikut keperluan.. dan dah beberapa tahun ni sejak mak mak ayah umie tak sihat.. boleh dikira.. paling kerapa pun 4 kali setahun...

Cuti bukan dirancang tap balik sb kecemasan.. kdg-kdg dapat tiket mahal.. so beli jerla.. dapat tiket murah alhamdulillah... ni la keadaannya kalau duduk di perantauan.

Alhamdulillah.. sepanjang 9 tahun dah bekerja, dah berumahtangga dengan husband selama 6 tahun, dah beli rumah sendiri dah 5 tahun... so, tak pernah family umie nak minta bekerja balik kampung. Umie pun dah rasa selesa duduk kat sini walaupun hakikatnya memang jauh dari keluarga.

Rezeki dan ajal kita di mana-mana dan bila-bila Allah boleh nak tentukan. Yang pentingnya umie still boleh balik bila-bila masa ke Sarawak.

Dalam perancangan.. kalau dimudahkan.. nak gak beli rumah di Sarawak. Kalau tak dapat pun tanah di kampung untuk buat rumah.. dapat beli rumah di Sibu, Sarawak pun dah ok.. memandangakan umie memang turun naik kapal terbang di Sibu Airport. So mudahlah bagi umie kalau nak balik bila2 masa.

Ni umie nak cerita sikit pasal makanan Sarawak ni...

TAPAI NASI 


Mesti ramai yang tahu apa itu tapai nasi kan? tapai nasi Sarawak dengan Semenanjung lain tau... bentuk dan rasanya... umie lebih suka tapai sarawak..hehehhe tp memandangkan jarang makan.. kalau balik kampung kalau ada memang pulun makan...




Inilah tapai nasi Sarawak...

Ada pantang gak tau kalau nak buat tapai ni.. tp xtau la ni kepercayaan diorg ker atau mungkin ada sb wujudnya pantang larang ni..

Biasa kalau mak buat tapai ni dia buat time org tak ada kat rumah atau awal pagi.. org tengah tidur.
Bercakap byk pun xboleh.. just senyap jer..hehhehe... kdg2 guna bahasa insyarat nak soh ambik sesuatu..hehehe.. mcm klakar pulak kan...

So kalau anda berpeluang ke Sarawak... rasalah makanan Sarawak ni... Tapai nasi Sarawak.









Share:

Best Friend Forever

Entry sebelum ni pernah cerita pasal best friend umie sejak dari sekolah menengah...

Ni pulak member umie sejak dari tabika dan sekolah rendah lagi..Duduk 1 kampung tp dah masuk sekolah menengah dah pindah sekolah lain.. Umie sekolah menengah di Sarikei, kawan umie yang tengah tu namanya Azelina di Saratok dan yang hujung namanya Rahimah sekolah di Belawai.

Masing-masing dah ada kehidupan masing-masing.. ada suka, ada duka..tp alhamdulillah ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.



Balik kmapung bulan 9 hari tu berpeluang nak jumpa kawan-kawan..alhamdulillah.. dapat gak jumpa. Yang bestnya sekarang ni, kampung umie dah banyak port makan.. kalau dulu.. nak jumpa kena g pantai.. duduk borank kat situ.. tp sekarang dah banyak pilihan tempat makan boleh la duduk lepak makan..

Kali ni kitaorang keluar tanpa bertemankan suami.. semua masing-masing tak nak ikut... alhamdulillah.. nasib baik suami memahami.. kalau bawa sekali suami karang dari ckp bahasa melanau nanti bahas kena tukar ke bahasa melayu sarawak dna bahasa melayu semenanjung pulak..hehhee.. balik kampung nak rasa feel cakap melanau pure memandangkan umie pun langsung tak ckp melanau kat suami.

Rasa mcm tak puas jer keluar kali ni sb dah petang baru nak keluar.. so masa singkat. Hopefully dapat jumpa lagi in shaa Allah..
Share:

WHATSAPP WEB

Ada yang dah tahu ker? atau ramai yang tak tahu?

Kalau yang dah tahu alhamdulillah... kalau yang belum tahu pun alhamdulillah... ada peluang umie nak share sesuatu kat korang...

Pernah dengar Whatsapp? Mesti pernah kan.. sekarang ni majoriti hp dah ada whatsapp...kecuali hp mak umie jer xda whatsapp sb bukan version andriod..hehehe...

So.. umie nak tunjuk kat u all mcm mana nak guna Whatsapp Web ni...
  1. Handphone kena ada Whatsapp
  2. Boleh guna PC/laptop/notebook
  3. Boleh guna Mozilla Firefox, Google Chrome atau Internet Explorer
  4. Taip atau copy paste link ni... http://www.messengerforweb.com/2015/06/whatsapp-web-version.html
  5. Dah buka link tu akan keluar seperti gambar bawah ni.

 so klik jer icon whatsapp kat atas... nak App lain pun boleh..



 Dah klik pada icon whatsapp tu akan keluar QR Scan macam kat atas tu.





 So u all buka whatsapp kat hp, cari WhatsApp Web then klik. Scan pulak QR kat atas tu..pada masa yang sama pc atau laptop tetap on.. QR scan ni ada pada depan pc/laptop u all..



 Settle scan QR tu... baru la nampak paparan seperti kat atas tu.. so.. u all terus boleh dah guna Whataspp pada pc/laptop u all.

Cepat dan pantas u all nak reply dengan nak manage group whatsapp yang byk.

So mudah dan senang kan..

Kalau saper yang pernah guna dan try app ni.. cer komen kat bawah.. tq for your support...


Share:

Bubur Nasi untuk Sarapan Pagi



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni u all sarapan apa?

Umie? setiap hari fi ofis umie sarapan bubur nasi.. nama  lain bagi bubur nasi ni adalah nasi air.. ikut tempat la diorg nak panggil apa..

Ada orang kata bubur nasi ni makanan orang sakit.. hehhee... i don't care..walaupun org kata bubur nasi makanan orang sakit.. tp kalau dah sakit bubur nasi ni dah tak ada rasa apa dah.. tawar jer...hiihih..




Sarapan pagi yang simple jer setiap hari.. sarapan pukul 8 then tengahari baru makan lagi.. ada sesetengah orang rasa cepat lapar kalau makan bubur nasi ni...

Umie alhamdulillah... boleh tahan lapar walaupun makan setakat bubur ni untuk sarapan... sementara nak tunggu makan tengahari tu umie minum air kosong sekurang-kurangnya 1.5liter sblm makan tengahari dan telan dulu vitamin vitalea 2 biji, vita c 3 biji dan bcomplex 2 biji...

so.. pagi ni umie pun plan nak makan bubur nasi lagi untuk sarapan pagi...


Share:

Nasi Arab Putrajaya

Umie suka makan nasi arab... xkisah la makan kat mana pun..

Nasi Arab ni mengenyangkan... Biasa kalau nak makan kena g Cyberjaya... tp sekarang ni tak yah g ke Cyberjaya.. di Putrajaya pun dah ada... lokasinya di Presint 15 @ Presint Diplomatik Putrajaya.

Makan kat sini dah 2 kali dah... kalau nak dtg makan nasi arab..make sure perut tu kosong dan betul-betul lapar... tp yang x puasnya saiz gelasnya standard jer.. xda yang gelas besar..kalau umie g kedai makan.. 1 gelas tu memang x cukup.. kadang-kadang 1 air manis dan 1 air suam kena ada...




Mr. Kabab & Biryani
try guna password wifi xboleh pulak..hehhehe


http://umikgadismelanau.blogspot.com

kalau kat sini tengok ada grill dan kabsah.. umie pilih kabsah sb time ni gigi tak brapa na sihat nak kunyah makanan keras.. so pilih kabsah.. now you see..

http://umikgadismelanau.blogspot.com

Disebabkan perut terasa amat lapar... harus la habiskan..hehhee
now you don't...

tadi nasi penuh sekarang dah licin... sebab sedap..hehhehe
Share:

Sajian Fudz makan-makan

Agak lama gak menyepi dari review pasal makanan ni...
Actually umie ni suka makan..suka try makanan.. jalan-jalan cari makan gitu..
Kalau orang tengok badan umie.. mesti org kata no wonder badan besar (gemmmms)..hehehhe
Eating make me happy.. sama gak macam husband umie...
Sejak tahun 2014 dah sgt jarang review pasal makanan sb dalam proses nak menyelimkan badan tp still tak berjaya...



Jangan tertipu.. ni muka jer nampak slim tp badan tetap maintain... berat kurang sikit dari sebelum ni akibat dari sakit gigi dah lebih dari sebulan.. kesian kan umie.... Tp disebabkan nak makan... gigih gak la kunyah walaupun sakit...

Alhamdulillah... mlm ni dapat jugak buat 2 entry blog umikgadismelanau.blogspot.com dan athiyyah-hannani.blogspot.com..

So.. balik dari Shaklee umie suggest kat husband nak makan kat kedai jiran depan rumah umie ni... actually anaknya punya kedai dan kadang-kadang dia pun tolong anaknya sekali. Nama kedainya Sajian Fudz.. Kedai ni pun boleh sedaikan catering sekali. Time umie sampai tadi langsung tak ada customer.. nak balik baru ada customer bungkus makanan. Mungkin tengahari ramai kot yang datang ke kedai ni berdasarkan kepada review di fb Fudz Corner.




Umie tak tanya pulak adakah semua menu dalam ni ada ke tak.. tp tadi ternampak puding caramel tp pudingnya dah habis. Tengok harga affordale la dengan sajiannya. Nak tahu apa yang umie order?

umikgadismelanau.blogspot.com
 Air biasa jer.. teh ais untuk umie dan teh o ais limau (toal) untuk husband umie


umikgadismelanau.blogspot.com

Laksa johor for me...suka sangat laksa Johor, guna spagetti, kuah ikan.. nampak macam cair kuahnya.. tp kalau dah gaul baru kuahnya pekat..yummmy... dari 10* umie bagi 7* utk laksa Johor ni..My husband Johorian.. no wonder la umie suka makanan Johor selain makanan Sarawak dan Kelantan. tp jgn paksa umie makan asam pedas sudah.. tu memang x reti... hehehhee


umikgadismelanau.blogspot.com

Nasi Goreng Fudz & ayam goreng... for my husband. Kalau u all perasan kan.. mana-mana kedai owner sendiri, pasti ada menu special guna nama kedai tu.. mcm ada kedai makan di tempat umie.. kedainya nama Nosa Sari then ada pulak nama Nasi Goreng Nosa Sari..hehehhe..

nasi goreng ni sedap..mcm nasi goreng ala nasi goreng kampung dan nasi goreng cili api tp kurang pedas... ayam pun sedap husband kata..hhehhehee

umikgadismelanau.blogspot.com

All time favorite...Ubi Kayu Rebus & Sambal Tumis mesti  u all suka gak kan...alhamdulillah.. nasib baik ada tadi.. kalau x frust gak kalau tak dapat... Ubi kayu rebus ni.. memang senang nak buat tp jarang orang nak masak kat rumah kan... yang lecehnya sambal tumis... tp umie lebih suka makan dengan makanan manis seperti gula, susu atau gula apong/gula melaka. Husband umie pulak suka sambal tumis.

Alhamdulillah.. semua menu tak mengecewakan... datang jauh-jauh dari Banting-Putrajaya-Kelana Jaya..
Husband umie tanya.. nak datang lagi tak lain kali?

"in shaa Allah boleh datang lagi.. nanti nak try makan tengahari pulak kat sini"..heheheh

Sebelah kedai makan ni ada SPA.. boleh la try kalau nak buat urutan badan ker....

kalau ada yang nak g try rasa boleh la datang ke sini..

Sajian Fudz @ Fudz Corner




Share:

Buku tajwid untuk ayah

umikgadismelanau.blogspot.com



[Kasih seorang anak pada seorang ayah]


Sebelum ni pernah husband belikan buku tajwid kat ayah umie tp sb dah 4 thn ayah umie stroke.. buku tu tak tau letak mana...

Selepas raya puasa hari tu ayah pesan beli buku tu lagi.. nak balik raya haji ni bawa balik buku ni walaupun dah x ingat sama ke x dengan buku sblm ni..

Walaupun dah tau ayah umie dah kurang jelas penglihatannya.. tetap gak umie belikan buku bacaannya....
Moga ayah umie sihat dan dipermudahkan segala urusan hariannya...aamiin...
Share:

Bukan Donut Big Apple

Sekarang ni ramai dah terer buat macam-macam jenis kuih, kek, biskut dan donut seperti tukang masak profesional dan rasanya pun dah setanding jenama terkenal.

bukan donut big apple



Jumaat lepas ada jamuan di ofis. umie order donut ni..
jangan keliru okay... ni bukan donut big apple.. tp just donut biasa yang dibuat topping seperti big apple.. memang pro kakak ni buat tau.. rasa pun sedap gak.

kalau saper2 nak order area putrajaya tu boleh la contact:

Kak Ummu Annie - 019-3662751 (Presint 16, Putrajaya)

Kalau yang berada disekitar Putrajaya dia boleh COD kan untuk anda. 
Sangat sedap...
Share:

Meet My Best Friend

Dulu... blog ni setiap hari boleh update... kadang-kadang sehari boleh buat 2-3 entri pendek...
Semua nak cerita kat sini.. pada mulanya buat blog tak nak husband baca malu, segan, nak berahsia dari husband tp dah difikirkan.. sebagai isteri tak ada benda yang kita boleh rahsiakan dari suami... Suami umie pun pengunjung setia blog umie...setiap hari akan remind untuk update blog.. dia adalah penggalak umie untuk terus berblogging.

I'm turn 34 years this coming Oktober 2015.. how times fly so fast..then i have married with the only one lovely, caring, precious husband the whole in my life. I'm shared everything n anything about my job, my new friend and my best friend.

Ogos lepas umie outstation ke Kuching.. Kuching adalah destinasi favorite umie. Banyak kali pergi pun tak akan jemu. Travelling sorang-sorang pun umie tak kisah sb i have a lot of friends in Kuching. dan umie memang dah biasa.

Ted Baker London dari UK
Ted Baker London

Selain travel sorang-sorang.. beg ni pun umie bawa g mana-mana... ni tempat isi roti..hehehhee

MEET MY BEST FRIEND 

Mesti u all masing-masing ada best friend kan... saya juga... best friend yang start dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan rakan kerja.


Ni best friend umie... Namanya CMAH@Serimah Lias..kacukan Melayu dan Iban. Umie kenal Cmah dah lebih dari 20 tahun gak.. lebih kurang 21 tahun. Satu sekolah menengah dengan umie. Cmah ni disebabkan dia ada darah bangsa Iban, memang sangat fasih dan majoriti kawan dia dulu adalah bangsa Iban dan dia adalah salah seorang yang mengajar umie pandai bahasa Iban sampailah sekarang. kawin pulak dengan senior course umie time belajar di Politeknik Kuching Sarawak.
 
.Kami masing-masing belum dikurniakan zuriat dan Cmah ni memang easy going.. kalau umie ke Kuching dia memang akan temankan walaupun selalu busy dengan aktiviti sekolah sb dia seorang cikgu.

Aktiviti kami kalau dah berjumpa adalah makan...hehehe... byk benda nak borak.. kami jarang berwhatsapp, jarang berinbox di Fb, jarang bersms tp kalau dah jumpa memang tak akan habis ceritanya. tak bersms, tak berinbox di Fb dan tak berwhatsapp tak semestinya tak rapat tp kmk still keep in touch dengan cara kami sendiri.


Dialah juga yang perkenalkan umie dengan Sugarscarf.com ..heheheh.. kami punya hobi yang sama, citarasa yang sama. Sebab itu Allah dah tentukan kami akan kekal menjadi sahabat sampai ke Jannah.

Sahabat selamanya...


Share:

Sugarscarf Madison Classic

Suka pulak pakai Madison Classic by Sugarscarf. Innernya terletak elok jer..

Now dah ada 7 koleksi madison ni.. so.. boleh la pakai hari-hari.





Shaklee Independent Distributor Umie Sapidah 013-421 5713(whatsapp/sms)


Share:

Buah Mbang lagi buah exotic Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari tu cerita pasal buah dabai.. kali ni ada 1 lagi buah exotic Sarawak... Umie panggil Buah Asam Mbang..kalau bahawa melanau di panggil Buah Pangai tp kalau Sabah dipanggil Buah Bambangan. Rasanya di Sabah and Sarawak jer kot yang ada buah ni...





See... Saper org yang pernah makan ni jer yang tahu cara nak buka buah ni... kulit tebal.. isi pun tebal.. sedap kalau time buah ni dah masak... manis.. kalau mnetah lagi rasa masam dan boleh buat ulam sambal belacan..hehehe..

Sekarang ni pun tengah musim kat Sarawak...

Tak sabarnya nak balik Raya haji ni...


Share:

Dabai yang exotic

Hari ni dalam sejarah kot.. budak ofis 1st time tengok buah dabai.. kalau ofis lama umie dulu diorang memang dah biasa dengan makanan exotic sarawak ni..iaitu BUAH DABAI.

Di facebook pun mendapat perhatian penggemar dabai.. Sekarang ni dah musim buah dabai di Sarawak dan sesetengah bahagian/daerah di Sarawak dah mula menjual buah dabai ni.

Buah dabai yang umie makan ni atas ehsan boss kat ofis yang baru balik outstation dari Miri. Dia bawa la dalam 1/2kg bersamaan dengan RM12..so kalau 1 kg bersamaan dengan RM24.


Macam mana rasanya?

Testless tp rasa lemak-lemak... buah ni keras.. nak makan kena rendam dengan air suam dan letak sedikit garam.

Kalau di Sarawak, buah dabai ni dibuat sebagai nasi goreng...Nasi Goreng Dabai. Kalau nak tahu rupa dabainya.. mcm dalam gambar tula dabainya...

Kalau ada yang berkesempatan nak melawat ke Sarawak bulan 9 ni.. try cari buah dabai ni.. rasa.. sb di semenanjung xda ditanam buah ni.


Share:

Macam tak percaya pulak...

Silalah percaya...

Yer..dulu umie bukan percaya sangat dengan apa-apa produk nak cantik, nak kurus, hilangkan parut jerawatla....ada sesetengah org guna.. kejap jer.. tak sampai sebulan dah give up...so.. umie fikir.. kalau umie pun beli produk guna tak konsisten tp nak hasil yang bagus sama seperti kita x guna langsung pun produk tu.

Tetapi setelah 2 tahun bersama shaklee.. baru umie percaya sepenuhnya..

Dalam pengambilan vitamin, air kosong kena cukup.. setiap 25kg berat badan kita ni kena ada 1 liter air.. kalau berat dah 100kg.. maksudnya 4 liter air kena minum...Air kosong ni asas... kalau tiap-tiap hari minum air nescafe/kopi yang mengandungi kafien ni kulit pun boleh jadi kusam.. tak percaya.. try la jgn minum minuman kafien ni.. tengok perubahannya pada kulit.

"Wahhhhh...banyaknya.. x kembung ker perut? tak penat ker asyik ke toilet jer?"

Inilah soalan-soalan yang customer umie biasa tanya. Dulu umie pun fikir gitu gak.. byk air nak kena minum.. paling minimum pun dalam 2 liter sehari...Air yang kita minum tu bukannya x keluar dari badan... peluh, air kencing.. itulah tempat keluarnya air dari badan.

Itu belum lagi byk jenis vitamin yang kita makan... kalau ubat.. kita makan.. ambik masa lama nak larut.. tetapi kalau vitamin.. memang kejap jer akan larut dalam badan.. sb itulah badan kena perlukan air yg byk kecuali kalau ada pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang tak boleh nak minum air yang byk.. kalau nak amalkan vitamin gak ada beberapa vitamin yang sesuai utk mereka....

sumber dari Google - Vitalea Shaklee
 
Cuba tengok vitamin di atas ni... ini adalah Vitalea yang berusia 100 tahun.. vitamin tertua produk Shaklee..yang terkenal dengan besar, dan kerasnya tetapi.. vitalea ni boleh larut dalam masa 5 minit sahaja.. tak mengambil masa yang lama..

Produk shaklee ni memang dah dipaternkan saiz, rupa bentuk, kandungannya sb semua jenis vitamin ni dah menjalani ujian klinikal dan byk kos diperuntukkan untuk buat ujikaji sebelum dipasarkan. So no wonder la ramai yang kata produknya mahal... tp bagi umie.. mahalnya bukan terletak pada harga tp pada kualiti produk tersebut.

Ada yang tanya naper umie tak support produk tempatan?  Bukannya umie tak support cuma mungkin Allah swt dah tentukan umie untuk join shaklee.. Umie join shaklee mungkin dah takdir kat situ.. sb nak bagi mak ayah umie Vivix dan dapat harga murah sikit berbanding kalau bukan ahli.. Bulan ni kalau saper yang join akan dapt free Vitalea ni.

Kalau ada yanng nak tahu lebih lanjut tu.. boleh jer direct pm umie okay..

No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Share:

Hampir 1 Tahun

Assalamualaikum dan selamat hari raya, Maaf zahir dan batin..

Alhamdulillah, hari ni di beri kekuatan untuk mengupdate blog kesayangan suatu masa dulu..
hari-hari kena update dan setelah hampir 1 tahun menyepikan diri... kini umie muncul lagi..

Umie still gadis melanau walaupun berkahwin dengan jejaka melaya..hehehe... poyo sgt pulak..hihihi

so.. untuk followers kesayangan umie.. tunggu kemunculan umie k..


Share: