GAUN MAXI
Gaun Maxi..mesti u all tahu kan pasal gaun maxi ni.. Tp u all tahu tak gaun maxi ni sesuai untuk siapa?
Semua orang boleh pakai gaun..tak kisah la bentuk badan mcm mana... kurus, gemuk, rendah ataupun tinggi.
Yang penting, pemilihan gaun maxi yang sesuai dengan betuk tubuh akan mempengaruhi penampilan si pemakai gaun dan menampakkan ia sesuai dan cantik untuk digayakan.
Umie nak share tip yang sangat berguna untuk u all yang baru nak berjinak-jinak nak pakai gaun maxi atau yang dah lama pakai gaun maxi ni...
TIP MEMILIH GAUN MAXI
Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita lebih gemar tampil bergaya dengan mengenakan koleksi gaun maxi atau juga dikenali sebagai dress Muslimah. Apa yang menarik, gaun maxi seperti ini boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan kini sering dilihat dipakai oleh ramai wanita ketika ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Jika dahulu, kaum wanita biasanya memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan atau menyambut Hari Raya, namun kini mereka juga dilihat memilih untuk menggayakan koleksi gaun seumpama ini ketika majlis-majlis tersebut. Bukan itu sahaja, koleksi gaun maxi ini juga boleh dipakai sebagai pakaian kepejabat dan pakaian kasual di hujung minggu. Namun, tahukah anda bahawa setiap rekaan dan potongan gaun Maxi adalah berlainan dan ia harus dipadankan dengan bentuk badan si pemakai untuk kelihatan cantik dipakai.
TIP MEMILIH GAUN MAXI MENGIKUT BADAN
Menyentuh mengenai bentuk badan wanita, berikut merupakan 4 jenis bentuk badan yang berlainan. Ada wanita yang mempunyai bentuk badan seperti jam pasir, ada juga seperti buah pear dan epal dan segelintir wanita mempunyai bentuk badan yang lurus. Oleh itu, apakah rekaan gaun Maxi yang sesuai dipakai berdasarkan bentuk badan di atas?
JAM PASIR
Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan bagaikan jam pasir, ia merupakan suatu bonus! Ramai wanita mengidamkan bentuk badan seperti ini kerana ia tampak menawan dengan apa jua jenis potongan pakaian! Untuk menyerlahkan lagi bentuk yang sempurna ini, tampil bergaya dengan rekaan gaun Maxi potongan mermaid seperti berikut.
BENTUK BUAH PEAR
Untuk gaun Muslimah berpotongan paying seperti di atas, ia adalah pilihan ideal untuk wanita yang bertubuh pear. Potongan skirt yang kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul yang lebar.
BENTUK BUAH EPAL
Seterusnya, bagi pemilik tubuh badan yang berbentuk epal, sarung kan gaun Maxi dengan potongan kaftan seperti berikut untuk penampilan yang lebih sopan dan menawan.
BENTUK BADAN LURUS
Seterusnya pula adalah rekaan flowy maxi dress seperti berikut yang sememangnya pilihan terbaik untukwanita yang bertubuh petite atau lurus.
So.. u all dah tahukan tip memilih gaun maxi yang sesuai untuk u all. So no wonder dah tahu tip ni senang la nak pilih maxi yang menarik dan cantik untuk penampilan u all..
Dengan tip ni jugak, maksudnya umie pun tak salah memilih jenis dress muslimah yang sesuai untuk umie sb umie memang jenis pakai jubah/dress muslimah yang kembang sb nak cover pinggul umie yang lebar..hehehehe
Moga tip ni berguna untuk u all...
0 $type={blogger}:
Post a Comment
meh la kongsi pendapat korang kat sini...